Anak Demam Panas – 3 Cara Kebahkannya (2021)

Suhu yang mencecah 38 darjah ke atas dikategorikan sebagai demam panas. Ibu bapa perlu sentiasa cakna dan mengamalkan sikap berwaspada apabila tengah menghadapi situasi anak demam panas.

Teruskan bacaan anda untuk ketahui apakah makna sebenar di sebalik istilah demam.

Apakah Yang Terjadi Dalam Sistem Badan Ketika Demam ?

Demam merupakan tindak balas normal dalam badan akibat kesan daripada pelbagai situasi dan yang paling utama adalah disebabkan jangkitan kuman.

Bagi kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan 3 tahun ke bawah demam panas yang berlarutan tanpa tindakan dan rawatan boleh menyebabkan sawan terjadi.

” Sawan Demam (febrile convulsions) adalah serangan sawan yang terjadi apabila seorang kanak-kanak demam. Ia sering terjadi bagi mereka yang berusia dalam lingkungan 6 bulan hingga 3 tahun. “

www.nhs.uk

Artikel ini akan membincangkan tentang tips-tips mudah bagi ibu bapa di luar sana untuk menurunkan suhu anak demam panas bagi mengelakkan daripada berlakunya komplikasi-komplikasi yang tidak diingini.

1. Memeriksa Dan Memantau Suhu Badan

Ya pertama sekali, anda perlu memeriksa dahulu suhu badan anak atau bayi.

Langkah ini penting kerana ia akan jadi faktor penentu dalam membuat keputusan untuk membawanya ke hospital atau klinik yang berdekatan bagi pemeriksaan dan rawatan lanjut atau cukup sekadar pemantauan di rumah.

Anak Demam Panas
Anda Perlu Berwaspada Apabila Suhu Demam Mencecah 38 dan Keatas.
Gambar oleh Kelly Sikkema

Suhu yang mencapai 38 darjah dan ke atas memerlukan pemantauan yang lebih rapi dan perlu diturunkan dengan segera kerana ia terdedah kepada serangan sawan demam.

Selain itu pemeriksaan lanjut perlu dijalankan untuk memastikan demam tersebut bukannya terjadi akibat jangkitan penyakit yang merbahaya terutamamnya demam denggi.

2. Jerlum Secara Kerap

“ Tepid Sponging ” adalah istilah klinikal yang sering digunakan oleh individu-individu yang berkerja dalam bidang kesihatan dimana ia membawa maksud menjerlum.

Anda boleh menjerlum badan anak terutamanya sekitar kawasan dahi, ketiak, leher dan permukaan dada, perut dan belakang badan dengan menggunakan air suam.

Kaedah ini ternyata berkesan jika digabungkan sekali dengan pengambilan ubat demam yang boleh didapati dari farmasi-farmasi atau klinik yang berdekatan.

3. Penggunaan Ubat Demam

Secara umumnya, pengambilan ubat demam merupakan langkah yang paling efektif dalam usaha menurunkan suhu badan anak.

Antara contoh ubat yang sering digunakan adalah dari kategori ubat yang bernama acetaminophen dan ibuprofen yang dijual dalam bentuk berbagai jenama.

Cuma anda perlu ingat bagi kanak-kanak yang berusia bawah 2 tahun, pengambilan ubat seeloknya dilakukan melalui konsultasi doktor kerana terdapat sesetengah ubat yang boleh membawa kepada kesan-kesan sampingan tertentu apabila diambil semasa dalam lingkungan umur tersebut.

Kesimpulan

Ibubapa perlu bertindak pantas dalam menangani situasi anak demam untuk mengelakkan komplikasi-komplikasi tidak diingini terjadi terutamanya serangan sawan demam.

Oleh itu, melengkapkan diri dengan sedikit sebanyak asas ilmu perubatan mampu membantu anda dalam mencapai tujuan tersebut.

Anda mempunyai pengalaman menarik dalam menangani masalah anak demam ? Sila kongsikan pada ruangan komen di bawah !

Jemput share. Terima kasih
Leave a Reply

Your email address will not be published.

16 + twelve =

Risk Free Shipping

If your orders lost during shipment, we will do the replacement or refund

Easy 180 days returns

180 days money back guarantee

100% Secure Checkout

Toyyibpay / MasterCard / Visa