13 Perkara Yang Menjejaskan Kesihatan Anak Yang Jarang Diberi Perhatian Oleh Ibu Bapa.

Menjaga anak kecil bukanlah mudah.

Banyak perkara yang perlu diberi perhatian serius dalam menjaga anak kecil. Jika terdapat kesilapan kecil sekalipun, ia pasti memberi kesan yang besar terhadap si kecil kita yang cukup sensitif.

Namun kadang-kala, kesihatan anak kecil kita masih lagi terjejas tanpa kita ketahui sebabnya.

Apakah ada lagi perkara-perkara yang kita masih belum berikan penekanan?

Disini saya tampilkan beberapa perkara yang nampak remeh tetapi memberi kesan besar terhadap kesihatan anak:

1. Minum minuman bersoda

Minuman bersoda atau berkarbonat memang terasa nikmat dan menyegarkan.

Kanak-kanak biasanya menyukai minuman jenis ini. Minuman jenis ini berbahaya untuk kanak-kanak.

minuman bersodaMinuman bersoda mengandungi kafein.

Apabila kanak-kanak mengambilnya dalam jumlah yang banyak, kesan yang mereka akan terima adalah seperti susah tidur, hiperaktif, dan mengganggu proses pembelajaran.

Zat lain yang ada di dalam minuman bersoda adalah natrium. Natrium dipercayai dapat meningkatkan tekanan darah.

Mungkin sewaktu kecil, seorang anak yang banyak menggunakan natrium tidak nampak kesan sampingannya. Kesan sampingan itu kelihatan apabila anak mula meningkat dewasa. Biasanya mereka akan mengalami penyakit tekanan darah tinggi.

Oleh sebab itu, tidak hairan pada zaman sekarang, kebanyakan kanak-kanak muda menghidap strok.

 

2. Minum Air Sejuk

Air sejuk ternyata tidak baik untuk kanak-kanak. Air sejuk menyebabkan kegemukan. Mengapa?

Ini kerana air sejuk mencegah proses pelarutan lemak dalam tubuh, sehingga menyebab pengumpulan lemak dalam tubuh secara berlebihan.

minuman sejukApabila anak-anak kita gemuk, jangan pandang remeh.

Anak yang gemuk tidak semestinya anak yang sihat. Air sejuk menyebabkan juga selsema dan batuk. Selain itu, air sejuk juga boleh menyebabkan rangsangan yang sangat kuat pada saluran pencernaan.

Ini boleh menyebabkan sakit perut.

Justeru, minuman yang hangat ataupun yang bersuhu bilik dianjurkan untuk kanak-kanak.

 

3. Menonton Televisyen Terlalu Dekat

Kebiasaannya menonton TV terlalu dekat juga memberikan kesan negatif pada anak, terutamanya pada bahagian mata.

Anak mudah mengalami penyakit rabun jauh.

Tarikan rancangan yang dipertontonkan di kaca televisyen dan permainan moden yang berkaitan dengan komputer membuatkan ramai kanak-kanak membesar dalam persekitaran sempit dan terkurung.

menonton-televisyenTidak hairanlah sekiranya kini kita dapat lihat semakin ramai kanak-kanak di sekolah rendah yang memakai cermin mata.

Dalam kajian yang membabitkan 191 kanak-kanak dengan purata umur 13 tahun, peserta ditanya berapa lama mereka menghabiskan masa menghadap komputer, membaca buku bukan pelajaran, dan menonton televisyen.

Pada masa sama, penglihatan kanak-kanak ini diperiksa setiap tahun.

Hasil Kajian mendapati, kanak-kanak mengalami rabun jauh lebih banyak menonton televisyen, iaitu selama 12.5 jam seminggu berbanding hanya 8.4 jam untuk kanak-kanak yang tiada masalah penglihatan.

Pakar kajian  berkata aktiviti diluar rumah dapat ‘menghalang’ isyarat perkembangan rabun jauh.

 

4. Makan gula-gula

gula-gulaGigi kanak-kanak mudah sakit.

Memakan makanan yang terlalu manis seperti gula-gula sangat berbahaya kepada kesihatan gigi kanak-kanak. Untuk mengatasi masalah ini, apabila anak kecil kita memang ‘berselera’ ingin makan gula-gula, minta dia makan gula-gula di rumah, supaya kita pun boleh memintanya cepat-cepat memberus gigi selepas mereka makan.

Selain itu, kita harus selalu berpesan kepada mereka tentang kesan tidak menggosok gigi.

 

5. Membaca sambil berbaring

Membaca sangat disukai oleh kanak-kanak, walaupun mungkin mereka hanya melihat gambar-gambarnya sahaja.

Namun, apabila aktiviti ini dilakukan dengan posisi yang tidak betul, seperti tidur ataupun berbaring, ia tidak baik untuk kesihatan mata anak kita.

Jarak yang sesuai antara buku dan mata adalah 30cm.

Cuba kita perhatikan apabila buah hati kita membaca buku sambil berbaring, secara sedar atau tidak, posisi buku akan menjadi semakin dekat dengan mata kerana tangan menjadi letih bagi menopang atau memegang buku.

Posisi yang baik bagi membaca adalah secara duduk dan relaks.

 

6. Membaca di dalam kereta

Membaca didalam kereta juga tidak baik untuk anak.

Ini kerana, struktur jalan menyebabkan kereta sentiasa bergerak dalam keadaan tidak stabil, bergoyang dan bergetar.

