fbpx

Voice of Ummi Archive

Marilah Kita Solat – Putri Voices of Ummi

Alhamdulillah, pihak Voices of Ummi telah hasilkan beberapa Nasyid Mendidik terbaru. Antaranya adalah yang bertajuk Marilah Kita Solat.

Jemput puan dan Si Comel untuk hayati nasyid ini dan semoga ianya dapat sedikit sebanyak memberi manfaat kepada Si Comel kita dalam mengingatkan tentang peri pentingnya solat dalam kehidupan.

Semoga Nasyid di atas bermanfaat dan mari kita sama-sama doakan semoga pihak Voices of Ummi terus diberi khudrat untuk menghasilkan lebih banyak nasyid yang berunsur pendidikan awal kanak-kanak. Amin.

Eh sebelum tue…

Puan perasan tak adik Putri gayakan tudung apa? (^_^)

Tudung Hana – Voices of Ummi

Alhamdulillah, tudung yang digayakan oleh adik Putri dalam Video tersebut adalah Tudung Hana yang juga salah satu keluaran pihak Voices of Ummi. Tudung yang dihasilkan adalah berkonsepkan Instant Shawl Sedondon Ibu dan Anak.

voices of ummi

Continue Reading

Pemenang Pertandingan – Kongsi Gambar Si Comel ke Sekolah

Mascot TudungSiComelSalam ceria =)

Kepada rakan-rakan yang telah menyertai pertandingan Kongsi Gambar Si Comel ke Sekolah yang kita anjurkan sebelum ini, kita ucapkan jutaan terima kasih =)

Memandangkan penyertaan yang kita terima agak banyak, jadi ianya mengambil sedikit masa untuk Krew (Juri) kita membuat pemilihan =)

Berikut (di bawah) adalah gambar 20 Si Comel yang terpilih. Kepada yang tidak terpilih, jangan kecewa kerana mungkin puan akan menang untuk pertandingan akan datang =)

Pemilihan adalah dibuat secara rawak sahaja. Pada kami semua Si Comel adalah comel =)

Kepada pemilik Si Comel di bawah, boleh hubungi kita melalui wassap di 011-28200399 dan nyatakan bahawa puan adalah pemilik kepada Si Comel di bawah dan juga sais tudung yang sesuai buat Si Comel puan =)

Hadiahnya merupakan sehelai Tudung Sekolah Awning Lembut Istimewa TudungSiComel.com =)

Pemenangnya adalah….jeng jeng jeng…

Continue Reading

Pertandingan Januari 2015 – Kongsi Gambar Si Comel Ke Sekolah

Salam ceria rakan-rakan =)

Gembira sangat kita tengok apabila rakan-rakan kongsikan gelagat Si Comel ke sekolah. Comel-comel semua =)

Pn Ct Eida

Pn Shima

Jadi apa kata, kita sama-sama kongsikan gambar Si Comel kita ke sekolah dan TudungSiComel akan hadiahkan DVD Voices of UMMI + 20 helai Tudung Sekolah Istimewa kita sebagai tanda penghargaan atas sokongan rakan-rakan =)

 

KAEDAH PENYERTAAN MUDAH

1. Kongsikan gambar/telatah Si Comel anda ke sekolah pada ruangan komen Facebook Page kita di bawah.

2. Letak taqline “Si Comel saya ceria dan selesa ke sekolah bersama #tudungsekolah #tudungsicomel “

3. Itu sahaja hehe…

 Kongsikan di sini> Klik > http://bit.ly/pertandingan-tudungsekolah

KRITERIA PEMILIHAN PEMENANG

Continue Reading