Testimoni Terpanjang Di Dunia

Alhamdulillah, baru-baru ini kita telah menerima testimoni yang rasanya paling panjang antara beribu testimoni yang pernah kita terima sebelum ini.

Terima kasih puan Syahidah atas maklumbalas yang sangat membina dan membuatkan kita ingin terus hasilkan lebih banyak produk yang mampu menggembirakan rakan-rakan. Terima kasih puan (^_^)

Pn Auni-1 Pn Auni-2

Testimoni terpanjang di dunia

TESTIMONI TERPANJANG DI DUNIA

Baca versi penuh…

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah. Anak saya meminta saya membelikannya jubah untuk Hari Raya Aidil Adha. Di tengah-tengah malam Isnin saya mencari dan terjumpa TudungSiComel.com sambil melihat dan membandingkannya dengan yang lain.

Dalam banyak-banyak yang saya jumpa, saya tertarik dengan TudungsiComel.com. Koleksi cantik, sistem katalog yang mudah dan friendly. Harga pun sangat berpatutan. Kebetulan kali pertama nak membeli, dapat diskaun pula. Alhamdulillah.

Pagi Isnin, saya membuat bayaran. Kemudian berurusan dengan khidmat pelanggan yang sangat pantas memberikan maklumbalas. Saya sangat berpuas hati.

Namun, saya dan anak tidak dapat bertema hitam dan merah jambu pada hari raya Aidil Adha. Bukan sebab TudungSiComel.com tetapi penghantaran Pos Laju yang tidak sempat deliver pada hari terakhir sebelum raya. Saya juga tidak menyalahkan Pos Laju. Saya tahu mereka terlalu banyak bungkusan yang dihantar. Saya yang bersalah sebenarnya. Last minute, hehe…

Sehari selepas Raya, anak dapat jubahnya. Dia terus mencuba. Memang dia suka. Saya sangat berpuas hati. Material bagus, jahitan kemas. Dapat free gift brooch lagi. Alhamdulillah.

31.10.2015 Sabtu nanti, ada ihtifal tadika anak. Dia memang akan pakai jubah dan tudung yang dibeli dari TudungSiComel.com. Tak sabat, katanya…

Dan saya akan mengambil gambar-gambarnya untuk dihantar menyertai Pertandingan Si Comel Berhari Raya, in shaa Allah kalau sempat. Bolehkan, admin?

In shaa Allah, saya akan membeli lagi dari TudungSiComel.com. Saya dah jumpa yang serasi, mudah dan menarik perhatian saya.

Saya berharap TudungSiComel.com terus-menerus menghasilkan produk yang sangat berkualiti namun tetap berpatutan. In shaa allah. Selamat maju jaya, TudungSiComel.com

Wassalam.

 

*Kita tidak mengubah atau menyusun semula sebarang ayat bagi menjamin keasliannya. Rasa terharu sangat (^_^)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

6 − 4 =

Risk Free Shipping

If your orders lost during shipment, we will do the replacement or refund

Easy 180 days returns

180 days money back guarantee

100% Secure Checkout

Toyyibpay / MasterCard / Visa