Apakah Rahsia Kejayaan Ibu Bapa Berbangsa Cina Mendidik Anak?

bagaimana ibu bapa berbangsa cina mendidik anak?

Mengapa anak-anak orang Cina selalu cemerlang?

Pernah anda terfikir apakah rahsia disebalik kejayaan mereka?

Adakah ia disebabkan oleh unsur genetik mahupun pemakanan?

Tidak dinafikan, dalam landskap kejayaan negara kita, terutamanya dalam bidang akademik dan ekonomi, majoriti masyarakat Cina yang mendahului dalam bidang ini.

Tanpa kelebihan seperti yang dinikmati oleh bumiputera, tentunya perkara ini bukan sesuatu yang mudah.

Artikel kali ni lebih memfokuskan apakah rahsia ibu bapa berbangsa cina dalam mendidik anak-anak mereka.

Continue reading Apakah Rahsia Kejayaan Ibu Bapa Berbangsa Cina Mendidik Anak?

Bagaimana Cara Mendidik Anak Mengenali Dan Menyebut Nama Allah?

Rasulullah saw pernah mengingatkan supaya mula mengenalkan bayi-bayi kecil kita dengan kalimah lailahaillallah sejak dari dari awal lagi.

Kalimah suci ini kelak akan tertanam pada otak dan hati mereka.

Kebanyakkan anak zaman sekarang mengenal Allah dengan sifat-sifat jalaliyah-Nya.

Mereka mendengar asma Allah ketika ibu bapa hendak menghukumnya. Sedangkan saat gembira yang mereka ketahui adalah mainan yang melalaikan seperti Barbie, permainan elektronik, dan sebagainya.

Maka tidak pelik apabila mereka menyebut nama Allah hanya apabila terjadi musibah yang membawa kesusahan atau pada masa kematian datang menghampiri orang-orang tersayang.

Anak-anak kita sering mendengar nama Allah apabila kita memarahi melakukan kesalahan atau ketika kita membeliakkan mata bagi mengeluarkan ancaman.

Ini menimbulkan kekeliruan pada diri anak.

Continue reading Bagaimana Cara Mendidik Anak Mengenali Dan Menyebut Nama Allah?

11 Nasihat Kepada Ibu Yang Sayangkan Anak (Lelaki) Mereka

Ibu mana yang tidak sayangkan anak.

Bagi mereka yang pernah bergelar ibu, pasti mereka mengakui bahawa tiada perkataan yang dapat menggambarkan betapa perasaan seorang ibu terhadap anaknya.

Namun kadangkala, perasaan yang terlampau sayang akan membawa kita kearah terlalu memanjakan anak, lantas membuatkan kita membesarkan mereka dalam keadaan yang salah.

Ada beberapa perkara yang perlu kita beri perhatian, dan bertegas dengan hati sendiri dalam membesarkan anak-anak:

Continue reading 11 Nasihat Kepada Ibu Yang Sayangkan Anak (Lelaki) Mereka

16 Tips Menjadi Ibu Bapa Yang Sabar Dalam Mendidik Anak

ibu bapa sabar
Ibu bapa yang sabar semasa membesarkan anak pasti dikenang sampai bila-bila * image by BlackJack0919

“Sabar itu separuh daripada iman”.

Bukan mudah menjadi ibu bapa yang sabar di zaman serba moden dan maju ini.

Tugas dan beban yang perlu ditanggung dalam kehidupan sehari-hari pastinya banyak mencabar daya kesabaran kita.

Mempunyai kesabaran yang tinggi adalah idaman setiap ibu bapa, namun tak semua ibu bapa dapat bertahan dengan kesabaran yang mutlak.

Kesabaran bukan boleh diadakan atau dibeli dimana-mana, tetapi satu sifat yang perlu diasah dan dipupuk ke dalam jiwa.

 

Sifat sabar adalah sifat mahmudah yang terpuji.

Continue reading 16 Tips Menjadi Ibu Bapa Yang Sabar Dalam Mendidik Anak

Jadilah Ibu Bapa Yang Menyembunyikan Masalah

menyembunyikan masalah daripada anak-anak
proses pembesaran anak-anak diharus diganggu. Kita harus menyembunyikan masalah kita dengan bijak..

Masalah ada dimana-mana.

Setiap masalah pasti timbul dalam kehidupan manusia supaya mereka tahu mengkaji punca dan mencari jalan penyelesaian.

Masalah timbul dan muncul dalam hidup manusia sama ada dikehendaki ataupun tidak.

Manusia tidak dapat lari daripada masalah kerana masalah adalah salah satu ‘kawan’ yang hadir dalam hidup manusia.

Oleh itu mustahil untuk kita mengelakkan masalah.

Apa yang boleh kita lakukan adalah belajar untuk keluar dari setiap masalah dengan penuh hikmah dan bijaksana.

 

Menjadi ibu bapa bukan mudah.

Continue reading Jadilah Ibu Bapa Yang Menyembunyikan Masalah