Tindakan Jika Anak Dibuli,Anda Wajib Tahu ! (2021)

Bahaya ! Kanak-kanak yang sering menjadi mangsa buli boleh mengalami masalah Post-traumatic stress disorder (PTSD). Sebahagian dari kalangan ibu bapa masih tertanya-tanya senarai tindakan jika anak dibuli yang boleh dilaksanakan segera.

Menurut Pakar Psikiatrik Prof Dr Ramli Musa ( PTSD ) adalah salah satu penyakit anxiety yang mempunyai 4 ciri utama iaitu :

  • Seseorang itu pernah atau baru alami insiden trauma. Insiden trauma ini contohnya samun, keganasan fisikal, rogol, dera yang sangat teruk atau insiden bencana alam semulajadi seperti Tsunami dan kebakaran.
  • Seseorang itu akan ada simptom cepat takut dan terkejut.
  • Pengidap juga akan mengelak situasi yang sama. Sebagai contoh penyanya ini rasa takut dalam rumah keseorangan di waktu malam.
  • Pengidap akan alami flashback dan mimpi seperti insiden berulang.

Oleh itu penting bagi kedua-dua ibubapa untuk bertindak dengan pantas bagi mengelakkan situasi anak dibuli berlarutan agar tidak terjadinya komplikasi buruk seperti PTSD.

“ Lazimnya dalam buli, satu pihak akan berasa menang dan satu pihak lagi tertekan kerana tidak mampu mengelak atau mempertahankan diri. Mereka yang menjadi mangsa akan berasa seolah-olah terperangkap dengan suasana dicipta pembuli.”

Zaid Mohamad
Pakar Motivasi Keluarga

Artikel ini akan membincangkan tentang senarai tindakan wajib yang perlu diambil jika anak dibuli.

1. Kumpulkan Fakta Sebanyak Mungkin

Dalam setiap kejadian buli pasti akan adanya si pembuli dan mangsa buli itu sendiri. Penting bagi kedua-dua ibu bapa mendapatkan beberapa maklumat penting sebelum melakukan dakwaan secara rasmi seperti :

  • Apa yang berlaku ketika situasi buli itu terjadi ?
  • Punca kepada kejadian buli tersebut.
  • Senarai pelaku yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Maklumat-maklumat seperti ini boleh didapatkan melalui anak anda sendiri atau teman-teman rapatnya.

Pemantauan terhadap gerak-geri anak di sekolah atau di luar waktu persekolahan juga merupakan salah satu inisiatif yang baik bagi mengenal pasti kumpulan individu yang sering mendampingi anak anda bagi tujuan membuli.

2. Mendapatkan Bantuan Pihak Sekolah

Perbincangan dengan guru sekolah yang memegang jawatan penting dalam sekolah seperti warden, guru disiplin, pengetua dan sebagainya membantu dalam mengenal pasti punca utama yang menyebabkan kejadian tersebut berlaku.

Hukuman atau tindakan mengikut prosedur dan protokol sekolah sedikit sebanyak dapat membantu dalam menangani masalah ini.

3. Elakkan Dari Bertindak Secara Terburu-Buru

Benar rasa marah, kecewa dan sedih akan menyelubungi diri anda apabila anda mengetahui bahawa anak yang dikasihi itu dibuli di sekolah.

Namun, tindakan melulu seperti perjumpaan terus dengan si pembuli dan keluarganya atau sebagainya hanya akan mengeruhkan lagi keadaan.

Insiden pergaduhan boleh terjadi antara kedua-dua pihak yang pada awalnya sekadar pertengkaran dan perbalahan mampu melarut sehingga ke situasi tumbuk-menumbuk bahkan sepak terajang.  

Situasi ini boleh menyebabkannya dikategorikan sebagai kes polis lalu memanjangkan lagi kes tersebut dan menyusahkan semua pihak.

4. Memberikan Sokongan Kepada Anak

Usaha memberikan sokongan kepada anak-anak tidak boleh dipandang enteng terutamanya apabila mereka menjadi mangsa buli.

Sokongan Ibu bapa penting dalam menstabilkan emosi anak-anak yang menjadi mangsa buli
Gambar oleh Daiga Ellaby

Tindakan meluangkan masa dengan berbual-bual dengan mereka, memberikan kata-kata semangat secara kerap begitu juga dengan puji-pujian serta menzahirkan rasa sayang adalah antara langkah yang berkesan.

Mereka akan berasa selamat dan tindakan-tindakan seperti ini juga mampu meningkatkan keyakinan diri anak-anak dalam menghadapi cabaran-cabaran kehidupan seharian.

5. Mendidik Anak Cara Menangani Si Pembuli

Secara hakikatnya, seorang pembuli akan merasa puas apabila mangsa yang dibulinya menzahirkan sifat-sifat lemah seperti menangis, merasa diri lemah dan sebagainya.

Situasi ini membuatkan si pembuli merasa unggul dan akan terus melakukan perbuatannya bagi terus mencapai hasrat tersebut.

Lagi kuat seseorang itu melawan, lagi kuat pula cabaran-cabaran yang perlu dihadapinya pada masa akan datang.

Tindakan memperlihatkan ketabahan hati dan jiwa serta ketegasan apabila dibuli merupakan langkah pertama yang paling berkesan.

Seterusnya mendidiknya membiasakan diri menangani situasi tersebut dengan mendapatkan sokongan dan solusi dari golongan dewasa yang dipercayai seperti ibu bapa sendiri atau pihak sekolah yang bertanggungjawab dalam hal ehwal pelajar.

Hal ini akan membawa manfaat yang lebih besar berbanding jika dirinya bertindak sendirian.

Kesimpulan

Ibubapa perlu sentiasa cakna dengan kehidupan seharian anak-anak. Bukan sekadar mementingkan pencapaian akademik yang cemerlang semata-mata.

Tindakan yang terlalu lambat akibat cuai dalam hal ehwal anak-anak menyebabkan kesan-kesan perbuatan buli terhadap mereka menjadi sukar untuk ditangani pada masa depan kelak.

Bak kata pepatah “ Mencegah lebih baik daripada mengubati ”

Apakah tindakan pertama yang akan anda lakukan jika anak anda dibuli ? Sila kongsikan bersama dalam ruangan komen di bawah !

Jemput share. Terima kasih
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

nine − eight =

Risk Free Shipping

If your orders lost during shipment, we will do the replacement or refund

Easy 180 days returns

180 days money back guarantee

100% Secure Checkout

Toyyibpay / MasterCard / Visa