Anak Tertelan Bateri, Menakutkan !

Komplikasi anak tertelan bateri itu parah ! Boleh menyebabkan saluran pemakanan atau saluran pernafasan bocor.

Bateri sangat sinonim dengan peralatan-peralatan elektronik rumah mahupun alat permainan kanak-kanak.

Ia boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan saiz seperti bulat, silinder dan sebagainya. Bagi golongan dewasa tidak ada apa yang istimewa dengan saiz dan bentuknya.

anak tertelan bateri
Kredit Gambar : Cincinnati Children’s Blog

Yang penting apabila dipasang, alat elektronik yang hendak digunakan mampu berfungsi. Tetapi tidak bagi kanak-kanak.

Bentuknya dan warnanya yang pelbagai kelihatan menarik bagi mereka. Seakan-akan seperti gula-gula bulat yang sering diberikan pada mereka.

Maka terjadilah kes-kes di wad kecemasan ada kanak-kanak tertelan bateri.

Kenapa Kanak-Kanak Yang Tertelan Bateri Dianggap Boleh Membahayakan Nyawa ?

1. Tindak balas antara bahan kimia bateri dengan lendir dan air liur badan menghasilkan bahan kimia alkali yang kuat dan mempunyai ciri penghakis yang tinggi.

2. Apabila bateri ini tersangkut pada mana-mana bahagian dalam tubuh boleh menyebabkan terjadinya hakisan pada lapisan dinding organ tersebut.

3. Jika tersangkut pada saluran pernafasan boleh membawa maut akibat sesak bernafas yang serius.

Apa Yang Terjadi Jika Bateri Yang Tertelan Tersangkut Pada Saluran Pernafasan ?

Ia bergantung kepada lokasi itu sendiri.

Kredit Gambar : Pixabay

Bronchus

Jika lokasinya pada Bronchus ( laluan saluran pernafasan yang bercabang sebelum memasuki bahagian paru-paru ), anak tersebut akan dibius secara penuh ( tidak sedar ).

Lalu sejenis prosedur menggunakan alat Bronchoscopy ( tiub berkamera saluran pernafasan ) akan dimasukkan untuk mencari bendasing itu dan mengeluarkannya secepat mungkin.

Paru-Paru

Yang lebih merisaukan lagi adalah apabila bateri itu telah menuju jauh ke dalam sehingga memasuki ruang paru-paru.

Jika inilah situasinya, tiada jalan lain melainkan prosedur pembedahan dada perlu dilaksanakan. Pembedahan tersebut dikenali sebagai Thoracotomy dan ia bukanlah suatu prosedur mudah dan memakan masa yang lama.

Terutamanya jika dilakukan pada kanak-kanak kecil.

Bagaimana Pula Jika Bateri Yang Ditelan Tersangkut Pada Saluran Pencernaan ?

Sekali fikir kelihatan tidak begitu bahaya bukan ? Jangan sesekali anda berfikir sebegitu rupa. Sebagaimana yang telah diterangkan sebelum ini apabila bateri bertindak balas dengan lendir dan air liur yang terdapat pada ruang saluran pencernaan akan menghasilkan bahan kimia alkali yang kuat.

Jika tersangkut pada esofagus ia akan menghakis lapisan otot yang terdapat pada bahagian tersebut. Esofagus adalah ruang saluran pencernaan yang menghubungkan antara ruang kerongkong dengan perut.

Jika ia berjaya melalui saluran esofagus dengan lancar ia akan sangkut pula di dalam perut. Maka hakisan tersebut akan terjadi pula pada lapisan bahagian perut sebelum keluar bersama-sama dengan sisa najis.

Apa Yang Perlu Saya Lakukan Jika Anak Tertelan Bateri ?

Mudah sahaja sebenarnya tapi kena cepat bertindak.

Pertama

Bawa anak terus ke wad kecemasan di hospital-hospital yang berdekatan. Hospital ya, bukan klinik !

Kedua

Sebaik tahu anak tertelan bateri. Puasakan terus si manja. Elakkan dari sebarang minuman atau makanan.

Jika prosedur untuk mengeluarkan bateri tersebut perlu dilaksanakan dengan bius penuh, sekurang-kuranganya anak anda telah bersedia jika tidak pun tidak perlu tunggu masa yang lama untuk dipanggil ke bilik prosedur atau pembedahan.

Kredit Gambar : Pixabay

Prosedur bius penuh selok-eloknya dilakukan dalam keadaan pesakit telah berpuasa sekurang-kuranganya 6 jam bagi memudahkan proses intubasi ( Prosedur memasukkan tiub pernafasan melalui mulut ).

Jangan sesekali mengambil sikap bertangguh.

Masa itu ibarat emas pada saat-saat genting ini terutamanya jika anak anda sudah mula menunjukkan gejala-gejala yang membawa petanda serius seperti sesak nafas.

Ayat yang lebih tepat sebenarnya adalah masa itu nyawa.

Ia bukan perkara main-main.

Kisah Benar Budak Terpaksa Melalui 18 Kali Pembedahan Sebab Tertelan Bateri

Pada 16 November 2011, Akhbar Britain Daily Mail telah melaporkan , seorang kanak-kanak bernama Emmett Rauch berusia 2 tahun telah tertelan bateri lithium yang kecil ini yang digunakan untuk alat
” Remote Control “

Beliau terpaksa menjalani 18 pembedahan dalam tempoh setahun di Hospital Kanak-kanak Phoenix di Arizona, Amerika Syarikat.

Dalam kejadian itu, ibunya Karla Rauch tidak menyedari anaknya telah menelan bateri itu, dan tanda pertama yang ditunjukkan oleh anaknya ialah demam dan selsema saja.

Selepas 3 hari, keadaan anaknya bertambah teruk dan mengalami gejala sukar bernafas. Apabila doktor melakukan pemeriksaan x ray dada, terdapat objek bulat yang dipercayai bateri lithium pada saluran esofagusnya.

Pembedahan dilakukan dan kira-kira sepanjang 4 inci daripada esofagusnya terpaksa dibuang akibat kerosakan dan kematian tisu.

Kanak-kanak malang ini juga telah terpaksa ditempatkan di dalam wad unit rawatan rapi kanak-kanak untuk suatu tempoh yang agak lama.

Penutup

Kesimpulannya, letakkan dan simpanlah barang-barang elektronik yang mengandungi bateri di rumah dengan baik agar tidak mudah dicapai anak kecil.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. - pepatah Melayu
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with Toyyibpay / MasterCard / Visa