Contohnya, apabila sedang memandu di jalan rata, tiba tayar kereta kita melanggar kelopak air, ini sedikit sebanyak akan membuatkan kereta kita bergoyang dan bergegar.

Apabila keadaan seperti ini berlaku, ia menyebabkan mata susah untuk fokus dan cepat letih. Seterusnya ia boleh menyebabkan kerosakan mata.

 

7. Membaca terlalu lama

Membaca itu baik, namun membaca terlalu lama boleh mendatangkan kemudaratan kepada mata.

Ajarkan kepada anak kita semua agar merehatkan mata mereka daripada membaca setiap 30 minit supaya tidak letih.

membaca-dekat

Selain itu, katakan kepada anak bahawa memandang tumbuhan hijau juga adalah cara terbaik untuk penjagaan mata selepas membaca terlalu lama.

 

8. Hindari permainan yang bersaiz kecil

Mainan yang terlalu kecil harus dihindari daripada anak-anak.

Ini bagi mengelakkan mereka daripada tertelan mainan bersaiz kecil tersebut.

Anak-anak kecil tidak mengerti apa-apa mempunyai imaginasi yang tinggi. Mereka mungkin menyangka itu adalah vitamin ataupun gula-gula.

 

9. Kebiasaan memasukkan tangan ke dalam mulut

Ajar anak mencuci tangan sebelum dan sesudah makan.

Nabi Muhammad S.A.W apabila hendak makan, Baginda selalu mencuci tangan terlebih dahulu, sebagai mana yang dijelaskan dalam hadis yang direkodkan oleh An-Nasaie daripada Aisyah r.a menyatakan yang bermaksud, “Kemudian ajarilah anak membaca bismillah ketika hendak makan, dan mengakhirinya dengan membaca alhamdulillah.”

gigit jari

Barangkali hikmah membaca bismillah dan alhamdulillah adalah bagi mengingatkan bahawa makanan yang kita makan adalah nikmat, rezeki dan anugerah daripada Allah SWT.

Ini secara langsung dapat menghindari diri kita daripada berlebih-lebihan dan membazir.

Seorang muslim sepatutnya sedar bahawa makan bukan tujuan utama, tetapi sebagai penambah kekuatan bagi menuju ketaatan kepada Allah dan memakmurkan bumi.

 

10.  Terlalu membiarkan anak yang aktif

Pada umumnya, anak kecil lebih suka bermain daripada diajak tidur ataupun beristirahat.

Bahkan, berhenti seketika untuk makan juga kadangkala mereka tidak mahu sehingga seringkali kita menjadi pening memikirkan kenapa anak-anak tidak lapar walaupun sehari suntuk tidak makan.

Sekiranya perkara ini jarang terjadi, mungkin ia tidak terlalu mempengaruhi kesihatan. Namun, apabila anak selalu tidak mahu makan dan hanya ingin bermain sahaja, maka tidak hairan sekiranya mereka mudah sakit dan mengalami kekurangan vitamin serta tenaga.

Sudah lumrah, sebagai ibu bapa tentu kita berasa gembira melihat anak kita aktif bergerak.

Namun sebaiknya jangan terlalu membiarkan keadaan ini, kerana tidak setiap masa apa yang dilakukan oleh anak kita adalah baik.

Apa yang perlu adalah mengawal dan mengajar anak kita supaya patuh pada peraturan. Sebagai ibu bapa, belikan permainan yang bersifat mendidik.

Ini supaya keaktifan anak kita dapat diarahkan dengan baik, dan tidak membahayakan keselamatannya.

 

11. Kurang perhatian daripada ibu bapa

Ibu bapa yang begitu sibuk dengan urusan kerja sering kali kurang memberi perhatian kepada anak-anaknya.

Semua urusan dan keperluan anak diserahkan kepada pembantu atau pengasuh. Anak-anak yang kurang mendapat kasih sayang dan perhatian ibu bapa sering kali berasa tertekan dan kecewa.

ini menyebabkan gangguan kesihatan mental dan juga fizikal anak kerana mereka tidak ada selera untuk makan atau malas makan.

 

12. Kawasan bermain yang tidak sihat

taman permainan

Kawasan bermain yang kotor dan berdebu mempengaruhi kesihatan kanak-kanak.

Misalnya, banyak lalat dan debu yang menghinggapi makan anak-anak yang tidak bertudung. Daya tahan anak yang masih lemah mengakibatkan mereka mudah terkena penyakit.

Oleh itu, jauhkan anak-anak dari kawasan bermain yang tidak sihat.

 

13. Terlalu bergantung kepada ubat-ubatan

Anak yang kurang sihat memang perlu makan ubat.

Namun, pengambilan ubat-ubatan adalah sangat perlu dikawal. Jangan segan bertanya kepada doktor tentang baik dan buruk pengambilan ubat tertentu dengan jangka waktu penggunaanya.

 

Penutup

Anak-anak kecil, daya tahan tubuh mereka masih lemah. Oleh itu, penjagaan rapi dan teliti perlu diaturkan oleh kita sebagai ibu bapa agar anak dapat membesar dengan sihat dan bebas dari sebarang implikasi masalah kesihatan.

Rujukan bagi gangguan-gangguan kesihatan diatas dirujuk daripada buku Projek Anak Luar Biasa, Ain Muhamad & Shamsuddin Kadir.

Semoga memberi manfaat kepada semua pembaca Tudung Si Comel 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with Toyyibpay / MasterCard / Visa