Apa itu Ekzema?
Ekzema adalah suatu penyakit kulit yang biasa terkena pada bayi/kanak kanak. Ia dikenali juga sebagai atopic dermatitis (kulit).
Penyakit Kulit ini akan menunjukkan keadaan radang pada kulit disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang kadang-kadang kelihatan seperti kulit melecur yang berair. Jika berpanjangan akan menyebabkan kegatalan.
Ekzema selalunya terdapat di muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan juga lutut. Kulit yang terlibat akan menjadi berkerak. Bagi anak kecil, ekzema lazimnya terjadi pada peringkat umur di bawah 5 tahun dan boleh berpanjangan sampai ke dewasa jika tidak dirawat. Ekzema tidak boleh berjangkit.
Apa Perbezaan Ruam dengan Ekzema?
Ruam adalah keadaan kulit yang ditandai dengan keradangan, bengkak atau gembung kulit yang diketahui dengan adanya warna merah, rasa gatal, bersisik, kulit yang mengeras atau benjolan melepuh pada kulit.
Ruam tidak digolongkan sebagai diagnosis khusus, namun secara umum menunjukkan tanda mulai terjadinya perubahan warna dan tekstur kulit secara tidak normal.
Ekzema sebenarnya adalah diagnosis khusus bagi ruam (diagnosis am) iaitu sejenis ruam. Pengenalan khusus ekzema biasanya dapat dikenalpasti oleh doktor dan juga penjelasan tanda tanda ekzema dia bawah.
Dalam apa jua penyakit, nasihat doktor adalah paling penting dan perlu dirujuk sebelum memulakan sebarang rawatan sendiri.
Apa penyebab ekzema?
- Keturunan genetik
- Pencetus dari alahan.
- Kulit yang kering, gatal dan sensitif pada kepanasan, kain berbulu dan permukaan yang kasar.
- Ia juga boleh terjadi akibat perkara-perkara seperti berikut:-
- Jangkitan virus.
- Bahan kimia/perangsang seperti sabun, pembersih atau minyak wangi.
- Lain lain jangkitan.
- Alahan/alergi kepada bahan makanan atau lain-lain bahan yang boleh menyebabkan alahan.
Apakah tanda tanda dan gejala ekzema?
Ekzema kelihatan seperti:
- Tompok tompok yang gatal, kekeringan kulit pada tangan, leher, muka, dan kaki.
- Kemerahan, kulit bersisik dan pertukaran warna kulit.
- Bengkak kecil yang berair.
Apakah Rawatan Untuk Ekzema?
Ada pelbagai cara untuk merawat ekzema dengan baik, walaubagaimanapun ianya tiada ubat penyembuh. Masalah ekzema ini boleh berulang-ulang apabila ada pencetusnya. Berita baiknya adalah lebih 60% kanak-kanak akan pulih dengan sendiri ekzemanya apabila dia meningkat remaja.
Rawatan Ekzema:
- Penyapuan pelembap adalah rawatan yang paling penting dalam mengawal masalah ekzema.
- Krim atau minyak steroid dan calcineurin inhibitor adalah cara rawatan penting untuk mengawal keradangan dengan cepat dan berkesan.
- Jika ekzema menjadi teruk seperti berair, bergelembung air, bengkak, bernanah dan berbau, sila bawa anak ke klinik pakar kulit untuk diperiksa kemungkinan memerlukan ubat antibiotik.
- Pembalut fabrik elastik (wet wrap) (Lumur pelembap, sapu ointment, wet wrap. Tahan 4 jam.)
Ujian untuk mengenal pasti penyakit ekzema
Ujian makmal seperti ujian darah tidak diperlukan untuk mengenal pasti penyakit ekzema.
Pengesahan boleh dibuat oleh doktor secara klinikal berdasarkan sejarah penyakit dan dengan melihat serta memeriksa keadaan kulit.Sekiranya pesakit disyaki turut mengalami alahan kepada bahan yang disapu atau tersentuh dengan kulit, ujian kulit ‘patch test’ boleh dilakukan untuk mengenal pasti bahan berkenaan.
Ujian Patch Test
Ujian ini adalah untuk menguji reaksi kulit untuk alahan. Beberapa alahan akan disentuhkan kepada kulit dan doktor akan menilai reaksi alahan kulit kita samada ada allergy (alahan) kuat atau lemah.
