Jom Kita Kenal Pasti Ciri-Ciri Jangkitan Covid-19 Dalam Kalangan Kanak-Kanak
Mengenali tanda-tanda jangkitan Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak dapat membantu kedua-dua ibu bapa bertindak dengan lebih pantas untuk rawatan segera.
Jika kita bercakap tentang virus Covid-19 pada awal tahun 2019, mungkin ramai yang masih kelihatan terpinga-pinga tentangnya.
Tetapi sekarang anda boleh jamin ia adalah sebaliknya.
Asal Usul Virus Covid-19
Untuk pengetahuan anda, virus ini pada hakikatnya berasal daripada haiwan dari negara China.
Ia boleh mengakibatkan jangkitan saluran pernafasan manusia dan meyebabkan komplikasi teruk seperti kerosakkan organ penting, kegagalan sistem pernafasan dan sebagainya.
Yang paling ditakuti sekali sudah pasti Maut !
Bagaimana Penularan Covid-19 Bermula Di Malaysia
Penularan Covid-19 di Malaysia bermula pada 23 Januari 2019 di mana Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) berjaya menerima laporan tiga kes (dua di Sabah dan satu di Selangor) disyaki dijangkiti virus tersebut.
Sudah 2 tahun rupanya anda sekeluarga begitu juga dengan masyarakat sekeliling telah hidup dengan Pandemik Covid-19.
Kini di tahun 2022, anda akan dapati ia masih berterusan dengan pelbagai kemunculan varian baru seperti Delta dan yang terbaru adalah Omicron.
Semua lapisan masyarakat sama ada golongan dewasa, kanak-kanak, tua atau muda telah biasa dengan pemakaian pelitup muka apabila menjalani aktiviti-aktiviti luar rumah.
Jangkitan Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak masih rendah berbanding golongan dewasa.
Walaupun demikian, ia tidak membawa makna bahawa ibu dan ayah boleh mengambil enteng tentangnya.
Hasil Kajian Jangkitan Covid-19 Dalam Kalangan Kanak-Kanak Di China
Menurut kajian-kajian yang dijalankan di negara China pada tahun 2020 mendapati gejala-gejala jangkitan Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak tidak serius dan tidak teruk.
38% daripadanya mengalami gejala batuk dan sebanyak 44-50% daripada jumlah tersebut menghidapi gejalan demam sahaja.
Apa yang paling menyenangkan hati adalah kebanyakkannya tidak memerlukan bantuan pernafasan semasa dalam kemasukkan ke wad.
Selain itu terdapat juga senarai gejala-gejala lain yang boleh terjadi semasa berlakunya jangkitan Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak.
Antaranya ialah :
- Selesema
- Hidung berhingus
- Keletihan
- Sakit kepala
- Cirit-birit
- Gejala-gejala yang agak teruk sedikit termasuk :
- Nafas laju
- Kepucatan
- Kurang menyusu atau makan dan minum akibat kehilangan selera
Ramai juga tergolong dalam kategori Asymptomatic yang merujuk kepada mereka yang mendapat jangkitan Covid-19 tetapi tidak mengalami sebarang gejala.
Jadual di bawah mampu memberikan kepada anda gambaran yang lebih jelas terhadap situasi kes jangkitan Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak.
Mesti anda terfikir bagaimana kanak-kanak yang berusia lebih kecil boleh mengalami Simptom atau gejala yang lebih ringan berbanding golongan dewasa bukan ?
Salah satu teori yang dikemukakan adalah kerana disebabkan tahap sistem imun tubuh kanak-kanak yang lebih rendah berbanding golongan dewasa.
Keadaan ini menyebabkan pengaktifan Cytokine tidak berlaku dengan rancak.
Apakah itu Cytokine ?
Ia adalah salah satu komponen sistem pertahanan badan yang akan diaktifkan apabila berlakunya jangkitan virus atau kuman.
Kesan daripada pengaktifan tersebut menyebabkan terjadinnya fenomena Inflammation. Dalam Bahasa Melayu ia disebut sebagai keradangan.
Tambahan pula kekurangan komponen Reseptor ACE-2 juga menjadi salah satu faktor utama yang mengurangkan kadar jangkitan Covid-19 yang teruk dalam kalangan kanak-kanak.
Realiti ini pasti melegakan anda dan menyebabkan anda lebih tenang apabila terfikir tentang risiko jangkitan Covid-19 yanhg boleh terjadi terhadap anak-anak anda.
Ya Benar, namun Don’t Take It For Granted bak kata orang putih.
Langkah-Langkah Berjaga-Jaga Perlu Diambil Kerana anda tidak tahu tentang kemungkinan komplikasi teruk yang bakal terjadi.
Di sini kami akan senaraikannya sebagai panduan dan rujukan anda agar boleh diamalkan sentiasa seterusnya membendung penularan wabak jangkitan Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak.
Yang Pertama
Memilih tempat asuhan anak yang diketahui akan keselamatannya dan penjagaannya yang rapi dalam mengekang jangkitan virus Covid-19 daripada menular.
Yang Kedua
Mengamalkan sentiasa amalan dan tabiat membasuh tangan apabila menyentuh barang atau peralatan awam begitu juga dengan menjarakkan diri anak-anak kecil daripada orang sakit.
Bukan bermaksud untuk Anti-Sosial. Tetapi demi menjaga kesihatan anak-anak itu sendiri.
Yang Ketiga
Mendapatkan rawatan dan pemeriksaan segera apabila mengalami gejala sesak nafas atau keletihan yang teruk
Yang Terakhir
Jika ditakdirkan juga anak-anak terkena jangkitan Covid-19, maka antara salah satu tindakan yang bagus adalah memastikan pengambilan kuantiti air masak yang optimum bagi mengekalkan hidrasi badan mereka.
Kerana tubuh badan mereka masih rapuh, kekurangan air boleh menjadi punca kecederaan buah pinggang.