Kepada Ibu Bapa, jangan memandang ringan dakwah kepada anak-anak!
Jika telah terikat hatinya dengan Islam, mereka akan mudah bersungguh-sungguh menetapi agama ini setelah bila mencapai dewasa.
Jika kita telah mempersiapkan mereka untuk bersedia menghadapi kesusahan, maka Insyaallah pada masa kelak mereka tak mudah tumbang hanya kerena langkah mereka terhalang oleh ujian-ujian yang datang
Tetapi jika kita telah salah dalam mendidik, anak-anak kita akan menjadi beban bagi umat ini di masa yang akan datang.
Cemerlang dari segi pelajaran sama sekali tidak memberi keuntungan jika hati telah anak-anak beku dan kesediaan untuk menghadapi ujian telah runtuh.
Tugas utama kita bukan sekadar mengajar mereka membaca dan mengira, tidak.
Sebenarnya kita sedang BERDAKWAH
Sedang mempersiapkan generasi yang akan menerajui umat ini 20 tahun mendatang. Dan ini tugas ini sangat serius. Pekerjaan yang memerlukan kesungguhan berusaha, niat yang lurus, tekad yang kuat serta kesediaan untuk belajar tanpa henti.
Oleh itu, jangan pernah main-main dalam urusan ini.
Apa sahaja didikan kita terhadap mereka, ingatlah akibatnya bagi dakwah ini 20 tahun yang akan datang. Jika kita hanya mementingkan kecemerlangan akademik sahaja tanpa mendidik kearah kerohanian seperti kewajipan menutup aurat, sebenarnya kita sedang mempertaruhkan masa depan umat Islam.
Jangan terlalu mengharapkan kelas fardhu Ain di sekolah. Yang amat perlu kita risaukan adalah lemahnya generasi yang bertanggung-jawab menegakkan agama ini 20 tahun mendatang.
Apa yang akan terjadi pada umat Islam di negara Malaysia tercinta ini jika anak-anak kita tak memiliki kebolehan berfikir, kesungguhan berjuang dan keikhlasan dalam beramal?
Urusannya adalah tentang rapuhnya generasi muslim yang harus mengurusi umat ini di zaman yang bukan zaman akan datang.
Kitalah yang bertanggungjawab terhadap kuat atau lemahnya mereka di zaman yang boleh jadi kita semua sudah tiada.
Apa Yang Perlu Dilakukan, Sekurang-Kurangnya?
Pakaian yang menutup aurat
Sekurang-kurangnya ajarlah anak-anak untuk memakai pakaian yang menutup aurat dan sopan. Tanamkan dalam jiwa mereka agar mendisiplinkan diri menjaga aurat.
Biarkan mereka terbiasa sejak dari kecil untuk menjaga aurat
Nampak mudah namun ia memerlukan komitmen yang tinggi dari kita.
Solat
Juga paling kurang, luangkan masa untuk solat bersama-sama dengan mereka, solat berjemaah, paling kurang sekali dalam seminggu. Tunjukkan kepada anak kita cara solat yang betul dan betulkan mereka jika salah.
Selepas solat, baca doa bersama-sama dan hidupkan amalan bersalam mencium tangan dan pipi ibubapa. Insyaallah, akan mendapat keberkatan dan ketenangan dalam keluarga.
Mengajarkan Percakapan Yang Baik
Ibu bapa harus memulakan dari diri mereka sendiri bercakap perkataan-perkataan yang baik. Kerana ibu bapa lah yang akan menjadi contoh ikutan kepada anak-anak.
Elakkan perkataan “Bodoh” dan sebagainya. Jika sedang marah sekali pun, gantilah perkataan yang tidak elok dengan perkataan yang lebih baik. Anak-anak hendaklah dilatih bercakap benar, sopan santun dan mengucapkan perkataan yang baik-baik.
Kanak-kanak biasanya begitu sensitif dengan pendengarannya, ia mudah terikut-ikut dengan apa yang didengarnya. Sebab itu jika ibubapa mahu menegur atau memarahi mereka, hendaklah menggunakan bahasa yang paling sopan bukannya dengan bahasa yang kesat, kasar dan keras.
Juga elakkan memberi panggilan yang tidak baik kepada anak-anak, dan sebaliknya memberi panggilan yang memuliakan.
Penutup
Anak-anak merupakan amanah Allah yang perlu dididik dengan sebaiknya sejak ia kecil lagi supaya apabila besar kelak menjadi anak yang soleh dan sentiasa taat kepada kedua ibubapanya.
Mereka ibarat kain putih dan ibubapa lah yang berperanan mencorak dan melukiskannya dengan warna-warna menarik yang menjadi amalan dan cara hidup Islam.
Di atas hanyalah sebahagian daripada perkara-perkara asas yang “wajib” diterapkan dalam mendidik anak-anak. Mungkin anda boleh menambah point-point yang selanjutnya atau pandangan anda dalam ruangan komen dibawah.
Jilbabs are among one of the most popular clothing products for the Muslim girls of currently. Jilbabs is often defined as extended and loose garments that cover the complete body from tip to toe. Islamic tradition demands that women need to be concealed after they come out in public. While a great deal of ladies do not adhere to these rules, some have still retained the age-old values in the religion of Islam.