Cara Mendidik Anak-Melahirkan Anak Pencinta Al-Quran

melahirkan-anak-pencinta-alquran

Assalamualaikum, apa khabar? =)

Masa tengah belek-belek buku di kedai tadi, terjumpa sebuah buku yang menarik untuk dibaca dan ianya sangat sesuai bagi kita yang bergelar ibu dan bapa. Ianya berkaitan cara mendidik anak menjadi anak soleh yang disampaikan secara santai dan ceria.

Dalam kesibukan kita mencari rezeki, kadangkala kita terlepas pandang untuk memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak kita. Mungkin dari segi zahir semuanya cukup; makan, pakai dan kemudahan asas yang lain.

Tetapi yang paling penting sebenarnya ialah cara kita mendidik anak dengan didikan agama yang sempurna agar ianya dapat dijadikan bekalan kita di akhirat kelak iaitu anak yang soleh yang dapat mendoakan kita.

 Cara Mendidik Anak

Kita harus ingat, hidup bukanlah semata-mata untuk bekerja. Bekerja adalah hanya bagi membantu kita meneruskan aktiviti untuk mencari bekalan di akhirat kelak. Maksudnya, dengan wang yang ada kita dapat mendirikan rumah yang selesa untuk beribadat dan sebagainya.

Buku yang ditulis oleh Ustaz Mohd Solleh bin Abdul Razak ini memaparkan kaedah dan pendekatan serta cara mendidik anak menjadi pencinta al-Quran selain dapat memberi motivasi dan keyakinan kepada kita dalam mendidik anak untuk mencintai al-Quran.

Buku ini padat dengan nasihat dan kata-kata hikmah yang bakal menyuntik semangat kita para pembaca untuk melahirkan anak yang soleh.

cara mendidik anak

Jadi memandangkan ianya bermanfaat, saya terus menghubungi Ustaz Mohd Solleh sendiri untuk bertanyakan sekiranya masih ada stok untuk dikongsikan bersama rakan-rakan TudungSiComel.com.

Selain menempah untuk diri sendiri, ada baiknya juga kita menempah sebagai hadiah untuk rakan-rakan kita. Semoga ilmu yang disebarkan memberi manfaat kepada semua.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W. “Apabila mati seseorang anak adam itu… maka akan terhenti segala amalanya kecuali 3 perkara iaitu sedakah jariah, ilmu yang memberi guna, doa anak–anak yang soleh

ADA STOK | KEHABISAN STOK

Buku berharga termasuk kos Pos Laju cuma:

a. Semenanjung – RM29.00 sahaja.

b. Sabah – RM33.00 sahaja.

c. Sarawak – RM32.00 sahaja.

 

Untuk tempahan, sila isikan butiran di bawah dan kami akan menguruskan tempahan ini dengan segera, in shaa Allah. Semoga ianya bermanfaat. Amin.

[contact-form subject=’Tempahan Buku: Melahirkan Anak Pencinta Al-Quran’][contact-field label=’Nama’ type=’name’ required=’1’/][contact-field label=’Alamat Penuh Penghantaran’ type=’textarea’ required=’1’/][contact-field label=’Email’ type=’email’ required=’1’/][contact-field label=’No Telefon (Cth: 013-3673453)’ type=’text’/][/contact-form]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with Toyyibpay / MasterCard / Visa