Your Cart

3 Panduan Pemilihan Tudung Sekolah

Tahukah puan bahawa bukan semua tudung sekolah yang dijahit adalah sama?

Apa yang membezakan antara tudung sekolah adalah potongan tudung, awning dan ‘materiel‘ yang digunakan.

Tiga perkara ini adalah sangat penting untuk dilihat kerana ianya membawa kepada keselesaan kepada anak puan.

Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama, seharian dan hampir setiap hari jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu anak puan untuk menumpukan perhatian sepenuhnya di dalam bilik darjah, in shaa Allah.

Kita telah menghasilkan dan menjahit tudung sekolah semenjak tahun 2013 dan dari maklumbalas yang diterima, kita sentiasa memperbaiki kualiti tudung sekolah kita agar Si Comel yang memakainya berasa selesa dan gembira. In shaa Allah.

Di sini kita kongsikan 3 panduan sebelum membuat pemilihan dan membeli tudung sekolah untuk anak puan.

panduan pemilihan tudung sekolah

 

1. POTONGAN TUDUNG SEKOLAH YANG SELESA

Potongan atau cutting adalah antara faktor yang membuatkan sesuatu tudung itu Istimewa. 

Di TudungSiComel, kita ada potongan khas yang sentiasa dibuat penambahbaikan dari masa ke semasa berdasarkan maklumbalas pelanggan sejak dari tahun 2013 lagi.

Antaranya kita membuat potongan sisi berbentuk ‘S shape‘ agar tudung yang dipakai tidak terlalu labuh di bahagian sisi dan ianya mampu membuatkan anak puan rasa tidak rimas dan panas bertudung, in shaa Allah.

 

tudung sekolah
Tudung sekolah yang selesa mampu membuatkan si comel gembira ke sekolah

2. AWNING TUDUNG SEKOLAH TERBENTUK KEMAS

Tudung akan dipakai seharian di sekolah, jadi awning tudung yang terbentuk dan kemas sangatlah penting.

Pilih tudung yang dijahit dengan jahitan benang satu tapak pada bahagian hujung awning agar awningnya lebih keras dan terbentuk.

Jika boleh, cari tudung yang ada lapisan scuba pada bahagian dalam awning tudung kerana lapisan scuba ini akan membuatkan awning tudung lebih terbentuk dan kemas. Kain scuba ini seperti span nipis, terbentuk dan mudah dibasuh mesin juga. 

 

panduan memilih tudung sekolah

 

3. MATERIAL YANG LEMBUT DAN SELESA

Ini adalah yang paling penting. Material yang baik mampu membantu Si Comel berasa lebih selesa seharian di sekolah. Pilihan utama untuk tudung sekolah adalah Lycra atau juga dikenali sebagai spandex atau elastane.

Ini kerana material ini lebih lembut, tidak terlalu tebal, mampu meregang dan menyerap peluh. 

Lycra sangat sesuai untuk anak-anak terutama yang baru mula belajar bertudung. 

Namun lycra ini ada banyak jenis. Ada Lycra Korea Original, ada Lycra China, ada Lycra Korea tetapi made in China(tiruan) dan bermacam-macam lagi.

Dari segi berat kain pula, ada yang 280g, 300g, 320g dan 400g. Berat menentukan ketebalan kain. Sebagai contoh, lycra 400g tidak sesuai untuk dibuat tudung kerana terlalu tebal dan hanya sesuai untuk menghasilkan jubah.

Yang terbaik sepanjang kita menjahit tudung sekolah adalah Lycra Korea 280g, 300g dan 320g. Berhati-hati dengan lycra tiruan dan terlalu nipis. Ianya banyak dijual di pasaran Malaysia dengan harga yang sangat murah.

tudung sekolah lembut

TESTIMONI TUDUNG SEKOLAH

Kita ada lebih dari 3000 testimoni positif  yang diterima dari ibu-ibu dan semoga puan juga bakal menjadi salah seorang daripadanya. Aamiin

 

JAMINAN 180 HARI

Setiap tudung yang kita jual didatangkan dengan jaminan 180 hari. Jika tidak selesa atau merasa tidak sesuai, boleh pulangkan dan kita akan refund semula wang puan.

Kita hanya inginkan si comel yang memakainya berasa selesa dan gembira. Si Comel puan, si comel kami juga. Kita hanya inginkan yang terbaik buat mereka.

 

INGIN MENCUBA TUDUNG SEKOLAH ISTIMEWA TUDUNGSICOMEL?

1. Potongan SELESA
2. Awning lebih terbentuk.
3. Material Lycra LEMBUT
4. SELESA dipakai, in shaa Allah.

KLIK pada butang di bawah untuk melihat koleksi terkini kita.

2 comments

  1. NURUL HIDHAYAH BT AZMI

    Assalammualaikum..mcm mana nak join dropship ye?

    1. Syahruddin / 018-3696451

      Wasalam puan😊
      Jemput klik link ini ya untuk pendaftaran dropship

      Link : https://tudungsicomel.com/usahawan/pendaftaran-dropship/

      atau puan boleh tinggalkan number whatsapp untuk admin hubungi puan🥰

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your orders lost during shipment, we will do the replacement or refund

Easy 180 days returns

180 days money back guarantee

100% Secure Checkout

Toyyibpay / MasterCard / Visa