Mempunyai sebuah keluarga bahagia merupakan impian bagi setiap pasangan yang baru berkahwin atau yang baru hendak membina keluarga.
Siapa yag tidak seronok bila keluarga yang di bina dari hasil perkahwinan menjadi harmoni dan bahagia tanpa sebarang masalah yang besar. Setiap dari kita sudah pastinya mahukan keluarga kita bahagia dan tidak berpecah belah atau bergaduh sesama sendiri. Tetapi untuk membina sebuah keluarga bahagia bukanlah satu perkara yang mudah dan bukanya boleh di bina dalam tempoh masa yang singkat tetapi ia perlu perlu di bina dalam tempoh masa yang lama.
Ada Beberapa Cara Yang Anda Boleh Gunakan Untuk Bina Keluarga Bahagia Dengan Mudah Dan Terbaik
Justeru itu, untuk membina keluarga yang bahagia ia perlu bermula dari sekarang dan dari seawal perkahwinan. Ini kerana, sewaktu keluarga masih baru dan masih kecil inilah mudah untuk kita tentukan ke mana hala tuju keluarga kita nanti dan pada waktu inilah mudah untuk kita membentuk keluarga kecil kita supaya menjadi sebuah keluarga yang bahagia.
Dalam pada masa yang sama keluarga kecil jugalah memberi peluang untuk kita belajar menjadi pemimpin dalam keluarga sebelum keluarga berkembang dengan besar. Ada beberapa cara yang boleh anda gunakan untuk bina keluarga bahagia dengan mudah dan terbaik. Jom kami kongsikan caranya:
1- Tujukkan Contoh Tauladan Yang Baik
“Anak-anak merupakan cerminan kepada ibu bapa” pasti ramai antara kita yang pernah mendengar mengenai pepatah ini. Jika hendak bina keluarga yang bahagia, perkara pertama sekali yang perlu anda lakukan ialah bermula dengan diri anda.
Sebagai ibu bapa kita perlulah menunjukkan contoh yang terbaik buat anak-anak kita. Jika kita menunjukkan perilaku yang negatif sudah pastilah anak-anak juga akan memunyai sikap yang buruk dan sekali gus akan menyebabkan anak-anak akan menjadi tidak menghormati anda sebagai ibu bapa. Tetapi jika menunjukkan contoh yang baik, anak-anak juga akan menghormati anda sebagai ibu bapa.
2- Berikan Kasih Sayang Secukupnya
Selain itu, anak-anak yang sedang membesar, sememangnya memerlukan kasih sayang dan perhatian yang lebih dari ibu bapa mereka. Tanpa kasih sayang dan perhatian yang mencukupi dari ibu bapa ia membuatkan anak-anak merasakan diri mereka tidak di hargai dan seterusnya mereka akan memilih untuk mencari kasih sayang mereka di luar.
Ia secara tidak langsung akan menyebabkan mereka kurang sayang dengan keluarga sendiri. Begitu juga dengan ahli keluarga kita yang lain yang mana kita juga perlu berikan kasih sayang secukupnya.
Baca Juga: 4 Cara Awesome Didik Anak Berpakaian Sopan Tanpa Perlu Dipaksa
3- Berikan Didikan Agama Secukupnya
Bukan itu sahaja, dalam bina keluarga bahagia, aspek agama juga merupakan antara perkara yang sangat penting dan sangat wajib untuk diterapkan kita sebagai umat islam sama ada untuk diri dan juga di dalam keluarga kita.
Justeru itu, berikan didika agama yang secukupnya. Dengan didikan agama yang cukup ia dapat melahirkan juga sebuah keluarga sakinah yang mengikut syariah islam dan seterusnya menjadikan keluarga yang kita bina itu menjadi sebuah keluarga bahagia.
4- Ajar Keluarga Saling Menghormati
Dalam pada masa yang sama, untuk membina sebuah keluarga bahagia sikap saling menghormati sangat penting dan perlu ada dalam diri setiap ahli keluarga kita. Ini kerana, tanpa sikap menghormati antara satu sama lain.
Jika tidak mempunyai sikap saling menghormati dalam diri masing-masing ia akan menyebabkan berlakunya perselisihan faham dan seterusnya boleh menyebabkan berlakunya pergaduhan yang boleh membawa kepada hubungan sesam ahli keluarga menjadi renggang.
5- Saling Berkomunikasi
Komunikasi yang berkesan juga sangat penting dalam membina sebuah keluarga bahagia. Dengan berkomunikasi, ia dapat membuatkan hubungan kekluargaan kita menjadi semakin rapat dan dalam pada masa yang sama dapat membantu mengenali serta mengetahui masalah yang mengkin terjadi.
Dalam pada masa yang sama ia juga dapat membantu anda untuk memperbaikinya dengan lebih awal supaya tidak merebak dan menjadi semakin barah sehingga merosakkan hubungan keluarga anda.
Nak dapatkan bermacam info dan produk dari tudung Si Comel?? Jom Follow FB Page Tudung Si Comel