Cara Hilangkan Stress Yang Paling Berkesan

Cara Hilangkan Stress

Perasaan Ketika Menerima Ujian

Sebagai manusia biasa, harus bagi kita merasai perasaan sedih, kecewa, sakit, geram, benci, dendam, penat dan sebagainya ketika diuji. Tetapi, tahu tak semua emosi negatif ini rupa-rupanya tidak boleh disimpan dalam badan kita melebihi 16 saat? Begitu juga kepada anak-anak kita. Jadi, macamana kalau ia sudah terpendam lama hingga berhari-hari, berminggu-minggu, bertahun-tahun malah berpuluh-puluh tahun? Ia seakan tersekat jauh di lubuk hati yang paling dalam. Ada cara hilangkan stress ini di bahagian bawah artikel.

Sebagai seorang yang waras dan sihat fikirannya, sekiranya dia teringat dia hanya berasa sedih tetapi tidak keterlaluan seperti mula-mula diuji dan berasa tenang kerana dia sedar harus akur dan redha akan ujian yang menimpanya sudah ditakdirkan oleh Allah S.W.T. kepada dirinya. Dia tidak berasa marah kepada sesiapa tetapi mengambil langkah positif seperti mahu memaafkan dan melakukan strategi yang bermanfaat untuk dirinya dan orang lain. Bukan mudah bagi seorang anak dapat melakukan begini jika kita tidak mengajar mereka.

Sunnah Ketika Menerima Ujian

Cantiknya sunnah Nabi S.A.W., Baginda sudah mengajarkan doa apabila mula-mula diuji seperti terkena hentakan pertama. Kemudian, Baginda S.A.W. ajarkan lagi doa seterusnya apabila kita teringat kembali akan ujian tersebut. Kedua-dua doa ini mengandungi ganjaran yang hebat di dunia dan akhirat kepada sesiapa yang bertuah dapat mengamalkannya.

1. Berdoa Ketika Mula-Mula Diuji

Cara hilangkan stress, tips yang pertama: Jika dibaca doa ini ketika hati benar-benar hancur saat menerima ujian pada saat terkena hentakan pertama, pasti dan yakin Allah S.W.T. akan menggantikan dengan perkara yang lebih baik lagi sebelum dia meninggal dunia. Boleh rujuk kitab Hayatus Sahabah Jilid Ketiga untuk lebih maklum.

Cara Hilangkan Stress

Nabi Muhammad S.A.W. pernah mengajarkan kepada sahabatnya agar membaca doa ini ketika tali kasutnya yang tercabut. Nampaknya seperti ujian kecil, tetapi erti ujian itu adalah apa-apa sahaja perkara yang berlaku dan mendatangkan resah, gelisah, susah dan payah dalam kehidupan kita. Dianjurkan agar membaca doa yang penuh berkat ini.

Nabi Muhammad S.A.W. juga pernah mengingatkan Ummu Salamah agar membacakan doa ini ketika beliau begitu sedih saat suaminya meninggal dunia. Kemudian Allah S.W.T. telah memberikan Ummu Salamah suami yang lebih baik dan terbaik iaitu diri Rasululllah SAW sendiri.

Kadang-kadang kita pasti teringat kenangan sayu yang mengusik jiwa. Kesedihan itu akan terasa kembali. Cepat-cepat membaca doa tersebut agar kita mendapat ganjaran pahala seperti mula-mula saat kita diuji. Jika tidak, dikhuatiri syaitan laknatullah akan menghasut kita dan meracuni fikiran kita untuk perkara yang memudharatkan.

2. Berdoa Apabila Teringat Kembali Akan Ujian/Musibah

Tips kedua untuk cara hilangkan stress ialah doa yang sama bagi kedua-dua keadaan. Tahan dan redha ketika diuji. Ia perkara yang amat bertentangan. Tetapi amat menakjubkan bagi para penduduk langit jika digabungkan. Bahkan Allah S.W.T. memuji-muji mereka di hadapan para malaikat dan mengangkat darjat manusia jenis ini berada di kalangan para Nabi sedangkan mereka di dunia hanya manusia biasa-biasa sahaja.

Perbezaan Ketika Diuji

TAHAN ketika diuji. Ia ada limitnya sebagai manusia dan boleh pecah meletup. Seperti belon yang semakin besar ditiup. Akhirnya akan pecah belon itu.

REDHA ketika diuji. Ia tiada limitnya kerana ujian itu seperti dialu-alukan kedatangannya dan disambut dengan ceria dan tenang. Perkara ini seharusnya dipelajari oleh ibu bapa sebagai salah satu kemahiran yang bakal digunakan pada hari mendatang. Manusia mahu hidup, dia kena belajar. Ia bertentangan dengan haiwan. Haiwan lahir-lahir sahaja sudah pandai berjalan. Manusia kena belajar berjalan lebih kurang 1 tahun atau setahun setengah dalam hidupnya. Begitu juga untuk perkara-perkara lain seperti makan, bercakap, bermain, menulis, melukis, berkawan, berkahwin, bersabar, berdiam diri, memasak dan sebagainya. Kemahiran ini akan diasah pada setiap hari hingga kita dapat menguasainya. Kita tidak akan dapat menguasai sesuatu jenis kemahiran melainkan kita perlu belajar daripada manusia lain yang lebih mahir daripada diri kita sendiri. Proses ini akan berterusan hingga kita tiada lagi di dunia ini.

