5 Cara Berjimat Yang Bijak Membeli Belah Untuk Anak-Anak Dengan Harga Murah

harga
harga jimat berbelanja * Shopping Cart II by cainadamsson

Nak berjimat bila membeli belah untuk anak-anak?

Tak susah.

Artikel ini akan membincangkan beberapa kaedah yang bijak dalam membelanjakan wang kita apabila membeli pakaian atau peralatan kepada anak-anak.

Bila bercakap mengenai membeli belah untuk anak-anak, ada dua perkara yang saya dan anda semua patut tahu:

– Ianya mahal dan  menyeronokkan.

Tawaran separuh harga, jualan penghabisan stok dan pelbagai kempen lagi pasti memeningkan kepala kita, membuatkan kita gila untuk berbelanja.

Tetapi, kadang-kadang langit tidak selalu cerah. Mungkin juga kita tertipu.

Pengalaman saya pernah terbeli pakaian bayi yang rosak zipnya yang dijual dalam promosi jualan akhir tahun.

Namun itu cerita lama, dengan perkembangan teknologi internet dan media sosial, ia akan banyak membantu kita semua, ibu-ibu dan bapa-bapa, mencari tawaran yang hebat (produk yang bagus dan menjimat masa serta tenaga).

Sebelum anda merancang untuk melengkapkan list yang ingin dilakukan dalam cuti tahun ini, pinjam masa anda sebentar untuk membaca beberapa tips ini yang mungkin boleh membantu anda membelanjakan wang dengan efisien dan mencari tawaran yang terbaik untuk anak anda.

 

1. Gunakan segala kelebihan Teknologi

Apa gunanya smartphone kita yang canggih jika tidak digunakan secara sepenuhnya.

Walaupun kadangkala smartphone membawa kita jauh dari dunia sekeliling, tetapi ianya alat yang sangat berguna apabila kita pergi membeli belah.

Sebelum kita memutuskan untuk mengambil dan membayar sesuatu barang, gunakan smartphone kita untuk membuat quick comparative (perbandingan harga).

Dengan menggoggle produk tersebut, kita akan mendapat banyak senarai harga dari penjual lain. Kadang-kadang, yang dijual secara online lebih murah berbanding yang dikedai. Begitu juga sebaliknya.

Cuma perlu diingat, jika memilih untuk membeli atas talian (online), pastikan penjual tersebut dipercayai dan reputasi yang baik.

 

2. Baju Secondhand, Bundle atau Jualan akhir tahun.

Untuk pakaian kanak-kanak yang berjenama, bila kita membayar pada harga yang penuh, kita bukan sahaja membayar untuk kualiti pakaian itu, malah untuk gaya terkini dan design terbaru.

Perasankah anda bahawa kanak-kanak tidak peduli pun mengenai trend terbaru (begitu juga dengan ibunya, kan?). Mereka hanya tahu pakai pakaian itu dan main selasak-lasaknya, sehingga pakaian itu koyak atau rosak.

Kebanyakkan pakaian kanak-kanak sesuai sepanjang masa, walaupun design itu telah lama. Jadi kenapa tidak dapatkan stok lama ini dengan harga yang jauh lebih murah?

Oleh itu janganlah kita segan untuk datang ke pasar minggu untuk mencari stok pakaian lama ini. Kadangkala, tag pakaian pun masih terselit rapi pada pakaian itu, cuma ianya barangan lama. Dengan rundingan harga yang baik, ia adalah cara terbaik mencari baju untuk anak-anak dengan harga yang jauh lebih murah dari di supermarket.

Jika anda menghadapi kesukaran atau risau untuk ke tempat ini, pilihan kedua adalah pergi ke tempat yang menawarkan jualan akhir tahun dan clearence stock, seperti year end sale di Sogo.

 

3. Beli Dulu Awal-Awal Untuk Tahun Akan Datang

Ini mungkin pelik, tetapi masa terbaik untuk mencari jualan pakaian anak-anak adalah ketika permintaan terhadapnya telah tiada.

Biasanya, apabila tiba musim atau tahun baru, pihak pekedai akan membuat penghabisan stok untuk memberi laluan kepada stok yang terbaru. Situasi dalam negara kita biasanya clearence stock akan berlaku pada akhir tahun dan sebelum musim perayaan.

Jadi jika anak kita masih kecil, belilah baju yang sedikit besar kepadanya ( 1 atau 2 saiz lebih besar ) untuk dipakai pada tahun akan datang.

 

4. Ikuti Instagram & Facebook Penjual Kesukaan Kita

Peniaga yang bijak tahu bagaimana untuk sentiasa update dengan peminat produknya – dan cara terbaik melakukannya adalah dengan media sosial.

Oleh itu follow akaun mereka untuk mendapat informasi jika mereka membuat offer atau sale istimewa. Lebih bagus jika peniaga itu membuka ruang untuk subscribe emel kerana jika ada offer menarik, ia akan terus masuk ke inbox kita tanpa perlu scroll di media sosial.

 

5. Biarkan Pekedai Tahu Kita Adalah Pelanggan Tetap

Ini boleh dibuat dengan peniaga kecil. Bila kita kembali membeli dengan penjual itu, maklumkan kepada penjual itu.

Beritahu mereka betapa anda sukakan mereka dan produk mereka, kenali mereka, dan share kepada kawan-kawan mengenai kedai mereka. Tell that shop you’re spreading the love.

InsyaaAllah, bila peniaga itu mula menyedari anda sebagai pelanggan tetap, mereka mungkin akan menyediakan hadiah istimewa dan potongan harga yang extra kepada anda.

Selain itu, jangan malu untuk emel atau mesej kepada mereka produk yang kita perlukan dan meminta diskaun. InsyaAllah, kebanyakkan penjual akan melayan pelanggan mereka dengan baik.

 

Penutup

Sebenarnya tak susah untuk berjimat bila berbelanja barangan keperluan anak-anak, terutamanya pakaian. Cuma kita perlu lebih bijak.

Sentiasalah mencipta dan menghidupkan hubungan yang baik dengan penjual, anda pasti mendapat sesuatu yang baik. Anda gembira, penjual pun gembira. InsyaaAllah, akan wujud keberkatan disebalik urusniaga tersebut.

Semoga bermanfaat dari tudung si comel. Semoga berjumpa lagi diartikel akan datang. Jangan lupa ikuti Instagram dan Facebook kami ya!

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa