Cara Didik Anak Pakai Tudung Sejak Kecil

DidiK Anak Pakai Tudung

Sekarang, sudah banyak lambakan tudung kanak-kanak yang beraneka warna dan pelbagai fesyen. Melentur buluh biar dari rebung, mulakan sejak awal. Artikel kali ini mengajak anda tentang cara didik anak pakai tudung.

  1. Tudung Bayi

Boleh sahaja ibu memakaikan tudung kepada bayi. Biasanya bayi dipakaikan dengan topi bayi dan ibu gantikan dengan tudung bayi yang comel.

Pastikan bayi selesa dengan memilih kain tudung daripada jenis kain kapas dan longgar pada bahagian muka. Belikan beberapa warna untuk dipadankan dengan baju yang bersesuaian. Moga-moga niat awal ibu yang baik dapat mendidik anak perempuan memakai tudung.

  1. Tudung Kanak-kanak

Memakaikan tudung kepada kanak-kanak seawal usianya dua hingga enam tahun agak mencabar dengan teletah aktifnya. Anak yang sudah dipakaikan tudung sejak bayi biasanya tidak mudah meragam. Jika anak meragam kerana tak selesa, ibu boleh sahaja buka dan memujuknya kembali. Usah memaksa anak terlalu awal. Jika anak suka memakai tudung sejak kecil, usah menolak.

Anak biasanya pada umur ini sangat suka meniru gaya ibunya. Ibu boleh menggayakan beraneka tudung di hadapan anak. Walaupun di dalam rumah, ibu boleh sahaja memakai tudung yang menarik dan berhias. Tiada masalah memakai tudung ketika memasak, menyapu rumah dan menyidai pakaian. Malah, mendapat ganjaran yang besar.

  1. Tudung Sekolah

Sekolah kini amat menggalakkan murid-murid memakai tudung ke sekolah. Belikan tudung putih yang selesa dipakai seperti Tudung Si Comel.

Antara kelebihan tudung sekolah, anak akan berasa kewajiban memakai tudung apabila semua orang memakai tudung di sekolah. Lama-lama, baru anak belajar tentang tanggungjawabnya menutup aurat ketika dia baligh nanti.

Ingat tudung sekolah, ingat Tudung Si Comel. Ibu boleh mendapatkan tudung putih di website ini ya.

  1. Tudung Jalan

Bukan pakai tudung di sekolah sahaja. Ketika jalan-jalan pun kena pakai tudung juga. Jadi, ibu pilihkan tudung yang agak istimewa seperti ibu ada belikan baju jalan yang cantik untuk anak.

Tudung jalan ini boleh pilih yang berbunga-bunga sesuai dengan gaya feminin anak perempuan. Jika untuk cuaca sejuk, ibu belikan tudung daripada kain tebal seperti kain denim. Belikan yang sepadan sama dengan ibu, pasti anak teruja.

  1. Tudung Main

Tudung main untuk dipakaikan semasa anak-anak bermain pada waktu petang. Biasanya tudung main digunakan dengan agak lasak dan selalu kotor. Pilih kain tudung daripada jenis kain Lycra atau Moss Crepe agar kotoran mudah dibersihkan semasa cucian.

Mendidik Anak Perempuan Memakai Tudung

Pihak TSC amat memahami keperluan dan kehendak ibu-ibu yang mementingkan penampilan, keselesaan dan gaya anak-anak dalam mematuhi syariat menutup aurat. TSC amat prihatin dalam didik anak pakai tudung dan menutup aurat dengan sempurna.

Jadi, TSC ada mengeluarkan pelbagai pilihan tudung untuk anak perempuan dan ibu. Dapatkan segera melalui HQ TSC atau agent berhampiran anda di link berikut :

https://tudungsicomel.com/shop/tudung-sekolah/tudung-sekolah-awning-scuba-berdagu-523/

Jemput share. Terima kasih
Leave a Reply

Your email address will not be published.

4 × 1 =

Risk Free Shipping

If your orders lost during shipment, we will do the replacement or refund

Easy 180 days returns

180 days money back guarantee

100% Secure Checkout

Toyyibpay / MasterCard / Visa