6 Cara Cuci Uri Dengan Betul Untuk Rujukan Bakal Ayah

Cara cuci uri perlu diambil berat oleh setiap mereka yang bakal bergelar ayah. Boleh dikatakan, cuci uri ini merupakan perkara yang wajib untuk diketahui oleh bakal ayah.

Dalam islam, tiada cara yang khusus untuk menguruskan uri bayi itu tadi. Hal ini kerana, uri merupakan sebahagian daripada tubuh manusia yang mana ia keluar dari rahim seorang ibu.

Oleh itu, uri ini perlu diuruskan dengan betul dan sebaik yang boleh. Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda bagaimana cara cuci uri selepas isteri bersalin.

cara cuci uri

Fungsi uri pada bayi dalam kandungan

Biasanya selepas bersalin, pihak hospital akan memberikan bungkusan yang berisi uri di dalamnya. Jadi, bakal ayah ini perlu menguruskan dengan sebaik mungkin.

Buat anda yang tidak tahu, fungsi uri adalah untuk membekalkan zat bayi yang berada di dalam perut. Darah daripada ibu akan mengalir masuk ke dalam tubuh bayi melalui uri.

Melalui uri juga, bayi akan dibekalkan oksigen dan membuang karbon dioksida dari tubuhnya.

Perkara yang tidak boleh dilakukan kepada uri

  • Uri bayi tidak boleh dibakar.
  • Orang Islam perlulah membawa balik uri untuk ditanam.
  • Uri bayi tidak boleh dijual atau dimakan.
  • Uri perlu ditanam di tempat yang selamat.

Mesti anda juga pernah dengar tentang perangai anak-anak ini nanti akan dikaitkan dengan cara menguruskan uri mereka.

Padahal ianya tiada ada kena mengena dan semuanya bergantung kepada cara didikan yang diberikan oleh ibu bapa.

Ada juga kepercayaan bahawa uri perlu ditanam dengan pensel, buku dan sebagainya jika mahu anak itu pandai.

Padahal di dalam islam mengatakan ianya syirik dan khurafat kerana mempercayai perkara tahyul. Jangan sesekali meletakkan benda-benda yang mengarut di dalam uri yang hendak di tanam.

Cara cuci uri selepas bersalin

Apa yang perlu anda sediakan ialah uri, garam kasar, asam jawa, limau (kalau perlu) dan kain putih. Lagi elok sediakan bahan-bahan dengan segera.

1. Bawa balik uri

Biasanya selepas sahaja bersalin, pihak hospital akan memberikan bungkusan yang berisi uri di dalamnya.

Jika perlu tunggu lebih daripada 24 jam, anda perlu isi uri ini tadi ke dalam peti ais supaya tidak berbau busuk.

2. Guna garam kasar dan limau purut

Beli garam kasar di kedai jika tiada di rumah. Boleh juga kalau hendak guna limau purut. Limau ini kita guna cuma untuk menghilangkan bau uri. Kalau tidak ada bau, tidak perlu guna limau.

3. Buka plastik dengan air paip

Buka plastik uri itu tadi di depan air paip yang mengalir. Basuh uri dan darah pada uri itu dengan garam dan limau sampailah darah mengalir itu tiada.

4. Bungkus uri

Setelah selesai basuh uri, bungkus semula uri itu dan bawalah ke tempat yang hendak di tanam. Pastikan tanah yang hendak kita tanam itu lembut supaya senang untuk dicangkul.

5. Cangkul tanah dalam-dalam

Cangkul tanah dalam-dalam supaya haiwan liar tak boleh hidu atau bau uri tadi. Paling tidak pun, cari batu besar dan tindih atas tempat uri tu ditanam supaya binatang liar tidak gali tanah semula.

6. Baca bismillah dan selawat ke atas nabi

Masa menanam uri tersebut, tidak perlu hendak menghadap kiblat atau pun baca apa-apa. Cukup dengan lafaz Bismillah dan selawatlah ke atas Nabi. Ia sudah cukup memadai.

Inilah masanya untuk anda menghargai pengorbanan isteri anda. Diharapkan pengkongsian tentang cara cuci uri ini dapat memberikan bermanfaat untuk pembaca semua.

Nak dapatkan bermacam info dan produk dari tudung Si Comel?? Jom Follow FB Page Tudung Si Comel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa