Setiap ibu bapa pasti ada anak minat bersukan betul tidak? Tidak dinafikan, anak-anak yang sedang membesar sememangnya seorang yang sangat aktif.
Pada fasa ini, kanak-kanak sebenarnya sedang aktif meneroka sesuatu benda yang baharu dan sentiasa sahaja tidak duduk diam.
Pasti akan ada sahaja aktiviti yang hendak anak lakukan dimana kadangkala boleh buatkan ibu bapa menjadi pening kepala dengan telatah mereka.
Artikel pada kali ini, kami akan kongsikan kepada anda bagaimanakah kita sebagai ibu bapa positif boleh memainkan peranan penting dalam memberi galakan kepada anak minat bersukan.
Bagaimana cara untuk sokong apabila anak minat bersukan?
Bila anak minat bersukan dan dapat main sukan yang digemari mereka sudah pastilah mereka akan menjadi sangat seronok dan ada kalanya memberi kesan lebih fokus ketika bersukan.
Kalau anak-anak kita sangat suka bersukan, jangan marah atau halangkan minat mereka ini. Justeru berikan galakan yang padu kerana pada waktu inilah anak sedang meneroka satu benda yang baru.
Dalam pada masa yang sama jangan sesekali kongkong minat anak dan suruh anak ikut sukan yang kita gemari.
Ia akan membuatkan anak minat bersukan ini menjadi tidak gembira, tertekan, dan seterusnya untuk jangka masa kurang minat untuk bersukan lagi.
Sebaliknya sebagai ibu bapa, kita sepatutnya memberi sokongan kepada anak-anak dalam apa jua bidang sukan yang mereka ceburi atau minati.
Hendak tahu caranya? Jom Kami kongsikan butiran lanjut yang boleh anda jadikan panduan.
1. Biarkan anak bersukan mengikut minat
Ini adalah perkara paling penting dan wajib sekali kita amalkan. Tidak dinafikan, setiap ibu bapa sudah pastilah mahukan anak minat bersukan.
Apatah lagi kepada anak yang sedang membesar dan sangat memerlukan badan yang cergas serta minda yang cerdas untuk tumbesaran yang terbaik.
Tetapi dalam kita mahu terapkan anak-anak dengan manfaat sukan ini, elakkan dari sesekali paksa anak mengikut sukan pilihan kita sebagai ibu bapa.
Walaupun anak-anak masih kecil tetapi mereka tetap berhak untuk membuat pilhan sukan yang mereka suka.
Jika kita paksa anak-anak untuk memilih sukan yang kita gemari ia justeru akan menyebabkan anak-anak sukar untuk menyesuaikan diri dan seterusnya menyebabkan mereka malas untuk meneruskan minat tersebut.
2. Sediakan peralatan sukan yang terbaik dan selamat
Selain itu, untuk menunjukkan sokongan kita kepada keinginan anak minat bersukan yang mereka ceburi, kita boleh bantu dalam menyediakan peralatan sukan yang mencukupi dan terbaik.
Dengan membelikan peralatan sukan khusus buat anak-anak ini, ia akan menjadikan anak lebih bersemangat untuk bersukan dan sudah pastinya mereka akan lebih bersunguh-sungguh dalam sukan yang mereka ceburi.
Dalam masa yang sama anak yang memiliki peralatan sukan sendiri, biasanya lebih cenderung untuk rajin berlatih dalam sukan tersebut.
Kita malah sebagai ibu bapa turut boleh menghela nafas lega tanpa memikirkan kerisauan akan faktor keselamatan anak yang sedang bersukan.
Hal ini oleh kerana peralatan itu diyakini selamat dan mampu meningkatkan keselamatan anak-anak serta mengelakkan dari berlakunya kemalangan sewaktu bersukan.
3. Berbangga dengan pencapaian anak
Ada masanya anak-anak kita sudah berusaha keras dalam bersukan atau memasuki pertandingan sukan tetapi mereka tidak mendapat keputusan yang terbaik dalam pertandingan tersebut.
Walau apa pun keputusan yang anak kita perolehi, jangan sesekali menjatuhkan semangatnya atau memarahi mereka.
Sebaliknya apa jua keputusan yang mereka dapat, sebagai ibu bapa kita perlulah berikan anak-anak dengan kata-kata semangat dan berbangga akan pencapaian mereka yang sudah bekerja keras sehabis baik untuk menjadi yang terbaik.
Bila kita berikan mereka kata-kata semangat, ia justeru membuatkan anak-anak lebih bersemangat dan tidak mudah merasa putus asa.
Lama kelamaan, cara ini pastinya dapat menjadi pemacu kepada kejayaan anak-anak kita dalam sukan yang mereka ceburi.
Bersukan sememangnya mempunyai banyak kebaikkan kepada diri bukan sahaja kepada orang dewasa tetapi juga kepada anak kecil kita yang sedang membesar agar mereka dapat memiliki tumbesaran yang sihat dan kuat.
Nak dapatkan bermacam info dan produk dari tudung Si Comel?? Jom Follow FB Page Tudung Si Comel