Teknik Bersabar

Di luar sana, ada beberapa kursus yang dianjurkan oleh para psikologi tentang teknik atau terapi ini. Berbayar atau percuma. Di medan sosial juga begitu banyak membicarakan tentang hal ini. Sabar ialah gabungan daripada perbuatan menahan hati akan ujian tersebut (tidak terlalu sedih atau tidak terlalu gembira secara keterlaluan) dan berasa redha pada masa yang sama. Ia tidak akan dapat dilakukan jika hati masih ada perasaan negatif seperti dendam, kecewa, marah, menyesal, penat, benci dan lain-lain. Jadi, penting sangat supaya semua emosi negatif ini dikeluarkan dulu dari badan kita.

Emosi negatif diibaratkan seperti habuk kipas. Cuba lihat kipas yang digunakan bertahun-tahun tetapi tidak pernah dicuci. Betapa tebalnya habuk kipas itu. Betapa hitamnya habuk tu. Tidak pernah cuci tetapi tahu guna sahaja. Begitu juga hati kita. Hati ini perlu bebas dari sebarang emosi negatif yang kotor dan hitam. Kemudian barulah dia boleh belajar teknik bersabar.

Kipas yang kotor hitam melekat tu, apa strateginya jika nak cuci? Adakah dengan sekali lap sahaja ia sudah bersih, licin dan putih? Tidak. Berulang kali kita kena lap. Tambah lagi dengan pencuci. Pewangi. Bilas lagi dengan air. Lap lagi berulang-ulang kali. Ha, baru cantikkan. Bila switch on, terasa sejuk dan segar sahaja angin yang bertiup dari kipas yang bersih tadi. Jadi, kita kena belajar cara cuci kipas dulu. Kemudian, baru belajar cuci hati sendiri. Cuci hati sendiri lebih susah sebab kita tak nampak dan tak boleh lihat samada ia masih kotor atau sudah bersih berkilat. Malaikat pun tak nampak. Hanya Allah S.W.T. sahaja yang boleh lihat kesucian hati kita.

Cara Hilangkan Stress

Buang Emosi Negatif dengan Teknik EFT

Pernah dengar EFT? EFT ialah Emotional Free Therapy. Sebagai seorang muslim, teknik ini digabungkan sekali dengan doa dan penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah S.W.T. Ia dipanggil Spiritual Emotional Free Therapy. Pakar psikologi dan kaunselor mengaplikasikan dan mengajarkan teknik ini kepada mangsa banjir besar di Kelantan beberapa tahun lepas dan kepada keluarga mangsa MH370 di lapangan terbang.

Cara Hilangkan Stress

Merujuk pada gambar, (emosi spesifik) kena senaraikan secara terperinci semua perasaan negatif yang anda alami iaitu seperti marah, kecewa, menyesal, benci, geram, dendam, sakit, penat dan sebagainya. Kemudian skorkan perasaan negatif tersebut daripada 1 hingga 10. Jika skor 0, tak perlu kerana dalam mood tenang.

Cara Hilangkan Stress

Tapping points ada pelbagai cara. Antaranya ialah dengan cara karate atau dua jari diketukkan lembut pada bahagian titik-titik tertentu seperti dalam gambar. Ada dua cara yang diajarkan oleh mereka. Pertama menggunakan ‘tapping points’ seperti di dalam gambar dan kedua dengan menekan secara membulat pada arah lawan jam di ‘point’ hati iaitu di sekitar bawah tulang selangka (akan terasa sakit jika tekan di point yang tepat). Pastikan pointnya kena betul merujuk pada gambar. Semasa melalui terapi ini, ada syarat-syarat yang sebaiknya dilakukan terlebih dahulu untuk dapatkan impak maksimum.

1. Mesti mengaku, perasaan negatif itu memang ada dalam diri.

2. Kesungguhan yang kuat mahu membuang emosi negatif.

3. Tidak menyalahkan orang lain atas apa yang dah berlaku dalam hidup anda sebelum ini hingga menyebabkan anda beremosi negatif.

4. Lakukan deep breathing teknik seperti yang sudah diterangkan dalam ebook Bersalin Alami oleh penulis. Boleh baca secara percuma di smart library, Perpustakaan Negara Malaysia.

5. Memakai pewangi yang dirumus khas daripada bahan-bahan semulajadi.

Jom kita mulakan. Untuk permulaan, buat dua kali pada setiap hari. Pagi dan malam. Setiap kali sentuh tapping point tersebut, baca contoh affirmation di bawah :

BismillahirRahmaniRahim. Ya Allah, walaupun aku rasa geram. Aku ikhlas dan redha menerima rasa geram ini. Dan aku pasrahkan kepada Mu ketenangan sepenuhnya.

Ulang untuk semua perasaan negatif yang kita alami…

Ya Allah, walaupun aku rasa sedih. Aku ikhlas dan redha menerima rasa sedih ini. Dan aku pasrahkan kepada Mu ketenangan sepenuhnya.

Ulang sehingga skor anda menurun….

Ya Allah, walaupun aku rasa kecewa. Aku ikhlas dan redha menerima rasa kecewa ini. Dan aku pasrahkan kepada Mu ketenangan sepenuhnya.

Menangis jika terasa mahu menangis. Lepaskan semua beban yang anda rasa kepada Allah Yang Maha Mendengar. Selepas ibu bapa menguasai kemahiran ini dan diamalkan selalu. Kemudian, teknik terapi ini boleh diajarkan kepada anak-anak dengan lebih berkesan. Semoga tips atau cara hilangkan stress ini membantu anda.

Dah dapatkan tudung untuk anak anda? Klik link untuk untuk tempahan tudung si comel anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa