Ingin Menjadi Antara 3870 Orang Yang Istimewa?

Program 3870 Rumah Perlindungan Anak-anak Yatim Al Nasuha

Salam rakan-rakan, salam Ramadhan Al Mubarak.

Kita menerima satu maklumat bahawa Rumah Perlindungan Anak-anak Yatim Al Nasuha sedang menghadapi masalah yang sangat kritikal.

Lebih dari 70 orang anak-anak yatim akan terpaksa keluar dari rumah yang mereka duduki sekarang sekiranya mereka tidak mampu membayar baki tertunggak Perjanjian Sewa Beli yang pada asalnya dijanjikan akan disumbangkan oleh seorang hamba Allah yang kini mungkin tidak lagi mampu meneruskan sumbangannya, wallahu a`lam.

Sekiranya tidak dijelaskan sebelum penghujung bulan Jun 2016 (berbaki 6 hari dari artikel ini ditulis) mereka akan terpaksa keluar dari rumah tersebut.

Sewa beli Al Nasuha
Mereka masih menanti bantuan dari YAPEIM, Baitulmal dan beberapa NGO yang sehingga kini masih belum ada apa-apa maklumbalas.

Hutang tertunggak adalah sebanyak RM387,000 jadi kita ingin menjemput sebanyak 3870 rakan-rakan yang terbaca perkongsian ini untuk terus menyumbangkan hanya RM100 setiap seorang bagi meringankan bebanan mereka dan mudah-mudahan rumah yang mereka duduki sekarang menjadi wakaf kita buat mereka meneruskan hidup.

RM100 x 3870 orang = RM387,000

Kami pernah pergi melawat rumah mereka yang sebelum ini dan rumah perlindungan ini memang wujud (kepada yang ragu-ragu).

Boleh juga klik sini untuk melihat antara lawatan-lawatan agensi-agensi lain ke sana sebelum ini jika anda masih tidak yakin.

Rumah Perlindungan Al Nasuha-0 Rumah Perlindungan Al Nasuha-2

Untuk ke Facebook mereka, sila Klik Sini

TRANSFER SEKARANG DAN JADI ANTARA 3870 ORANG YANG ISTIMEWA

Anda boleh memilih untuk tergolong di antara 3 golongan di bawah:

1. Golongan yang terus berfikir….”betul ke nie, em nantilah kot, nanti ada la bantuan tue…”

2. Golongan yang kongsikan kepada rakan-rakan lain mudah-mudahan ada yang mampu menyumbang.

3. Golongan yang terus transfer RM100 dan menjadi sebahagian dari 3870 orang yang Istimewa.

 

MASA SEMAKIN SUNTUK, MEREKA PERLUKAN SEGERA

Namun kami berharap sangat agar anda dapat transfer terus RM100 hari ini juga ke akaun mereka seperti yang tertera di Facebook mereka atau seperti di bawah:

AKAUN MAYBANK: 564829000530
atas nama “Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Al Nasuha

Boleh hubungi UMI 017-9354323 untuk maklumat lanjut.

Terima kasih semoga kebajikan kita diterima oleh Allah SWT. Wallahu a`lam

Published by

Admin

“Misi kita adalah untuk membudayakan budaya pemakaian tudung bermula dari usia muda. Kita percaya; melentur buluh biarlah dari rebungnya“

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

WordPress Anti-Spam by WP-SpamShield