Jalani kehidupan seikhlas matahari. Dilihat orang ataupun tidak, ia tetap bersinar. Dihargai ataupun tidak, ia tetap menerangi

Bagaimana Menjadikan Masa Dan Aktiviti Membaca Anak Sesuatu Yang Seronok?

Membaca merupakan satu aktiviti yang sering dielakkan oleh sesetengah kanak-kanak.

Ianya sangat membosankan, sukar dan tidak seronok sama sekali.

Oleh itu menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu bapa yang prihatin untuk menggalakkan mereka. Ia kita boleh lakukannya dengan berkesan melalui beberapa strategi.

Kita boleh membantu menjadikan aktiviti membaca menyeronokkan.

Kedengaran bagus?

Mari saya tunjukkan caranya:

aktiviti membaca anak

Peraturan #1: Tetapkan aktiviti membaca setiap hari

..walaupun anda hanya mempunyai masa beberapa minit sahaja.

Modul membaca setiap hari ini adalah penting. Cukup sekadar membaca 1 muka surat sehari (lebih banyak lebih bagus jika anak mahu).

Kanak-kanak suka rutin yang mudah.

InsyaaAllah mereka akan tertunggu-tunggu masa yang istimewa ini.

 

Peraturan #2: Pilih buku yang tepat

Tiada yang lebih meruntuhkan moral bila anda cuba membaca buku mengenai perubatan sedangkan anda lebih sesuai dengan buku mengenai keibubapaan.

Anak anda juga begitu.

Pastikan anak anda membaca buku-buku yang sesuai untuk tahapnya. Elakkan buku yang terlalu mencabar.

Buku yang sukar akan meruntuhkan minat membaca.

 

Peraturan #3: Biar anak memilih bukunya sendiri

Anak-anak gembira dapat menentukan apa yang dia suka.

Oleh itu biarkan mereka memilih buku yang nampak menarik dimata mereka. Untuk menjimatkan, anda mungkin boleh membawa mereka ke perpustakaan kerana terdapat banyak pilihan buku disana.

 

Peraturan #4: Langkaui Buku Tradisional

Audiobook juga dikira sebagai buku.

Wakaupun ia lebih kepada mendengar, tetapi ia lebih cepat membina perbendaharaan kata dan pengetahuan terhadap sesuatu topik.

Dan apa yang lebih baik, ia membantu anak-anak mencari pengajaran sendiri di dalam cerita itu.

Ini adalah kunci untuk menanamkan sikap suka membaca dan membantu anak-anak mengutip apa yang mereka terlepas apabila mereka rasa muka membaca.

Juga jangan lupa untuk gunakan ipad sebagai medium bacaan interaktif.

Memandangkan kanak-kanak mudah teruja dengan teknologi, teknologi boleh membuatkan aktiviti membaca jauh lebih menyeronokkan.

Dan jangan halang anak membaca bahan bacaan seperti majalah dan komik.

Kita mahu membina momentum membaca disini.

 

Peraturan #5 : Wujudkan kawasan membaca yang hebat

Bekerjasama dengan anak anda untuk mencipta ruang membaca yang dia mahukan.

Ada rak, lampu, beg kantung, poster.. etc. Wujudkan mood yang seronok dan gembira. Kemudian barulah membawa masuk bahan-bahan bacaan.

Tadaa! anda telah mencipta suasana yang hebat untuk membaca.

 

Peraturan #6 : Jadilah sedikit nakal

Bacakan untuk anak anda.

Tukar suara anda bersesuai dengan watak dan aksi yang sedang dibaca. Berikan anak anda pengalaman penceritaan yang menarik.

Juga pastikan anda tidak membaca terlalu cepat. You don’t want to sound like you’re rushing to finish, kan?

Selain itu biarkan anak anda membaca sambil berjalan atau melompat-lompat.

 

Peraturan #7 : Tanyakan pandangan anak anda tentang kisah tersebut

Cuba untuk membuat hubungkait dalam cerita dengan kehidupan anda atau kehidupan kanak-kanak.

Pastikan anda meminta anak anda membuat kritikan terhadap buku ini. Tanya soalan-soalan seperti:

  • Apa yang dia suka?
  • Apa yang dia tidak suka?
  • Apa yang membuatkan dia ketawa?
  • Apa yang dia belajar?

InsyaaAllah soalan-soalan ini akan mencetuskan mereka untuk berfikir dan membuka minda mereka untuk menyerap nilai-nilai dari buku tersebut.

 

Simpan buku disekeling rumah

Salah satu cara untuk menggalakan anak membaca adalah meletakkan bahan bacaan disekitar rumah..

.. bukan hanya didalam rak yang berada di sudut.

Jadilah role model terbaik.

Tunjukkan di depan anak bahawa anda sendiri sangat menikmati aktiviti membaca.

InsyaaAllah, mereka sendiri akan mengambil bahan tersebut tanpa perlu dipaksa oleh anda. Senang bukan?

Semoga bermanfaat!

 

– ikhlas dari team Tudung Si Comel 🙂

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa