Your Cart


5 Cara Hilangkan Karies Gigi Anak (2022)

Tiap-tiap hari dah cuba untuk pastikan anak gosok gigi. Lepas bangun pagi, gosok. Sebelum tidur pun gosok. Struktur gigi masih tidak kelihatan sihat dan cantik. Situasi ini pasti membuatkan anda tercari-cari cara hilangkan karies gigi anak yang berkesan.

Di awal usia anak, semua ibu bapa berasa teruja dengan tumbuhnya gigi pertamanya. Berlalunya masa, entah silapnya di mana. Apabila strukturnya tidak lagi secantik dahulu dan kelihatan terhakis, perasaan teruja tersebut berganti pula dengan rasa bimbang.

image 11
Kredit Gambar : Shutterstock

Pada masa itu rasa penyesalan timbul kerana tidak membiasakan membawa anak untuk bertemu dengan doktor gigi untuk pemeriksaan secara berkala.

Pakar pergigian sedunia mengesyorkan untuk membawa anak berjumpa doktor gigi seawal gigi pertama tumbuh atau pada umur satu tahun.

Dr Sharifah Wade’ah Wafa Syed Saadun Tarek Wafa
Pakar Pergigian Pediatrik, Fakulti Pergigian Universiti Malaya

Apa yang Ibu dan Ayah tahu tentang karies gigi anak ?

Ia merujuk kepada kerosakkan gigi yang melibatkan sebatang gigi atau lebih. Punca utamanya adalah disebabkan proses pendemineralan asid yang terjadi pada lapisan gigi-gigi tersebut.

Pendemineralan Asid ? Apa Itu ?

Ya, nama saintifik proses tersebut adalah pendemineralan asid. Dalam Bahasa Inggeris, ia disebut sebagai “ Demineralization ”.

Proses pencernaan gula dalam makanan atau minuman oleh kuman dalam air liur menghasilkan asid yang boleh menghakis lapisan gigi.

Ia bermula dengan penghakisan pada lapisan luar gigi. Jika dibiarkan berterusan, kesan penghakisan akan menjadi lebih teruk dan terbentuklah gigi-gigi yang berlubang. Ia juga dikenali sebagai karies gigi.

Jika tidak dirawat segera boleh mengakibatkan gejala sakit gigi yang boleh mengganggu aktiviti harian anak-anak seperti makan, tidur malah lebih merisaukan adalah bengkak gusi dan sebagainya.

Risiko Karies Gigi Dalam Kalangan Kanak-Kanak

Kanak-kanak dipercayai lebih banyak terdedah kepada risiko karies gigi atas sebab daripada pelbagai aspek sama ada gaya hidup atau pemakanan.

Antaranya ialah :

1. Suka Terhadap Benda-Benda Yang Manis

Gula-gula, susu kotak, air bergas, jus kotak dan sebagainya semuanya mengandungi kandungan gula yang tinggi. Dan yang paling penting sekali adalah ia sangat disukai oleh kanak-kanak.

Jika pergi ke pasar pasti sekurang-kurangnya satu air kotak akan dibawa pulang bersama.

karies gigi anak
Kredit Gambar : Pixabay

2. Kurang Penjagaan Kebersihan Mulut Dan Gigi

Anak-anak jika lepas bangun pagi tidak disuruh untuk memberus gigi, jawabnya sampai keesokkan hari lah dia tidak melakukannya.

Sudah menjadi kebiasaan bagi anak untuk kurang memberus gigi. Apabila ditambah pula dengan kealpaan kedua-dua ibu bapa, ia menyebabkan kesihatan gigi terjejas dan menyebabkan berlakunya karies gigi.

Amalan pengambilan makanan dan minuman yang tinggi kandungan gula disertai dengan kehadiran bakteria dalam mulut dan air liur menghasilkan plak-plak yang terlekat pada celah-cleahan gigi.

Plak-plak ini merujuk kepada istilah tahi gigi lebih gemar digunakan dalam perbualan masyarakat awam.

Lambat laun plak-plak ini akan menghasilkan asid yang menghakis lapisan gigi secara perlahan-lahan.

3. Menyusu Botol

Bagi kanak-kanak awal usia pula, risiko karies gigi meningkat disebabkan tabiat menyusu botol yang sukar untuk dibendung.

Bilangan anak-anak yang dibiarkan untuk menyusu botol sehingga hendak mencapai usia persekolahan juga tidaklah rendah.

drinking milk g7747ea24b 1920
Kredit Gambar : Pixabay

Ada juga yang sudah terbiasa untuk tidur sambil menyusu botol.

Proses yang sama juga terjadi. Sisa-sisa susu yang tinggi kandungan gula ini bersarang di ruangan mulut dan gigi.

