5 Kebaikan Susu Ibu Yang Tidak Diketahui Ramai

Menyusu badan bukanlah suatu yang mudah. Ia merupakan cabaran yang perlu dihadapi dengan tabah oleh para ibu. Walaupun secara umumnya ramai tahu kebaikan susu ibu tiada tolok bandingnya dengan susu formula.

Namun ramai yang tewas dek kerana ujian-ujian yang mendatang. Tambahan pula ibu-ibu pada zaman ini rata-ratanya bekerjaya dan sibuk dengan tugasan masing-masing.

Manakan sempat untuk mencuri masa menyusu anak.

Kebaikan Susu Ibu
Kredit Gambar : Shutterstock

Selain daripada cabaran kekangan masa dan bebanan tugas di tempat kerja, kekurangan ilmu tentang kebaikan susu badan itu sendiri juga merupakan punca utama ramai yang memilih untuk bertukar kepada susu formula.

Bagaimana boleh kita memilih untuk menyusukan anak dengan susu formula jika kita dapati terdapat 1001 khasiat di dalam susu ibu itu sendiri ?

Susu badan adalah susu yang ideal kepada bayi dan kanak-kanak kecil. Ia selamat, bersih dan mengandungi antibodi yang melawan masalah-masalah kesihatan umum kanak-kanak. Susu badan membekalkan semua tenaga dan khasiat kepada kanak-kanak pada beberapa bulan awal kelahiran.

World Health Organization (WHO)

Memandangkan tidak ramai ibu di luar sana yang mengetahui hakikat kelebihan susu badan secara terperinci.

Kita akan bongkarkan rahsia kebaikan susu ibu dalam perkongsian artikel kali ini. Sila baca selanjutnya.

1. Mengelak Anak Daripada Menghidapi Masalah Obesiti

Jika anda perhatikan dengan lebih teliti,  kanak-kanak yang dibiasakan dengan susu badan sejak kecil kebanyakkannya tidak gemuk.

Mereka cenderung untuk mempunyai berat badan ideal dan jauh daripada masalah obesiti jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang bergantung kepada susu formula.

co2 1
Kredit Gambar : Shutterstock

Susu badan dipercayai merangsang perkembangan dan pertumbuhan bakteria-bakteria baik dalam usus lalu menyebabkan penyimpanan lemak dalam badan dapat dikawal dengan lebih optimum.

Kandungan sejenis hormon yang bernama Leptin juga tinggi dalam susu badan jika hendak dibandingkan dengan susu formula.

Hormon ini juga turut berfungsi dalam mengawal selera pemakanan serta penyimpanan lemak badan.

2. Mengandungi Khasiat Yang Ideal Dan Seimbang

Tanyalah mana-mana doktor atau pakar dietitian tentang saranan kaedah penyusuan yang terbaik. Anda akan dapati mejoritinya akan merekomenkan anda untuk menyusu badan secara eksklusif sekurang-kurangnya selama 6 bulan.

Kalau anda mampu lakukannya lebih daripada tempoh tersebut, anda layak digelar Supermom. Tahniah !

Penyusuan badan secara eksklusif bermaksud anak anda akan disusukan dengan susu badan semata-mata semenjak lahir dan bebas daripada sebarang sumber pemakanan atau minuman lain termasuk air kosong.

kebaikan susu ibu
Kredit Gambar : Pixabay

Ingat, susu badan semata-mata !

Kenapa ya begini ?

Jawapannya adalah tidak lain tidak bukan disebabkan susu ibu mengandungi kandungan khasiat yang ideal serta kandungan kuantiti yang cukup optima bagi bayi berusia awal 6 bulan.

Ideal, Cukup dan Sempurna untuk bayi ! 

Itulah kata-kata yang sesuai untuk menggambarkan sifat susu ibu itu jika hendak dibandingkan dengan susu-susu lain. 

