fbpx

Saham Akhirat Archive

SALAHKAH MENGAJAR ANAK MEMBUAT KERJA RUMAH SEJAK KECIL? (BUKAN ANAK PEREMPUAN SAHAJA)

Clean House

Bagi saya, ajar dan biasakan anak dan kerja rumah membantu mereka menjadi ‘manusia’, dan insyaAllah dengan izin Allah.. supaya tidaklah suatu hari nanti, anak yang menjadi TUAN kepada ibu bapa. Supaya tidaklah satu hari nanti, anak-anak kita jadi manusia sombong yang memandang rendah terhadap orang lain dan rasa mereka tidak layak melakukan kerja-kerja yang bagi mereka, “low class” sangat.


SALAHKAH MENGAJAR ANAK MEMBUAT KERJA RUMAH SEJAK KECIL?

Tidaklah mendera jika anak sejak kecil kita ajarkan untuk tahu jika tumpahkan air, cari kain/tuala lap meja, lap. Supaya tidaklah nanti bila ke mana-mana, tak ada rasa tanggungjawab hinggakan semua mahu cleaner yang buatkan. Semua mahu bibik yang settlekan.

Tidaklah keji jika sejak kecil, kita ajarkan anak, sebelum mandi, lepas tanggalkan baju, masukkan ke dalam bakul. Supaya tidaklah nanti mereka pakai campak saja baju ke lantai dan biarkan kita yang mengutipnya (atau pembantu rumah kutipkan? itu lagi keji) seperti orang tiada tamadun.

Continue Reading

Kisah Sedekah Yang Menggandakan Dari RM100 Hingga Menjadi RM20 juta

Sambil membelek-belek facebook tadi, terbaca satu perkongsian yang sangat menarik oleh Puan Felinna atau lebih dikenali sebagai Kak Fel yang rasanya sangat bermanfaat untuk dikongsikan kepada rakan-rakan dan semoga ianya membawa manfaat kepada kita semua.

“Jika seseorang manusia (Islam) meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara, iaitu sedekah yang berterusan, ilmu pengetahuan yang dapat memberi faedah (kepada dirinya atau kepada orang lain) dan anak yang soleh/solehah yang beramal baik dan sentiasa mendoakan kepadanya”.

Sumber: http://www.islam.gov.my/e-hadith

 

Kisahnya berbunyi begini…

Bagaimana kami suami isteri gandakan wang kami Dari RM100 kepada RM20juta dalam masa kurang satu tahun? ~ Sedekah

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan sentiasa diingatkan rezeki setinggi mana bukanlah hak kita.. kita hanya menumpang rezeki Allah..maka gunakanlah sebaiknya dan kongsilah walau secebis ilmu yg kita baca atau dengari atau pelajari atau lalui agar org paham bahawa x susah utk senang dan begitu senang utk susah. (Semoga kakfel terhindar dari riak)

Jika status ini membawa kebaikan, kakfel izinkan anda share sebaiknya.

Salah satu adalah melalui sedekah- sebab semalam ada kisah mahu minta sedekah kakfel update tapi dh delete taknak malukan yg pm akk walaupun xda pon nama dia kat situ 😂rasa bersalah juga.

Kenapa ramai orang cakap sedekah itu membawa beribu ganjaran?
Kakfel sendiri dulu bersedekah tapi tak fahami konsep, sedekah selain melalui keikhlasan perlu juga ada keyakinan yg kuat bhw wang kita sedang dilaburkan kepada benda yg lebih baik.

Ramai org rasa kena kaya baru sedekah atau ayat cliche “aku pun cukup2 makan macamna nak sedekah”

Itu kesilapan! Student yg pernah belajar dgn kami selalu diberitahu bahawa kita nak minta apa2 kat Allah kita beri dulu- takda banyak beri sikit.

Contoh kami pernah buat ialah :
1) sebelum memulakan sesuatu plan, mesti kita risau akan risiko, jadi walau kami tak tahu jalan kami pilih tu berjaya atau tak.. kami mula kan dengan kenduri dulu. Apa2 jenis kenduri sama ada kenduri besar atau sekadar beli pisang goreng SEDEKAH ke jiran.

2) Kadang kakfel mmg akan selamber ja ambik semua duit sales butik dan SEDEKAH KAN secara mengejut tanpa dirancang. Fikir yg duit itu kakfel labur utk saham yg lebih besar.
Biarlah sales hari tu mencapai puluhan ribu.. ambik ja semua taknak pikir untung rugi, terus SEDEKAH .

3)Pergi kedai dan jangan ambik baki,kadang2 baki tu mungkin hanya 20sen tapi mungkin kerana ikhlas SEDEKAH baki berganda menjadi rm20ribu

4)Nampak peminta sedekah selalu terdetik yg ini sindiket- kakfel selalunya akan usha dan kaji, tapi kalau peminta SEDEKAH tu menjual sesuatu, kakfel akan beli banyak2 dan balik tu fikirlah nak bagi sapa barang2 tu.

Continue Reading

Rumah Perlindungan Anak-anak Yatim Al Nasuha

MARI KITA BERAMAL DENGAN MEMBANTU KEHIDUPAN ANAK-ANAK YATIM RUMAH PERLINDUNGAN AL NASUHA

Rumah anak-anak yatim Al Nasuha

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda,

“Jika seseorang manusia (Islam) meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara, iaitu sedekah yang berterusan, ilmu pengetahuan yang dapat memberi faedah (kepada dirinya atau kepada orang lain) dan anak yang soleh/solehah yang beramal baik dan sentiasa mendoakan kepadanya”.

Sumber: http://www.islam.gov.my/e-hadith

Rumah Anak-anak Yatim Al Nasuha

Rumah kini sedang menaungi lebih dari 70 orang anak-anak yatimmiskin dan terbiar serta ibu tunggal.

Banyak keperluan yang mendesak yang perlu pihak pengurusan sediakan seperti beras, bahan-bahan masakan dan barangan mentah yang lain.

Mereka juga sangat memerlukan barangan keperluan harian yang lain seperti sabun, ubat gigi serta ubat-ubatan.

Sumbangan dari orang ramai bagi memenuhi keperluan tersebut adalah sangat-sangat dialu-alukan.

Anda boleh menyumbang ke:

Continue Reading