Alhamdulillah, kita telah berjaya menjalinkan hubungan kerjasama baik bersama beberapa jenama dan organisasi yang mempunyai misi dan visi seiring dengan TudungSiComel.
Diharap hubungan ini dapat melancarkan lagi laluan kita bagi mencapai cita-cita menghasilkan generasi muslim dan muslimah yang terdidik dengan nilai-nilai islamik serta jatidiri yang tinggi pada seawal usia.
Kita percaya, bagi melahirkan generasi pemimpin masa hadapan yang baik dan memiliki nilai moral yang tinggi, didikan awal adalah sangat perlu dititikberatkan.
Jadi dengan semangat ini, kita berhasrat untuk menjalinkan lebih banyak kerjasama antara jenama atau organisasi yang juga inginkan hasrat ini tercapai. Bersatu kita teguh…
Kita berhasrat dapat menjalinkan kerjasama dengan organisasi seperti;
1. Bidang Pendidikan – Tadika, Taska, Penerbit Buku Pendidikan Kanak-kanak, Pusat Latihan Kanak-kanak dll
2. Pakaian Muslim/Muslimah – Tudung kanak-kanak, Tudung Muslimah (Dewasa), Telekung, Jubah dll
3. Bidang Kebajikan – Pusat Tahfiz, Rumah Anak-anak Yatim dll
Kepada rakan-rakan yang berhasrat untuk bersama-sama dalam perjuangan ini, dijemput hubungi kami untuk maklumat lanjut.
Antara jenama yang telah kita jalinkan kerjasama adalah seperti berikut:
1. Voices Of UMMI – Ceritalah Pada Kami
.
.
2. Nasuheart
.
.
3. BuatSiComel
.
.
assalam.bagaimana cara untuk menjadi agent dropship tudung si comel?
Salam puan Nurul, salam ceria =)
Untuk maklumat lanjut pemborong dan dropshipper jemput puan layari link di bawah;
Klik >> https://tudungsicomel.com/borong-dropship/
Semoga perniagaan puan bertambah maju dan dibekati. Amin.
Sekiranya ada sebarang masalah mohon maklum yer, in shaa Allah kita akan cuba bantu sebaik mungkin puan =)
Terima kasih puan =)