13 Tips Mengawal Anak Daripada Ketagihan Gadjet

“Dan ketahuilah harta dan anak-anakmu itu hanya sebagai ujian dan sesungguhnya di sisi Allah pahala yang besar.”

— Surah Al-Anfal, ayat 28

Kehidupan kita sudah tidak dapat dipisahkan lagi dengan gadjet dan media.

Penciptaan sesuatu teknologi bertujuan mendatangkan faedah dan memberi kemudahan kepada manusia

Namun, kita tidak dapat lari daripada kesan negatif yang turut mengiringi kehadiran sesuatu teknologi itu.

Anak kecil sangat mudah tertarik kepada perkara-perkara sebegini.

Malah boleh dikatakan mustahil untuk menghalang anak-anak pada zaman ini untuk mendekati gadjet.

Kita sebagai ibu bapa harus bijak mengurus perkara ini.

Penggunaan gadjet, jika tidak dikawal pasti akan membawa kesan yang sangat buruk.

Oleh itu saya kongsikan 13 tips untuk mengawal anak menggunakan gadjet.

13 Tips Mengawal Dan Menyelia Anak Daripada Ketagihan Gadjet

#1 — Hadkan masa bagi anak menggunakan gadjet. Ini bagi mengelakkan anak leka ataupun lalai apabila mula menggunakan gadjet dan aplikasi yang terdapat di dalamnya.

#2 — Jadikan penggunaan internet sebagai perkara yang mendatangkan manfaat ke dalam diri anak. Dengan mengambil nilai-nilai murni daripada media dan internet, anak-anak dapat merasai kebaikan yang diterima untuk perkembangan diri mereka.

#3 — Bincang bersama anak tentang nilai-nilai murni yang terdapat pada media.

#4 — Aplikasi nilai-nilai murni yang diperoleh, dan jauhkan nilai-nilai negatif daripada anak.

#5 — Sertakan nasihat supaya anak dapat membatasi waktu semasa menggunakan gadjet ataupun melayari internet.

#6 — Gunakan laman sosial ataupun aplikasi yang boleh menghubungkan ataupun interaksi dua hala dari jarak jauh.

#7 — Lakukan bersama anak supaya anak mendapat manfaat daripadanya dan tidak menyalahgunakan dengan sewenang-wenangnya.

#8 — Bimbing anak-anak mengurus masa dalam menggunakan gadjet dan internet.

#9 Terangkan fungsi sebenar gadjet kepada anak-anak selaras dengan perkembangan terkini.

#10 — Pantau bagaimana anak-anak menggunakan gadjet dari masa ke semasa supaya mereka tidak menyalahgunakan fungsi yang terdapat pada setiap gadjet.

#11 — Tulis nota ataupun pesanan berunsur tarbiyah dalam telefon pintar ataupun gadjet anak.

#12 — Ingatkan anak untuk muat turun aplikasi Al-Quran dan terjemahan hadith 40, amalan sunnah supaya anak tidak leka dengan game dan aplikasi yang mampu melalaikan mereka.

#13 — Lakukan aktiviti di dalam ataupun di luar rumah seperti berkebun beriadah, mengemas rumah ataupun sebarang aktiviti supaya anak-anak tidak leka dengan gadjet dan permainan video.


Semoga segala yang dikongsikan memberi manfaat kepada anda semua.

Jangan lupa untuk like page Tudung Si Comel untuk mendapat update tips pendidikan anak yang seterusnya.

Published by

Muhamad Naim Abd Manaf

Muhamad Naim merupakan seorang guru dan pengasas kepada blog akuislam.com. Semoga segala apa yang dikongsikan memberi manfaat kepada semua ibu bapa pembaca laman ini.

2 thoughts on “13 Tips Mengawal Anak Daripada Ketagihan Gadjet”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

WordPress Anti-Spam by WP-SpamShield