Bagaimana Mendidik Anak Supaya Senang Mengucapkan Maaf dan Terima Kasih?

mendidik-anak-mengucap-maaf-terima-kasih

Sukar untuk menerapkan tabiat meminta maaf dan berterima kasih pada anak?

Perkara ini tidak sukar sebenarnya..

 

Membiasakan anak mengucapkan maaf

Ucapan maaf biasanya dilafazkan apabila kita melakukan kesalahan atau kesilapan terhadap orang lain.

Anak-anak memang tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan. Didik mereka supaya dapat melihat kesalahan sebagai satu proses pembelajaran.

Namun, ia perlu diiringi dengan satu ucapan MAAF.

Tidak kira sebesar mana kesalahan mereka, minta mereka lafazkan ucapan maaf itu kepada orang yang sepatutnya. Lebih baik sekali, kita sendiri juga mampu merendahkan ego sebagai ibu bapa dengan meminta maaf juga kepada mereka sekiranya kita juga melakukan kesilapan terhadap mereka.

Ayah : Siapa yang sepahkan barang-barang disini?

Anak : Saya, ayah.

Ayah : Kenapa kamu tak kemaskan? Kan ayah dah pesan, kemas selepas main?

Anak : Minta maaf, papa.

Ayah : Ok, sekarang kemas. Selepas itu susun sekali kerusi yang kamu keluarkan itu. Mesti kamu juga                    yang buat tu.

Anak : Tapi kerusi tu bukan saya yang keluarkan, papa. Kerusi itu kakak yang keluarkan.

Ayah : Ok, papa minta maaf sebab tuduh kamu, nanti papa panggil kakak untuk kemaskan.

 

Hikmah yang kita perolehi ialah sehingga dewasa, mereka istiqamah menyebut ucapan maaf atas tindakan dan keputusan mereka yang salah.

Mereka akan cepat memohon maaf atau lebih tepat lagi kembali bertaubat kepada Allah walaupun untuk perkara kecil. Mereka tidak segan mengakui kesalahan mereka kepada Allah.

Yang lebih penting, mereka kembali kepada Allah. Mereka sedar dan tahu Allah itu Maha Pengampun dan Penyayang dalam menerima taubat hamba-hambaNya. Memandang kesalahan dan taubat itu sebagai satu proses pentarbiyahan daripada Allah untuk kita belajar sesuatu daripada kesilapan tersebut.

 

Bagaimana Mendidik Anak Selalu Mengucapkan Terima Kasih?

Ucapan terima kasih pula kita ucapkan kepada seseorang apabila mereka memberikan kebaikan kepada kita.

Ada pelbagai jenis kebaikan. Menolong, memberi dan berkongsi nikmat adalah contoh-contoh kebaikan yang biasa orang lain salurkan kepada kita.

Ajar mereka menghargai setiap kebaikan dengan ucapan terima kasih.

Besar atau kecil kebaikan itu tidak menjadi penanda aras bagi melayakkan seseorang itu mencapat ucapan terima kasih daripada kita. Sebaliknya, setiap satu kebaikan, wajar dihargai dengan rasa terima kasih kita kepada pemberinya.

Ayah : Kepala papa pening. Boleh tolong picitkan kepala papa?

Anak : Boleh papa.. (langsung tak dipicitnya. Hanya meletakkan jari-jarinya diatas kepala papanya                         kerana tidak pandai memicit). Ok tak papa? Ada rasa kurang tak?

Ayah : MasyaaAllah, terima kasih sayang. Sakit kepala papa dah rasa kurang sedikit (walaupun tidak                     rasa kurang pun, sekadar meraikan usaha dan pertolongannya). Nanti papa belikan aiskrim.

Anak : Oh, terima kasih papa! (Sambil mencium pipi papanya)

 

Hikmah melalui ucapan terima kasih ini adalah mereka akan sentiasa berterima kasih atau bersyukur atas semua nikmat yang Allah kurniakan kepadanya. Tidak kira nikmat itu besar atau kecik, rasa bersyukur itu perlu dipulangkan semula kepada Pemberinya iaitu Allah yang Maha Memberi.

Oleh itu, setiap hari anak-anak tidak boleh terlepas daripada ‘connect’ dengan Allah. Mulakan berterima kasih dengan manusia, insyaAllah secara automatik anak-anak akan bersyukur dengan Allah.

Nabi Muhamad SAW pernah bersabda yang bermaksud:

“Jika kita tidak tahu berterima kasih terhadap manusia, maka kita juga tidak akan tahu berterima kasih terhadap Allah.”

 

Mulakan seawal mungkin. Bentuk mereka menjadi manusia yang bergantung kepada Allah melalui jambatan taubat dan syukur.

 

Tips mudah mendidik anak mengucap maaf dan terima kasih

  1. Tugas mengenalkan Allah adalah tugas hakiki ibu bapa. Jangan melepaskan tugas ini sepenuhnya kepada guru di sekolah

  2. Proses mengenal kalimah Allah bermula dari anak itu lahir ke dunia apabila si ayah melaungkan azan atau iqamah ke telinga anak.

  3. Ibu bapa perlu bersedia dengan dua perkara sebelum mengenalkan Allah kepada anak; ilmu dan menjadi model terbaik.

  4. Gunakan analogi mudah bagi memahamkan konsep ketuhanan kepada anak. Ini kerana akal mereka masih lemah memahami persoalan ghaib.

  5. Proses pembelajaran anak berusia 3 – 6 tahun masih dalam lingkungan logik deria mereka. Ini antara punca ibu bapa gagal menerangkan ‘siapa’ Allah kepada anak-anak.

  6. Jangan samakan Zat Allah dengan sesuatu yang boleh dilihat, didengar, dan dirasa.

  7. Kenalkan sifat 20 bagi menerangkan lebih jelas bahawa zat Allah berbeza dengan sifat fizikal dan kemampuan manusia

  8. Gunakan ayat dan kisah-kisah Al-Quran bagi memahamkan dengan lebih jelas siapa Allah.

  9. Ajarkan anak ucapan maaf dan terima kasih seawal mungkin. Ucapan maaf dan terima kasih kepada manusia berkait rapat dengan konsep taubat dan syukur kepada Allah.

  10. Sentiasa berdoa dan memohon pada Allah semoga dikurniakan hati yang terang, kefahaman yang tinggi, usaha yang istiqamah dan semangat yang kuat sepanjang proses mengenalkan anak-anak kepada Pencipta.

 

Penutup: fokus kepada diri kita

Sumbangan terbesar yang dapat kita lakukan untuk anak-anak adalah belajar fokus kepada diri kita sendiri.

Apabila kita fokus kepada diri kita dan tidak kepada anak-anak maka perasaan hormat anak-anak kepada kita semakin tinggi. Ini membuatkan mereka mudah menerima nasihat dan teguran kita.

Ajarkan anak melalui contoh dan teladan. Apabila kita sendiri sebagai ibu bapa sentiasa mengucapkan terima kasih dan maaf, insyaAllah perkara ini akan menjadi ikutan dengan sendirinya, tanpa kita perlu bersusah payah.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua ibu bapa diluar sana. Salam ceria daripada warga Tudung Si Comel. 


Nota : kebanyakan bahagian dalam artikel ini adalah diambil daripada buku panduan ‘Didik Anak Connect Dengan Allah’ tulisan Puan Ainizal Abdul Latif. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with Toyyibpay / MasterCard / Visa