Apabila disertai dengan kehadiran bakteria membentuk plak-plak gigi lalu menghakis lapisan gigi tersebut sedikit demi sedikit.

Solusi ?

Selanjutnya dalam artikel ini kita akan membincangkan tentang 5 Cara Hilangkan Karies Gigi Anak

1. Pemeriksaan Berkala Doktor Gigi Semenjak Awal Usia

Pemeriksaan awal jika dilakukan akan mengambil masa yang tidak lama dalam setiap pertemuan. Jika terdapat sebarang masalah, rawatan segera dapat dijalankan melalui prosedur ringan.

Dibandingkan pertemuan di kala karies telah terjadi dengan teruk, rawatan dan penjagaannya akan menjadi lebih rumit.

dentist g05ec92268 1920
Kredit Gambar : Pixabay

Selain itu, pertemuan secara berkala juga memberi manfaat yang banyak kepada anda kerana boleh mendapatkan nasihat dan tips khusus penjagaan gigi daripada doktor gigi. 

2. Kurangkan Makanan Dan Minuman Manis

Nampak sukar tetapi percayalah anda mampu mengubahnya. Hadkan pembelian air manis dan gula-gula yang menjadi kegemaran anak-anak.

Jangan biasakan anak-anak dengan minuman manis semasa menghidang makanan dan gantikannya dengan air suam.

Elakkan untuk membeli gula-gula atau coklat dengan mudah apabila anda membawa anak-anak bersama ketika ke pasaraya.

Amalan-amalan sebegini jika dibiasakan akan tabiat yang sebati dalam diri mereka. Pada masa tersebut mereka juga tidak akan meragam apabila tidak dapat membeli makanan atau minuman manis.

3. Kurangkan Penyusuan Botol

Menyusu botol sebenarnya tidak salah. Tetapi caranya yang menjadi punca kepada karies gigi anak. Anak-anak yang menyusu botol didapati suka menghisap puting botol susu dalam tempoh yang lama.

Baik sama ada semasa baring, tidur mahupun bermain. Ia menyebabkan sisi-sisa susu terkandung rongga mulut dan bahagian gigi dalam waktu yang lama lalu menyebabkan karies gigi.

Perkara ini dapat dicegah dengan mengelakkan anak tidur bersama botol susu dan menggalakkannya untuk mula pemakanan seawal usia 6 bulan berbanding terus menyusu semata-mata.

4. Menggalakkan Anak Memberus Gigi

Tetapkan masa-masa tertentu bagi anak untuk memberus gigi. Antara contohnya pada waktu pagi sebaik bangun dari tidur semasa mandi.

image 12
Kredit Gambar : Shutterstock

Begitu juga pada waktu sebelum tidur. Jika telah terbiasa, ia akan menjadi tabiat yang akan dilakukannya tanpa perlu dipantau atau disuruh lagi.

Ibu bapa senang dan gembira, kesihatan gigi anak juga terjaga. Seronok bukan ?

5. Menggunakan Ubat Gigi Fluorida

Fluorida sejenis mineral utama dalam membentuk lapisan gigi yang kuat dan mencegah karies. Namun anda perlu berhati-hati dalam menggunakannya ke atas kanak-kanak.

toothpaste gf14cdd0f2 1920
Kredit Gambar : Pixabay

Anak sekitar usia 3 tahu yang sudah mahir untuk meludah boleh mula untuk memberus gigi dengan menggunakan ubat gigi Fluorida.

Kuantiti yang dipakai juga tidak perlu terlalu banyak. Pemantauan juga penting sehinggalah mereka sudah mahir untuk memberus sendiri.

Penutup

Beberapa kesimpulan ringkas yang anda boleh dapat daripada artikel ini adalah :

1. Karies gigi mudah terjadi pada golongan kanak-kanak disebabkan faktor gaya hidup dan pemakanan.

2. Penjagaan kebersihan mulut penting dalam mengelakkan terjadinya penghakisan lapisan gigi.

3. Perjumpaan dan pemeriksaan secara berkala dengan doktor gigi membantu ibu bapa untuk menjaga kesihatan gigi anak dengan lebih berkesan.

Ibu dan Ayah boleh cepat-cepat amalkan tips-tips di atas. Kongsikannya sekali dengan teman-teman sekeliling. Supaya anak-anak semua mempunyai gigi-gigi yang cantik dan tersusun rapi.

Nak bergambar bila-bila masa pun tidak ada masalah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your orders lost during shipment, we will do the replacement or refund

Easy 180 days returns

180 days money back guarantee

100% Secure Checkout

Toyyibpay / MasterCard / Visa