Sebagai contoh susu kolostrum yang dihasilkan pada awal kelahiran. Ia agak pekat dan bewarna kuning. Mempunyai kandungan tinggi protein, rendah gula beserta dengan khasiat-khasiat lain tidak mampu untuk digantikan dengan mana-mana jenis susu formula.

Ia adalah sangat sesuai untuk bayi baru lahir yang mempunyai sistem pencernaan yang masih belum matang.

Pada masa yang sama, susu badan akan berubah sifatnya secara perlahan-lahan sesuai dengan sistem usus dan perut bayi yang telah berkembang.

3. Kandungan Antibodi Semula Jadi

Antibodi sangat penting bagi bayi baru lahir dan kanak-kanak kecil. Mereka masih lemah dan mudah terdedah dengan serangan jangkitan virus atau bakteria.

Susu badan memainkan peranan penting dalam hal ini dengan memastikan bekalan antibodi yang optimum kepada bayi dan kanak-kanak kecil terutamanya bagi awal 6 bulan pertama.

Kebaikan Susu Ibu
Kredit Gambar : Pixabay

Immunoglobulin A (IgA) sebagai contoh, tinggi kandungannya dalam susu kolostrum begitu juga dengan antibodi-antibodi lain. Terhasil apabila seorang ibu itu terdedah kepada jangkitan kuman.

Lalu semasa menyusu anak, antibodi-antibodi tersebut diturunkan kepada anak tersebut berfungsi untuk melindunginya daripada terkena jangkitan yang sama.

Selain daripada antibodi susu badan juga kaya dengan khasiat lain yang penting bagi sistem imun badan anak seperti :

Laktoferin mengawal bakteria usus

Protein, Vitamin A dan E – Melindungi bayi daripada penyakit mata dan jangkitan kuman.

Bifidus Factor – Sejenis elemen yang membantu pembiakan bakteria baik dalam usus dan menghapuskan bakteria jahat.

Ejen Anti Radang – Berfungsi untuk mengelak bayi daripada terkena serangan radang yang teruk.

4. Mengurangkan Risiko Serangan Masalah Kesihatan

Dengan senarai khasiat penting seperti yang dinyatakan di atas. Secara tidak langsung susu badan mampu mengurangkan risiko anak daripada terkena masalah-masalah kesihatan umum semasa kecil seperti :

  • Serangan Asthma, Eczema dan alahan kulit bayi 
  • Masalah Obesiti
  • Penyakit Kencing Manis
  • Jangkitan Paru-Paru
  • Jangkitan Kuman Pada Telinga ( otitis media )
  • Sudden Infant Death Syndrome ( kematian bayi secara mengejut )

Pasti anda kini kagum dengan kehebatan susu ibu badan bukan ?

Masih belum habis, teruskan lagi pembacaan anda.

5. Anak Lebih Cerdik Dengan Susu Badan

Kajian mendapati kanak-kanak yang dibiasakan dengan susu badan lebih cerdik berbanding dengan mereka yang mengambil susu formula.

baby ga368a31da 1920 1
Kredit Gambar : Pixabay

Puncanya berkait rapat dengan unsur sentuhan, hubungan kontak mata antara si manja dengan ibu begitu juga dengan faktor khasiat dalam susu itu sendiri.

Unsur-unsur ini didapati memberikan rangsangan yang lebih terhadap perkembangan sel-sel otak jika dibandingkan dengan susu formula.

Penutup

Diharap dengan pencerahan dan pendedahan yang diberikan melalui penulisan artikel ini, bakal-bakal ibu semua boleh bersiap sedia untuk bekorban masa dan berusaha memastikan anak-anak semua meperolehi peluang untuk mendapatkan manfaat daripada susu badan.

Sekian, selamat menyusu ya.

Jemput share. Terima kasih
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Risk Free Shipping

If your orders lost during shipment, we will do the replacement or refund

Easy 180 days returns

180 days money back guarantee

100% Secure Checkout

Toyyibpay / MasterCard / Visa