Ujian tambahan bagi alahan makanan boleh dilakukan sekirannya pesakit disyaki mengalami alahan makanan dengan ujian ‘skin prick test’ atau ujian darah.
Namun, bukan semua jenis makanan dapat diuji dengan cara ini dan ujian ini juga tidak dapat memberi keputusan yang 100 peratus tepat.
Tips Mengurangkan Gatal Ekzema:
- Pakai pelembap yang sesuai dengan kerap dan guna pembersih yang bebas sabun.
- Sibukkan bayi dengan aktiviti yang boleh mengalihkan perhatian.
- Pakai pembalut atau sarung fabrik yang lembut dan elastik untuk melindungi kawasan kulit berekzema daripada tergaru dan mengekalkan kelembapan kulit, contohnya Tubifast.
- Potong kuku jari pendek supaya tidak melukakan kulit jika tergaru.
- Sapu ubat yang mengandungi mentol untuk mengurangkan kegatalan.
- Memakai pakaian yang diperbuat daraipada kain kapas yang lembut, ringan dan menyerap peluh.
- Lapkan peluh terutama di kawasan pelipat kerana peluh boleh menyebabkan kegatalan.
Trigger atau Pencetus Eczema
- Antara contoh trigger termasuklah:
- Habuk
- Pewangi
- Peluh dan panas
- Hormon
- Gigitan serangga
- Binatang peliharaan
- Debunga
- Asap rokok atau vape
- Kapas atau fabrik tertentu – Wool dan fabrik sintetik
- Udara Kering (udara aircon)
- Stress
Ubat Krim Gatal OTC (Boleh dibeli di farmasi) yang boleh membantu Gatal Ekzema
Disclaimer: Sila dapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan apa apa produk beli sendiri
- Cetaphil Moisturizing Cream 453gm
Pilihan utama;
Ubat gatal kulit jenama Cetaphil ini telah disahkan secara klinikal mampu melembabkan kulit dan merawat kulit gatal dengan cepat dan berkesan.
Ciri-ciri;
- Sesuai digunakan untuk mereka yang mengalami masalah eczema dan kulit kering.
- Formula yang unik dimana mampu mengekalkan hidrasi pada permukaan kulit supaya kulit kekal lembab.
- Tidak melekit malah sangat sesuai dipakai pada tangan, kaki, siku, lutut, bahagian muka dan kawasan lain yang kering.
- produk non-comedogenic ini bebas lanolins, parabens, serta bahan pewangi yang boleh menyebabkan iritasi pada kulit sensitif.
Eucerin Baby Eczema Relief Body Cream
Pilihan utama;
Krim gatal ini mengandungi oatmeal semula jadi dimana dapat menyelesaikan masalah kulit yang kering dan kegatalan pada kulit atau eczema.
Ciri-ciri;
- Kaya dengan formulasi Licochalcone yang dapat membantu menyurutkan kemerahan dan kegatalan kulit
- Ceramide yang terkandung juga dapat memperkuat perlindungan terhadap kulit serta memperbaiki keadaan kulit anda.
- Sesuai untuk kegunaan orang dewasa dan bayi 3 bulan ke atas kerana bebas dari bahan pewarna, pewangi dan juga steroid.
Untuk bayi 3 bulan ke bawah, khidmat nasihat daripada doktor diperlukan.
Cara memilih Klinik Kulit untuk rawatan gatal kulit ekzema
Dengan begitu banyak klinik dermatologi di seluruh Selangor, bagaimana anda membuat pilihan tepat?
Untuk memilih Klinik Kulit yang sesuai, anda berikut adalah soalan yang perlu ditanya
- Apakah kelayakan yang dimiliki oleh doktor?
- Bagaimana pengalaman pesakit lain di klinik dermatologi ?
- Dimanakah klinik dermatologi ? Bagaimana keadaan lalu lintas di sana?
- Bilakah klinik dermatologi dibuka? Adakah saya perlu membuat temu janji?
- Apakah rawatan yang klinik dermatologi sediakan?
- Berapa perbelanjaannya?
Nak dapatkan bermacam info dan produk dari tudung Si Comel?? Jom Follow FB Page Tudung Si Comel