Cara Menguruskan Uri Selepas Bersalin

SETIAP bayi yang dilahirkan keluar bersamanya uri atau dikenali dalam kalangan masyarakat kita sebagai ‘kembar bayi’. Uri atau tembuni atau plasenta dalam Bahasa Arab dikenali sebagai al-mashimah.

Uri, organ dalam rahim yang bersambung dengan janin melalui tali pusat berfungsi membekalkan makanan dan oksigen kepada bayi dalam kandungan. Namun, masih ada yang masih tidak tahu bagaimana pengurusan uri mengikut Islam sehingga mengundang perkara khurafat.

Banyak faktor menyumbang berlakunya perkara itu antaranya kurang perhatian dan kesedaran. Kebiasaannya, bapa bayi hanya memikirkan keadaan bayi yang baru dilahirkan, seterusnya menyerahkan tugas menguruskan uri kepada orang tua mereka.

Di samping itu, tidak dinafikan pendedahan maklumat yang jelas berkenaan pengurusan uri mengikut Islam sama ada melalui ceramah mahupun penulisan ilmiah yang mudah dicapai dan difahami masyarakat awam masih kurang.

Disini saya sertakan step bagi menguruskan Uri dari Ustaz Ustaz Wan Asrul Al-Kalantani.

Bahan-Bahan Yang Diperlukan

1. Limau Nipis
2. Garam
3. Asam Jawa
4. Asam Keping
5. Plastik
6. Kain Putih ( Napkin )

Cara Membasuh

1. Mulakan dengan membaca Bismillah
2. Cuci uri dengan bersih. Hilangkan kesan-kesan darah tanpa menggunakan sabun.
3. Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan berdoa dengan doa yang baik.
4. Lumurkan uri dengan garam dan basuh sehingga bersih.
5. Basuh uri dengan asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir. Bilas sehingga bersih.
6. Perahkan limau dan lumurkan. Ini bertujuan untuk menghilangkan bau-bau yang tidak menyenangkan.
7. Letakkan di dalam plastik yang mudah reput seperti plastik 7-Eleven atau plastik Tesco dan ikat dengan kemas.
8. Bungkus bersama kain putih dan diikat kemas.
9. Gali tanah sedalam mungkin. Ini bagi mengelakkan dikesan oleh binatangan seperti anjing dan kucing.
10. Jangan diletakkan sebarang benda asing seperti pen, pensel, lilin dan sebagainya. Dikhuatiri boleh membawa kepada syirik dan khurafat.

Secara jujurnya, membasuh uri tidaklah sukar seperti yang disangka. Lakukan dengan iklas dan sepenuh hati kerana uri yang dibasuh itu adalah zuriat kita. Tititpkan doa-doa yang baik agar zuriat kita menjadi insan yang beriman dan bertakwa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa