Pada 4 September 2023, team Bahagian Pengurusan & Pentadbiran TudungSiComel telah menghadiri Bengkel Bina Polisi yang dibawakan khas oleh Encik Amierul Ramadha (Founder AR Marketing).

Tujuannya adalah untuk membuat penambahbaikan kepada Standard Operating Procedure (SOP) sedia ada syarikat agar lebih kemas bagi menjadikan SBZ Prima SDN BHD lebih berdaya saing.

Beberapa perkara yang dipelajari adalah cara-cara dan kaedah yang betul dalam pembinaan SOP syarikat mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak-pihak berwajib.
Antaranya adalah :
1. Fungsi Polisi Syarikat
2. Dokumentasi wajib ada sebelum bina polisi
3. Objektif dan Misi Syarikat


Syarikat mengucapkan terima kasih kepada Encik Amierul atas ilmu yang dikongsikan kepada kami.