Anak Muntah Secara Kerap ? Ini 5 Puncanya (2021)

Awas ! Apabila seorang anak muntah secara berlebihan, ia boleh mendatangkan mudarat seperti dehidrasi ( kekurangan air dalam badan ) dan kecederaan buah pinggang.

Teruskan pembacaan anda untuk ketahui lebih lanjut tentangnya.

Apakah Makna Sebenar Muntah Dari Sudut Perubatan ?

Muntah adalah sejenis gejala yang digambarkan sebagai tindak balas tubuh badan dalam mengeluarkan kandungan di dalam perut keluar darinya secara terdesak.

Simptom ini jika dibiarkan berterusan tanpa sebarang rawatan boleh mendatangkan pelbagai jenis komplikasi dan antaranya ialah kecedaraan buah pinggang atau dikenali sebagai “ Acute Kidney Injury .

Ketahui 5 Faktor Yang Sering Menyebabkan Kanak-Kanak Muntah

1. Viral Gastritis

Rotavirus adalah sejenis virus yang selalunya mengakibatkan jangkitan pada organ perut. Jenis virus lain yang boleh menyebabkan kejadian yang sama adalah Novovirus.

anak muntah
Faktor Kurangnya Penjagaan Kebersihan Dalam Penyediaan Hidangan Menyebabkan Virus ini Mudah Berjangkit.
Gambar oleh CDC 

Bagi kanak-kanak yang terjangkit dengan jangkitan ini, mereka akan mengalami gejala muntah dalam tempoh 24 jam di mana ia akan turut disertai juga dengan simptom lain seperti cirit-birit.

2. Keracunan Makanan

Cara penyediaan makanan dan minuman di gerai-gerai yang mempunyai tahap penjagaan kebersihan yang rendah meningkatkan risiko untuk terdedah dengan masalah keracunan makanan.

Ia disebabkan oleh hidangan yang telah tercemar dengan bakteria yang mengandungi toksin. Dalam tempoh yang singkat sahaja, ia mampu membiak dengan pantas lalu menghasilkan kandungan toksin yang lebih banyak.

Antara contohnya adalah Salmonella bagi makanan seperti telur dan susu, Clostridium Perfringes pula ada pada lasagna dan lauk-pauk , Campylobacter pula boleh terjadi pada daging, ayam, ikan dan sebagainya.

3. Allergi Makanan

Muntah juga boleh terjadi akibat reaksi allergi badan pada makanan tertentu seperti kacang, ikan dan udang. Ia tidak sama bagi setiap individu.

Gejala muntah boleh terjadi dengan cepat sebaik anak mula memakan makanan yang boleh menghasilkan kesan allergi kepada dirinya.

4. Ubat-Ubatan Tertentu

Dalam setiap pengambilan ubat, langkah berjaga-jaga perlu diamalkan dengan mengambil tahu akan kesan-kesan sampingan yang boleh terjadi apabila memberinya kepada anak-anak anda.

Ibuprofen adalah antara salah satu dari kalangan ubat yang digunakan bagi tujuan tahan sakit dan demam untuk kanak-kanak mempunyai kesan sampingan muntah dan loya.

Ia terjadi akibat iritasi terhadap lapisan perut terutama apabila pengambilannya dilakukan dalam keadaan perut kosong.

5. Batuk

Apabila kanak-kanak mengalami mengalami gejala batuk berpanjangan yang kuat ia juga akan menyebabkan muntah.

Hal ini terjadi kerana otot-otot yang memainkan peranan penting semasa refleks batuk adalah dalam kalangan kumpulan otot yang sama bagi tindak balas refleks muntah.

Kesimpulan

Sebagaimana yang kitak maklum, sistem ketahanan tubuh badan kanak-kanak tidak sekuat golongan dewasa. Mereka masih lemah dan mudah terdedah kepada pelbagai jenis masalah kesihatan.

Dengan mempelajari sedikit sebanyak tentang sebab gejala muntah mampu membantu diri anda sebagai ibubapa untuk mengelakkan hal yang sama daripada berulang lagi pada masa hadapan.

Anda pernah mempunyai pengalaman menangani masalah muntah anak-anak ? Sila kongsikan tips yang anda amalakan di ruangan komen bawah !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa