Anak Puan Bertubuh Kecil dan Tudung Sekolah Biasa Nampak Terlampau Labuh?

tudung sekolah saiz kecil

Ramai ibu bapa sekarang sedang mencari tudung sekolah saiz kecil untuk anak mereka, terutamanya bila anak jenis bertubuh comel dan kecil molek.

Pernah tak puan beli tudung sekolah, tapi bila anak pakai… rasa macam tak berapa kena? Tudung nampak sedikit labuh, muka pula tenggelam sikit sebab potongan terlalu besar. Anak pun asyik betulkan tudung sebab rasa tak selesa.

Benda ni memang selalu jadi pada anak-anak yang berbadan kecil. Kadang anak umur 7 tahun tapi tinggi tak sampai 110cm… badan pula comel molek je. Bila beli tudung biasa yang saiz S, nampak tak sesuai – longgar di muka, labuh di dada, dan tak kemas langsung.

Saiz tudung yang tak sesuai boleh buat anak rasa:

  • Kurang yakin diri
  • Tak selesa nak belajar atau bermain
  • Terganggu sepanjang hari sebab asyik betulkan tudung

Tudung yang terlalu besar nampak tak kemas, dan tudung terlalu ketat pula buat anak rasa panas dan tak nak pakai langsung.

Bukan semua anak perlu saiz kecil, tapi ada golongan tertentu yang memang lebih sesuai, contohnya:

  • Anak tadika yang saiz kepala lebih kecil
  • Murid Tahun 1 atau 2 yang fizikal belum besar
  • Anak umur 5–8 tahun, berat bawah 20kg dan tinggi bawah 120cm

Kenapa? Sebab tinggi dan berat kanak-kanak sangat subjektif.

Ada anak umur 7 tahun tapi masih kecil dan ringan. Ada juga yang sebaya tapi lebih tinggi dan berisi sedikit. Jadi saiz tak boleh bergantung kepada umur semata-mata.

Lebih baik ukur betul-betul, atau rujuk carta saiz yang ikut ketinggian dan berat — lebih realistik dan tepat.

📌 Contohnya carta saiz dari TudungSiComel ni, antara yang paling mudah difaham dan praktikal:

carta saiz tudung sekolah ikur umur

Berikut antara tudung sekolah saiz kecil yang ada:

  • Tudung Prasekolah (Saiz SS & S)
    Instant sarung, kain ringan dan sejuk. Potongan lebih pendek dan sesuai untuk anak tadika yang bertubuh kecil dan memudahkan untuk masukkan tudung dalam baju. 
  • Tudung Sekolah Awning Scuba (Saiz SS)
    Material scuba yang tak terlalu keras tapi awning tetap terletak kemas. Sesuai untuk anak yang aktif, sebab tak mudah renyuk dan kekal bentuk sepanjang hari.
  • Tudung Sekolah Awning Lembut (Saiz SS)
    Sesuai untuk anak yang tak suka rasa keras pada dahi. Awning lembut, lebih melekap dekat muka, mudah bentuk dan selesa dipakai lama.
  1. Bagaimana cara pilih tudung sekolah yang sesuai ikut saiz badan anak?

    Jangan hanya bergantung pada umur. Untuk cari tudung sekolah yang sesuai, ibu bapa digalakkan ukur lilit muka, tinggi dan berat anak, kemudian bandingkan dengan carta saiz dari jenama seperti TudungSiComel. Ini penting untuk elakkan tudung terlalu labuh atau longgar.

  2. Kenapa tudung sekolah anak saya nampak besar sangat walaupun ikut umur yang dicadangkan?

    Ramai ibu bapa alami perkara sama — dah ikut umur dalam carta saiz, tapi tudung masih nampak longgar dan terlalu labuh bila anak pakai. Ini berlaku sebab saiz ikut umur tak semestinya tepat, terutama kalau anak bertubuh kecil, kurus atau belum cukup tinggi macam kanak-kanak lain seusia.
    Untuk anak yang berat bawah 20kg dan tinggi bawah 110cm, tudung saiz kecil (seperti Saiz SS dari TudungSiComel) lebih sesuai. Potongan lebih pendek, fit elok di muka dan tak ‘tenggelamkan’ wajah anak. Barulah anak rasa selesa dan yakin bila pakai ke sekolah.

  3. Di mana boleh beli tudung sekolah saiz kecil yang selesa dan kemas?

    Ibu bapa boleh dapatkan tudung sekolah saiz kecil seperti TudungSiComel Saiz SS secara online. Tudung ini direka untuk anak kecil, menggunakan material sejuk dan ringan, serta potongan yang tak mengganggu anak aktif. Sesuai dipakai sepanjang hari di sekolah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

100% Risiko Ditanggung

Bungkusan anda hilang semasa penghantaran? Kita akan pos baru.

Jaminan 180 Hari

Jika anda tidak berpuashati atau ada sebarang masalah, boleh tukar atau refund.

Penghantaran 7 Hari Seminggu

Kita proses semua tempahan dan penghantaran setiap hari.