Salam rakan-rakan, lama tak bertegur sapa hehe…
Sejak kebelakangan nie, asyik sibuk dengan produksi tudung sekolah kita sahaja, sampai terlupa sangat nak update blog kita. Sampaikan berhabuk lah dibuatnya huhu…
Tapi apabila sekolah lama tutup nie(PKP), business pun slow juga… jadi ada masa lah untuk sembang-sembang.
TudungSiComel nie kita tubuhkan sejak 2012 lagi dengan produk utama kita adalah tudung sekolah.
Kita sentiasa cari maklumbalas dari ibu-ibu dari masa ke semasa bagaimana kita dapat perbaiki dan hasilkan tudung sekolah yang selesa dipakai.
Sebab saya sendiri pun ada anak bersekolah, jadi mestilah nak mereka juga pakai tudung sekolah yang selesa kan.
Seharian di sekolah, jika tudung yang tak selesa, mesti rimas. Dan apabila rimas, mesti sukar nak tumpukan pada pembelajaran dalam bilik darjah.
Apabila sekolah ditutup lama, kita perkenalkan pula tudung PdPR(Pembelajaran dan Pendidikan di Rumah). Di rumah pun anak-anak kita perlukan tudung yang selesa kan. Jadi kita jahit juga tudung sarung express khas untuk mereka.
Mudah-mudahan anak-anak kita selesa walaupun hanya belajar di rumah.
Semoga Covid nie berlalu pergi dengan cepat. Jom kita sama-sama berdoa pada Allah swt.