Anak Tersedak Susu ? Ketahui Cara Cegahnya !

Anak tersedak susu merupakan salah satu punca kematian secara tidak sedar. Ia boleh membunuh secara senyap jika berlaku.

Semua ibubapa dan pengasuh bayi perlu mengetahui cara untuk mengenal pasti sekiranya bayi sedang tersedak dan apa yang harus mereka lakukan.

Gejala yang sering terjadi adalah anak mula bernafas laju. Ia juga boleh disertai dengan tercungap-cungap. Perubahan wajah menjadi kebiruan pula petanda ia berada pada tahap kritikal.

anak tersedak susu
Bayi yang bernafas laju membawa petanda kemungkinan anak tersedak susu

Secara mudahnya, tersedak susu bermakna susu yang diminum telah memasuki saluran pernafasan. Lalu ia sampai ke ruang paru-paru. Seterusnya, menyebabkan masalah pernafasan.

Apa yang lebih merisaukan adalah ia boleh menyebabkan pernafasan terhenti dan membawa maut.

Anak tersedak susu sering kali terjadi secara tidak sengaja. Teknik penyusuan terus atau botol mempunyai risiko yang sama. Ia adalah situasi yang sangat menakutkan bagi kedua-dua ibu bapa.

Penting bagi semua pihak untuk mengetahui teknik penyusuan yang betul. Hal sedemikian supaya kita dapat mengelakkan insiden ini daripada berulang.

Artikel ini akan membincangkan tentang cara-cara mencegah anak tersedak susu.

1. Menyusu Dengan Posisi Yang Betul

Bagaimanakah posisi badan ibu ketika menyusu memainkan peranan penting ?

Posisi badan ketika menyusu berkait rapat dengan tarikan graviti. Apabila dalam keadaan menegak, pengeluaran susu akan lebih laju. Ia adalah akibat daripada kesan tarikan graviti tersebut.

Pengeluaran susu yang laju menyukarkan bayi untuk mengawal saluran pernafasannya. Hal sedemikian menyebabkannya tersedak dengan mudah.

Untuk mengelakkan kejadian seperti ini, ibu digalakkan menyusu dalam posisi baring. Dengan ini daya tarikan graviti terhadap pengeluaran susu dapat dikurangkan.

Ia juga memudahkan anak anda untuk mengawal saluran pernafasannya ketika menyusu.

2. Memerahkan Sedikit Sebelum Menyusu

Bagi ibu yang mempunyai kandungan susu yang banyak, digalakkan memerah terlebih dahulu sebelum menyusu.

Ia boleh dilakukan dengan cara mengurut-urut dahulu. Ia dapat mengelakkan situasi aliran susu yang terlebih laju pada fasa awal penyusuan.

Elakkan urutan yang terlalu lama. Hal ini kerana ia akan menyebabkan rangsangan yang mengakibatkan penghasilan susu yang terlebih banyak.

Penghasilan susu yang terlebih banyak juga boleh membawa kesan aliran susu yang laju juga.

3. Berhenti Untuk Suatu Tempoh

Semasa penyusuan, anda disarankan untuk berhenti sebentar daripada menyusu selang 20 minit untuk sekitar 20 hingga 30 saat.

Tindakan ini memberi waktu kerehatan yang mencukupi pada bayi sebelum meneruskan penyusuan. Penyusuan yang terlalu lama boleh menyebabkannya letih dan mengakibatkan kejadian tersedak.

4. Puting Botol Yang Sesuai

Penting bagi anda untuk memilih puting botol yang tidak terlalu besar. Saiz puting yang besar menyebabkan susu mengalir dengan cepat.

Bayi yang tidak mampu mengawal pernafasan disebabkan kelajuan ini terdedah kepada risiko tersedak.

5. Berwaspada Ketika Bayi Tidak Sihat

Bayi tidak sihat yang mengalami gejala-gejala seperti selesema dan batuk perlu diawasi dengan lebih teliti ketika menyusu.

Hal sedemikian kerana menyusu dalam keadaannya tidak sihat mempunyai risiko anak tersedak susu meningkat dengan lebih tinggi daripada kebiasaan.  

Penutup

Kesimpulannya, kes kematian akibat tersedak susu dalam kalangan kanak-kanak dan bayi jarang terjadi. Namun ia merupakan perkara yang tidak boleh diambil ringan oleh semua pihak.

Terutamanya bagi golongan yang terlibat dalam urusan penjagaan anak dan bayi seperti ibu bapa dan pengasuh.

Disebabkan faktor usia yang masih kecil begitu juga dengan sistem-sistem organ tubah badan yang belum berkembang dengan baik.

Situasi tersedak susu boleh bukan sahaja boleh membawa komplikasi seperti jangkitan paru-paru, malah membawa maut !

Dengan penjelasan dan penerangan yang telah dinyatakan melalui penulisan ini, kita berharap agar kejadian anak tersedak susu dapat dicegah dan dielakkan sepenuhnya.

Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, sila kongsikannya di ruang media sosial bersama teman-teman anda !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with Toyyibpay / MasterCard / Visa