Ianya Bukan Satu Kebetulan… Dropshipper TudungSiComel

Minggu lepas kita ada buat kajiselidik pada beberapa Usahawan/ Wakil Jualan/ Dropshipper TudungSiComel. Kita buat soalan mudah iaitu; Antara peniaga X, Y dan Z dimana mereka semua sama-sama menjual produk yang sama dari TudungSiComel, peniaga mana yang akan mendapat pilihan di hati Pelanggan.

Ini adalah hasil dari kajiselidik tersebut.

dropshipper tudungsicomelApa yang boleh kita belajar dari sini? 😃
.
.
.

INILAH PENEMUANNYA… IANYA BUKAN SATU KEBETULAN

1. Walaupun ramai yang menjual produk yang sama, business yang sama. In shaa Allah seperti yang kita lihat, semua akan menerima pelanggan dan purata rezekinya hampir sama 😃

2. Jika kita fikirkan(Allah suruh kita berfikir), peniaga-peniaga kedai runcit Cina, mereka berniaga bersebelahan berpuluh-puluh tahun, tanpa gaduh, tanpa bermasam muka, tanpa berburuk sangka, tanpa risau yang nanti pelanggan lari pada pesaing sebelah dia.

3. Cuma kita orang yang mengaku ISLAM yang selalunya TAK YAKIN dengan konsep rezeki dari ALLAH. Kita cuma cakap di mulut, tapi TAK YAKIN DI HATI.

4. Allah suruh kita berusaha dan lepas tue baru bertawakal. Bukan tawakal dulu dan tak berusaha 😅

HASIL PENEMUAN KEDUA

5. Dari graph tersebut juga, kita dapat lihat, Peniaga X(No 1) mendapat pilihan lebih banyak. Ini kerana beliau lebih berusaha untuk menonjolkan perniagaan beliau. Jadi beliau terkehadapan dari pesaing-pesaing lain.

6. Peniaga X tak santau pun pesaing-pesaing lain (Y dan Z) hehe… tapi sebab dia berusaha awal dan berjaya menampakkan kewujudan perniagaannya dengan ILMU berbanding rakan-rakan lain, jadi dia lebih sedikit diterima pelanggan😃. Namun Peniaga Y dan Z juga tetap diberikan rezeki oleh Allah walaupun tak sebanyak X 😃

Mungkin ada antara kita terfikir; Jika ramai Dropshipper yang menjual produk dari TudungSiComel, nanti susah la aku nak dapat customer! Pesaing dropshipper ramai…

Ingatlah, itu hanya dinding yang kita sendiri cipta dalam diri kita

Renung-renungkanlah, siapa lambat… tinggai!!! 🤭😁🚀


KELEBIHAN SHOPEE

Selain dari Facebook, saya juga cadangkan untuk Usahawan/ Dropshipper TudungSiComel untuk manfaatkan marketplace seperti Shopee sebagai platform berniaga. Banyak kelebihannya yang saya nampak dan patut kita ambil kesempatan hehe. Antaranya adalah:

1. Postage Percuma – Shopee sediakan postage PERCUMA(subsidi). Pelanggan kita tak perlu bayar postage. Pelanggan mesti suka hehe…
2. Sistem Online – belian secara automatik. Zaman sekarang orang dah malas nak wasap-wasap nie. Nak terus klik klik klik barang sampai ja hehe… 1-2 pagi pun masih boleh buat order.
3. Coins – Pembeli boleh kumpul coins dan tebus.
4. Kurang risiko ditipu pembeli.

Dan banyak lagi kelebihan Shopee, boleh . Siapa malas membaca takut-takut rezeki pun malas nak masuk juga huhu…

Selamat berjaya ^_^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa