Dropship

Adakah saya boleh menjana pendapatan sebagai Agen Dropship TudungSiComel?

dropshipGambarajah di atas adalah rekod jualan Agen Dropship kita pada awal tahun 2017 yang lepas.

Jika mereka berjaya menghasilkan jualan 5 angka, kenapa anda tidak?

TudungSiComel berhasrat untuk menghasilkan satu platform yang baik agar rakyat Malaysia dapat menjana pendapatan tambahan sebagai Agen Dropship secara konsisten dan serius.

Kita juga ingin membantu suri rumah terutamanya untuk menjana pendapatan hanya dari rumah sambil melayan anak-anak. Namun untuk mendapatkan pendapatan yang baik, haruslah dengan ilmu pemasaran yang betul.

Mother and daughter (4-5) in home office — Image by © mother image/redshorts/Corbis

Pasaran Luas

Pasaran tudung/jubah/telekung kanak-kanak adalah besar dan sekiranya anda sanggup mendalami ilmu pemasaran yang betul, in shaa Allah anda juga mampu menjadi sebahagian dari mereka di atas.

Kesalahan Biasa Agen Dropship

Ramai antara kita pernah mencuba nasib sebagai Agen Dropship sebelum ini dan mungkin ramai juga yang tidak dapat hasil yang baik.

Ingin tahu kenapa? KLIK SINI

Apa itu Drosphip

Drosphip adalah satu model perniagaan di mana anda hanya perlu promosikan produk yang disediakan oleh pihak pembekal dan apabila ianya terjual, anda akan dapat keuntungan dari perbezaan harga yang diberikan kepada agen dropship.

Anda tidak perlu keluarkan modal untuk menghasilkan produk, tidak perlu bersesak di pejabat pos, tidak perlu berpisah dengan anak di rumah, tidak perlu sewa ruang premis dan sebagainya.

Anda hanya perlu menjawap pertanyaan pelanggan, membuat tempahan menerusi Katalog TudungSiComel dan kita akan Pos Lajukan terus kepada Pelanggan anda.

Bayangkan, sambil anda bercuti pun perniagaan anda masih boleh berjalan seperti biasa, yang penting ada talian internet.

Bagaimana caranya saya peroleh keuntungan?

Sebagai contoh, sehelai tudung Instant Shawl Sara Dua Muka di bawah(gambar) berharga RM28.50. Sementara harga agen dropship cuma RM19.50, jadi anda hanya perlu download gambar produk yang ingin dijual dan promosikannya dengan harga Pasaran iaitu RM28.50.

Sekiranya pelanggan berminat untuk membeli, anda cuma perlu dapatkan butiran mereka seperti alamat penghantaran, jumlah helai, saiz produk yang sesuai dengan Si Comel mereka dan kemudian anda minta mereka buat bayaran kepada anda.

Setelah mereka membuat bayaran, anda perlu masuk ke web Katalog TudungSiComel dan LOGIN ke akaun Dropship anda untuk membuat pembelian.

Isikan butiran yang diperlukan dan pastikan alamat penghantaran adalah ke alamat pelanggan ada.

Kemudian anda hanya perlu buat bayaran kepada kami dengan harga RM19.50 sahaja dan anda akan menerima untung sebanyak RM28.50 – RM19.50 = RM9 sehelai.

Bayangkan seorang pelanggan anda ada 3 orang anak perempuan dan membeli 1 helai setiap orang. Ini bermakna keuntungan untuk setiap pelanggan anda mampu mencecah RM9 x 3 orang anak = untung bersih RM27 seorang.

Itu baru seorang, jika sehari anda berjaya mendapat 6 pelanggan dengan keuntungan RM27 seorang, berapakah pendapatan anda untuk sebulan?

RM27 x 6 orang x 30 hari = RM4860 sebulan.

Cuba banyangkan pula jika anda rajin menuntut ilmu Pemasaran Online, pastinya bukan hanya 6 orang sehari…12 orang sehari pun ianya tak mustahil, in shaa Allah.

Yang penting adalah….JANGAN MALAS MENUNTUT ILMU PEMASARAN ONLINE.

Tuntut Ilmu Pemasaran Internet

Ini adalah penerangan asas dan kita akan sentiasa kongsikan ilmu dari masa ke semasa berkaitan teknik pemasaran terkini agar anda dapat manfaatkan sistem dropship yang kita wujudkan ini secara maksimum. In shaa Allah.

Sekiranya anda seorang ibu yang menjadi surirumah sepenuh masa, konsep dropship ini sangat baik. Namun apa yang penting adalah anda perlu mempelajari ilmu pemasaran yang betul dan sentiasa menambah ilmu dari masa ke semasa.

Apa yang membezakan antara agen dropship yang berjaya adalah mereka sentiasa menambah ilmu dan rajin berusaha.

Cuba bayangkan anda bekerja dari rumah sambil melihat anak membesar di hadapan mata anda…ya cuba bayangkan sekarang…

Dropship - Bekerja dari rumah

DAFTAR SEBAGAI RAKAN NIAGA

Published by

Admin

“Misi kita adalah untuk membudayakan budaya pemakaian tudung bermula dari usia muda. Kita percaya; melentur buluh biarlah dari rebungnya“

25 thoughts on “Dropship”

    1. Salam puan, boleh saya tahu iklan bagaimana ya puan? In shaa Allah kita akan bantu puan sebaik mungkin. Maaf ya puan sekiranya iklan-iklan kita menganggu puan =(

      1. Its ok.😊
        Sy pun musykil.Notification dalam bentuk website melalui chrome. Sehari dalam 3-5kali up notification. Mungkin saya ada accept permission dr pihak puan sewaktu saya browse tudung si comel sebelum ni.

        Takpe.Sy cuba cari penyelesaiannya ya.Thanks 🙂 respon.

          1. Mungkin system kita ada sedikit masalah. Kita sedang berusaha memperbaikinya puan. Maaf ya puan atas kesulitan tersebut =(

            Terima kasih juga atas makluman puan.

  1. Assalamualaikum admin. Maaf nak tanya. Sy dah daftar. Dan bila ada pelanggan yg tanya warna tudung apa yg ada, mn ye sy nak cr maklumat tu. Sy kurang fhm dgn kaedah jualan tudung ni.

    1. Salam puan, saya dah semak dan dah tukar akaun puan kepada Dropshipper. Puan boleh login semula dan semak ya puan. Semoga membantu =D

  2. Salam admin,
    Saya sudah daftar akaun sebagai pelanggan. Bagaimana nak daftar sebagai dropshipper guna email yang sama? Tukar status dari pelanggan kepada dropshipper

    1. Salam puan, saya dah tukarkan akaun puan kepada akaun Dropshipper. Puan boleh login semula ke akaun puan dan semak ya =D

      Terima kasih

    1. Salam puan Intan =D

      Untuk menjadi agen Dropship kita, puan boleh isikan butiran puan pada borang yang kita sediakan di page ini =D

      Kemudian puan akan terima maklumat lanjut =D

      Terima kasih puan =D

  3. Salam. Saya dah daftar untuk join dropship tudungsicomel. Macamana cara untuk login ke akaun dropship? Puas saya cari tapi tak jumpa. Webnya pun tak user friendly. Harap dapat membantu. Tq

    1. Terima kasih puan, in shaa Allah apabila puan join group nanti, akan ada ramai yang akan membantu =D

      Salam kejayaan =D

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

WordPress Anti-Spam by WP-SpamShield