Jalani kehidupan seikhlas matahari. Dilihat orang ataupun tidak, ia tetap bersinar. Dihargai ataupun tidak, ia tetap menerangi

Apakah Rahsia Kejayaan Ibu Bapa Berbangsa Cina Mendidik Anak?

bagaimana ibu bapa berbangsa cina mendidik anak?

Mengapa anak-anak orang Cina selalu cemerlang?

Pernah anda terfikir apakah rahsia disebalik kejayaan mereka?

Adakah ia disebabkan oleh unsur genetik mahupun pemakanan?

Tidak dinafikan, dalam landskap kejayaan negara kita, terutamanya dalam bidang akademik dan ekonomi, majoriti masyarakat Cina yang mendahului dalam bidang ini.

Tanpa kelebihan seperti yang dinikmati oleh bumiputera, tentunya perkara ini bukan sesuatu yang mudah.

Artikel kali ni lebih memfokuskan apakah rahsia ibu bapa berbangsa cina dalam mendidik anak-anak mereka.

Asas utama dalam pendidikan bangsa Cina: Tegas, Usaha Keras dan Disiplin

Pada kebiasaannya, ibu bapa berbangsa Cina mengambil berat perihal anak-anak mereka.

Terdapat kajian menunjukkan, bahawa  faktor kejayaan  anak-anak berbangsa Cina adalah kerana didikan yang tegas daripada ibu bapa mereka.

Kebanyakkan anak-anak mereka dilarang keras daripada bermain game, menonton TV ataupun menginap di rumah rakan.

Sebaliknya, mereka diajar supaya mendapatkan markah A dan lulus dalam peperiksaan.

Malah terdapat kajian yang dijalankan di negara barat mendapati, anak-anak yang di didik oleh ibu bapa berketurunan Cina menjadi juara matematik, handal bermain muzik dan catur, serta sering menjadi pendahulu didalam kelasnya.

Sebahagian besar ibu berketurunan cina mengatakan mereka percaya bahawa anak-anak mereka dapat menjadi graduan yang terbaik apabila di didik dengan tegas.

Ini kerana pencapaian akademik anak-anak mencerminkan ibu bapa yang berjaya mendidik anak.

 

Usaha yang keras dalam mendidik anak-anak

Pada pandangan mereka, apabila anak-anak tidak cemerlang di sekolah, itu bermakna terdapat masalah pada ibu bapa mereka yang menyebabkan anak tidak melaksanakan tugasan yang diberi.

Ibu bapa Cina menghabiskan waktu 10 kali lebih lama untuk terlibat dan memantau aktiviti pembelajaran anak-anak.

Apabila ibu bapa Cina memarahi dan menegur anak, mereka menggunakan kata-kata yang kasar, namun kata-kata itu tidak terbawa-bawa sehingga merosakkankeyakinan diri anak.

Kata-kata ibu bapa itu bertujuan bagi memotivasikan anak mereka supaya tidak menjadi liar, sebaliknya menjadi orang yang berharga.

Contohnya, sebahagian daripada ibu bapa Cina menuturkan kata-kata, “Hei sampah, balik ke rumah jangan menjadi buangan yang hanyut.” Dari sudut lainnya, ibu bapa berbangsa Cina akan menuntut anaknya supaya mendapat keputusan A dengan berkata, “Kamu malas, semua budak lain mendapat keputusan yang terbaik.”

Ibu bapa berbangsa Cina tahu bahawa anak mereka cukup kuat bagi menghadapi tekanan dengan mengeluarkan kata-kata sebegitu.

Mereka meyakinkan anak-anak, bahawa kejayaan dapat dicapai apabila mereka belajar dengan bersungguh-sungguh.

 

Prinsip anak-anak harus membayar hutang kepada ibu bapa mereka

Nilai yang diterapkan oleh ibu bapa masyarakat Cina dalam diri anak-anak mereka adalah, “anak-anak berhutang kepada kedua-dua ibu bapa mereka.”

Ibu bapa sudah banyak berkorban sama ada dari segi masa, wang ringgit dan sebagainya. Oleh itu, anak-anak bertanggungjawab membayar dengan kejayaan serta rasa hormat kepada ibu bapa.

Ibu bapa berbangsa Cina percaya bahawa cara terbaik bagi melindungi anak-anak mereka adalah dengan mempersiapkan masa hadapan anak mereka, menyediakan anak dengan keterampilan, melakukan kerja dengan tekun dan disiplin, dan menanam keyakinan yang tinggi dalam diri, sehingga tidak ada seorang pun yang dapat mengalahkannya.

 

Penutup

Inilah cara ibu bapa berbangsa cina mendidik dan membesarkan anak mereka.

Sejak dari kecil, mereka diajar untuk berkerja keras, tidak membuang masa dan harus menjaga air muka ibu bapa mereka.

Ibu bapa juga memainkan peranan penting dengan memantau dan melibatkan diri dalam pembelajaran anak-anak.

Mungkin ada satu dua perkara yang baik dalam mendidik anak boleh kita ambil daripada bangsa ini.

One comment

  1. Macam kesian pula bila ibubapa tegas tapi rupanya itu yg menjadikan anak2 cukup berdaya saing.. Tapi ada kes juga cina bunuh diri bila tak dapat A di uni saya dulu..padahal dapat B dah. Huu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa