Sebenarnya Anak Seronok dapat Menggembirakan Ibu Bapa, Tetapi..

mengembirakan
anak – anak berasa gembira bila dapat membuatkan ibu bapanya gembira | image from devianart

Ramai ibu bapa menyangka  anak-anak suka menyusahkan mereka sedangkan hakikatnya tidak.  Anak-anak sebenarnya memang suka menggembirakan hati ibu bapa mereka.

Malah mereka tidak mahu membuatkan ibu bapa mereka risau, resah ataupun terluka. Itulah naluri sebenar mereka.

Sebab itulah apabila anak-anak melakukan kesilapan mereka pasti menyembunyikan kesilapan mereka itu kerana mereka tidak mahu mengecewakan ibu bapa.

Malah mereka berbohong dengan kita supaya kita tidak risau.

Cuba anda meneka mengapakah mereka bertindak sebegitu?

Mereka bertindak sebegitu disebabkan oleh kerana mereka tidak pasti apakah respons daripada ibu bapa apabila mengetahui mengenai kesilapan yang dilakukan serta kelemahan-kelemahan diri yang ada.

Sebab itulah penting bagi ibu bapa memahami perkara asas ini supaya tidak silap memberikan respons terhadap tingkah laku anak-anak mereka.

Berikan respons yang tepat semasa anak bercerita..

Contohnya sewaktu anak kita masih kecil, mereka menceritakan apa sahaja yang berlaku pada mereka kepada ibu bapa, iaitu kita.

Mereka menceritakan bagaimana guru;

  • memarahinya di sekolah,
  • bagaimana dia bergaduh dengan kawannya
  • dan sebagainya.

Tetapi apabila masuk usia remaja, mengapa anak ini tidak meluahkan perasaannya kepada ibu bapa seperti dahulu?

Sebabnya mereka sudah ada pengalaman pahit.

Mungkin sewaktu kecil dahulu apabila cuba berterus-terang mereka dimarahi. Jadi pada anggapan anak-anak, ibu bapa hanya suka dengar yang bagus-bagus dan menyeronokkan sahaja.

Cerita mengenai dipuji oleh guru, mendapat markah tinggi dalam peperiksaan, memenangi hadiah, mendapat anugerah dan seumpama dengannya sahaja yang berani disampaikan kepada kita.

Mana-mana cerita yang kurang sedap didengar, masalah peribadi, masalah dengan kawan-kawan dan cerita-cerita yang dapat membuatkan ibu bapa susah hati tidak disampaikan.

Jika itulah keadaannya, maka kita tidak mampu memahami isi hati anak-anak dan sukar memberikan motivasi, membimbing dan membantu mereka.

Sebab itulah, apabila anak-anak bercerita kepada kita, meskipun cerita itu tidak menyenangkan dan tidak selaras dengan kehendak hati, dengarlah dengan penuh bersungguh-sungguh.

Berikan respons secara positif dan berilah nasihat secara baik. Usah bertindak balas secara negatif sehingga membuatkan anak-anak menjadi serik.

Bagaimana Membunuh Motivasi dan semangat Anak tanpa Sedar?

 Ada satu kisah dimana ada seorang pelajar perempuan  bakal menduduki peperiksaan PMR tidak lama lagi. Dia mendapat markah matematik bagi peperiksaan percubaan yang baru sahaja tamat.

Sebelum ini makah matematiknya selalu merah tetapi kali ini selepas balik daripada program motivasi, dia mendapat lebih daripada 60 peratus markah.

Dia tidak sabar mahu memberitahu ayahnya mengenai pencapaianya itu. Dalam fikirannya, bapa mesti bangga apabila mengetahui berita itu.

Malangnya apabila berita itu disampaikan, keadaan sebaliknya pula yang berlaku. Bapanya menempelak, “Kalau setakat enam puluh peratus baik tidak payah program motivasi, tidak payah pergi tuisyen, buat habis duit sahaja!”

Kata-kata bapanya itu benar-benar membuatkan hatinya remuk. Dia sama sekali tidak menjangkakan, itulah tindakbalas bapa yang diterima olehnya.

Fikirnya, kejayaan kecil itu bakal diberikan pujian dan mampu menggembirakan bapanya. Dia mahu membuatkan hati bapanya seronok tetapi sebaliknya dia pula disindir.

Tindakan bapa itu pastinya membunuh dan memadam semangat motivasi dalam diri anak untuk berjaya.

Dia rasa segala usahanya tidak dihargai. Dia sedar selama ini dia memang lemah matematik tetapi selepas belajar siang dan malam dan berusaha sehabis daya, maka itulah sahaja yang mampu tercapai olehnya.

Dia tidak mampu memberikan lebih daripada apa itu. Apa yang diharapkannya hanyalah sedikit penghargaan.

Apakah sukar benar bagi bapanya memahami hati seorang anak? Soalan ini membuatkan dia kecewa.

Penutup: sentiasa peka dengan perasaan anak

Sebab itulah kita perlu sensitif dengan perasaan anak-anak dan harapan mereka kepada kita. Kita mesti gunakan kesempatan begini bagi membuatkan anak-anak lebih berjaya lagi.

Sepatutnya, bapa pelajar itu memuji pencapaian anaknya dan bertanya apa yang mahu dilakukan selepas ini bagi mendapat markah yang lebih tinggi.

Sebab pujianlah yang mahu didengar oleh anaknya apabila sahaja mendapat markah matematik itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa