5 Kepentingan Diari Dalam Tempoh Membesarkan Anak-Anak

Ibu bapa yang cemerlang dalam membesarkan anak-anak biasanya akan buat dua perkara dengan baik:

  • Pertama sekali, mereka mengambil serius setiap perkara yang berlaku, prihatin terhadap tingkahlaku anak dan mengingati segala setiap detik-detik penting.
  • Kedua, mereka memperbaiki setiap kelemahan yang berlaku agar tidak berulang lagi pada masa hadapan.

Tetapi anda mungkin tertanya-tanya:

“Bagaimana saya boleh mengingat setiap perkara sedangkan saya sendiri sibuk untuk bekerja dan mencari rezeki?

Disinilah pentingnya untuk memiliki diari membesarkan anak.

Diari atau buku catatan perlu dimiliki oleh ibu bapa kerana diari mempunyai pelbagai fungsi dan kelebihan.

Beberapa kepentingan diari diterangkan seperti dibawah:

1# Mencatat Rekod Kesihatan Diri dan Anak-Anak

Setiap ibu bapa patut mempunyai rancangan kesihatan yang baik.

Justeru, ibu bapa patut mencatatkan tarikh bagi mendapatkan pemeriksaan tubuh badan, mata, gigi dan lain-lain.

Dengan pemeriksaan yang berterusan dan berjadual, ibu bapa dapat mengenal pasti penyakit berbahaya dan mengesan penyakit itu lebih awal supaya dapat mengambil langkah pencegahan yang baik bagi mengelakkan jangkitan yang lebih serius.

Pemeriksaan gigi enam bulan sekali patut dilakukan oleh ibu bapa.

Begitu juga dengan pemeriksaan darah.

Sebaik-baiknya ibu bapa perlu mendapatkan pemeriksaan seluruh tubuh badan seperti pemeriksaan jantung, darah, mata, paru-paru dan lain-lain setahun sekali.

Pemeriksaan yang dilakukan oleh ibu bapa memang memerlukan kos dan masa tetapi pemeriksaan berterusan dapat mengesan sebarang simptom awal dan mengelakkan penyakit bertambah kritikal.

Kanser contohnya, boleh diselamatkan apabila seseorang dapat mengesannya lebih awal dan rawatan segera boleh dilakuan untuk mencegahnya.

Sebagaimana ibu bapa mementingkan kesihatan diri, ibu bapa juga perlu mementingkan kesihatan anak-anak.

Justeru, ibu bapa perlu mencatat tarikh penting yang perlu dibuat.

Kesihatan anak-anak perlu diberikan rawatan dan pemeriksaan semenjak anak masih bayi dan perlu mendapatkan imunisasi yang sesuai mengikut usia anak sehingga mencapai dewasa.

Kegagalan ibu bapa mendapatkan imunisasi dan rawatan mengakibatkan anak-anak terdedah risiko terhadap pelbagai penyakit.

Manfaatkan diari untuk mencatat setiap tarikh penting untuk mendapatkan pemeriksaan diri anak-anak dan mengelakkan kita terlupa tentang tarikh pemeriksaan selanjutnya.

Kita semua tahu bahawa kita selalu sibuk dengan kerja dan kegiatan seharian, maka diari boleh menjadi penyelamat yang berguna kepada kita.

Jadi apa yang boleh dicatatkan di dalam diari?

Kita boleh mencatat rekod tentang kesihatan anak seperti berapa kali anak menghidap selsema dalam setahun, demam dan simptom-simptom lain yang berkaitan. Ini dapat dijadikan panduan dan memastikan anak mengalami penyakit tersebut mengikut kebiasaan kanak-kanak yang normal.

2# Menulis Aktiviti & Kelakuan Anak-Anak

Diari juga boleh dimanfaatkan untuk mencatat tentang program dan aktiviti anak-anak seperti program persekolahan, kem pelajaran, pelancongan, kegiatan luar kelas, kelas tambahan dan lain-lain.

Jika ibu bapa mempunyai catatan, ibu bapa dapat mengingatkan anak-anak tentang jadual pelajaran, masa, keperluan dan lain-lain.

Ibu bapa yang mempunyai catatan perlu merancang dan menyediakan keperluan anak-anak.

Apabila ibu bapa mempunyai jadual pelajaran, ibu bapa dapat mengingatkan anak-anak tentang buku yang patut dibawa, latihan yang perlu disiapkan

Setiap kegiatan dan aktiviti anak-anak yang meningkat remaja patut ditulis bagi memastikan kegiatan anak-anak tidak mudah terjerumus ke arah perkara negatif yang menyalahi undang-undang.

Jika ibu bapa tidak mempunyai catatan program anak-anak dikhuatiri ibu bapa terlepas program penting seperti program sukan bersama anak, mensyuarat PIBG, menandatangani buku rekod dan lain-lain.

Ibu bapa yang efektif akan merancang jadual sendiri supaya dapat meluangkan masa menghadiri majlis atau program penting anak-anak.

3# Mencatat Senarai Keperluan

Ibu bapa bijak perlu mencatat setiap keperluan keluarga supaya dapat merancang dan mengelak pembaziran.

Jika ibu bapa bijak dalam merancang untuk membeli sesuatu, pastikan ia ditulis terlebih dahulu sebelum mengunjungi kedai atau pasar raya.

Jika kita gagal merancang pembelian barang keperluan, selalunya pembaziran akan berlaku.

Oleh perancangan yang teliti dapat mengelakkan perkara ini dari berlaku.

Setiap pembelian harus dicatat dan dikira supaya pembelian keperluan penting sahaja dibelanjakan.

Di dalam zaman yang memerlukan wang ringgit, kita perlu mengawal perbelanjaan dan memastikan setiap sen dibelanjakan dengan cukup berhemah.

#4 Mencatat Tarikh Istimewa

Diari juga boleh dimanfaatkan untuk mencatat tarikh penting dan istimewa seperti tarikh lahir, ulang tahun perkahwinan, peristiwa penting dan lain-lain yang berkaitan rumahtangga.

Nampak remeh, tapi setiap ibu bapa harus mengelakkan daripada terlupa tarikh-tarikh yang penting.

Ini kerana, anak-anak mengkin menganggap ia satu kesalahan yang besar dan tidak menganggap mereka penting dalam hidup.

Catatkan setiap tarikh penting supaya dapat merancang lebih awal seperti membeli hadiah hari jadi, membeli keperluan kenduri kesyukuran, merancang percutian dan sebagainya.

5# Muhasabah Diri

Diari juga boleh menjadi sesuatu yang mengingatkan kita tentang kesalahan diri sendiri dan anak-anak.

Mencatat setiap keburukan dan kelemahan dan merangka langkah penyelesaian untuk mengelakkan dari berulang.

Cuba catat dan hitung, beberapa kali bertengkar dan bergaduh, berapa kali memarahi anak atas kesalahan kecil, berapa kali pembaziran dilakukan dan lain-lain.

Dengan catatan, ia akan dapat mengingatkan diri dan mencari kelemahan di samping cuba memperbaiki.

Setiap ibu bapa perlu bermuhasabah diri.

Jesteru diari boleh mengingatkan ibu bapa tentang kesalahan dan kesilapan.

Jika ibu bapa mempunyai catatan dan berusaha memperbaiki diri, itu adalah terbaik berbanding ibu bapa yang terus menerus melakukan kesilapan tanpa mahu mengkaji dan mencari kelemahan.


Penutup

Demikian beberapa kepentingan diari.

Setiap ibu bapa patut memiliki diari dan memanfaatkannya. Harganya tidaklah semahal sebuah telefon pintar, namun pelbagai manfaat dan faedah dapat diperoleh jika memiliki sebuah diari dan tahu menggunakannnya.

Belilah sebuah diari setiap tahun dan tulislah segala perkara penting supaya hidup keluarga lebih terancang dan tersusun.

2 comments

  1. Nombor 5 tu yang terbaik. Muhasabah diri cari balik kesalahan kita setiap kali ditimpa kesusahan.

  2. Twrnyata diary sangat penting dalam membesarkan anak-anak. Terima kasih atas tipsnya, sangat bermanfaat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa