Tips Menjadi Ibu Yang Selalu Gembira

Banyak hak yang dituntut kepada para ibu. Contohnya, ibu dituntut supaya serba sempurna dalam menjaga anaknya, menyediakan semua keperluan keluarganya, anaknya tidak sakit, kebolehan anaknya harus sama dengan anak lain, anaknya menunjukkan prestasi yang boleh dibanggakan buat datuk neneknya, rumahnya sentiasa bersih, anaknya suka makanan apa pun, ibu hebat memasak pelbagai jenis masakan, keluarganya nampak bahagia, selalu pergi bercuti seperti keluarga lain di media online dan ibu yang menghasilkan pendapatan lumayan samada bekerja di luar atau dari rumah. Apakah ini semua adalah tanda menjadi ibu selalu gembira?

ibu selalu gembira

Malah, ibu juga dituntut untuk selalu kelihatan gembira tidak boleh marah atau sedih. Dr. Azura daripada Institut Keluarga NURI mengatakan bahawa itu adalah tuntutan yang mustahil. Semua emosi termasuk emosi negatif adalah hal yang wajar dirasakan setiap manusia. “Itu fitrah manusiawi,” kata beliau.

Kebanyakan wanita yang sudah berkeluarga selalu rasa stress kerana mereka berfikir bahawa jika berjaya mencapai kesempurnaan dan berusaha memenuhi tuntutan dari semua orang, maka mereka akan menjadi ibu yang bahagia dan gembira. Bukankah ini namanya bahagia bersyarat, iaitu kita hanya gembira dan bahagia apabila semua perkara ‘menjadi’ mengikut apa yang diharapkan.

Keinginan untuk serba sempurna inilah yang dapat membuat seorang ibu terjebak. Selalunya hal tersebut bukannya menghadirkan kebahagiaan malah membuatkan ibu mengalami kepenatan fizikal dan mental keterlaluan tanpa sebab. Emosi pun menjadi tidak tentu arah seperti ‘angin puting beliung’.

Ibu yang belum mampu mendapatkan kebahagiaan yang diimpikan akan kerap membandingkan dirinya dengan ibu lain. Lalu, mereka mudah menyalahkan diri sendiri dan merasakan tidak boleh menjadi ibu yang baik. Keadaan ini akan memberikan kesan negatif kepada kesihatan mental ibu.

Siapakah Ibu Yang Bahagia?


Dr.Azura memberikan pandangan bahawa ibu yang bahagia adalah mereka yang boleh menerima dirinya beserta kekurangan dan kelebihannya. “Jadi, jika self acceptance ibu perlu bagus. Biasanya, bila sudah mempunyai self acceptance yang bagus, biasanya ibu itu tidak mengharapkan kesempurnaan,” ujar beliau.

Pernah dengar, orang yang tenang selalu menang? Ternyata tidak mengharapkan kesempurnaan memberikan ketenangan, kebahagiaan dan kegembiraan dalam rumahtangga. Ibu yang mampu menguruskan emosi dengan baik bukan bererti dia tidak pernah marah. Tetapi, ibu boleh mengenalpasti emosi dan perasaannya. Ibu yang bahagia mampu jujur atas perasaannya dan apa yang menjadi masalahnya. Apabila ibu gembira, mereka akan membuatkan orang lain di sekelilingnya juga bahagia karena memiliki aura positif.

Begitu juga ibu yang tenang akan selalu menang ketika berdepan dengan kerenah anak anak. Ibu yang tenang memilih menikmati untuk menghargai dengan merindui selalu suasana anak-anak yang masih kecil. Ikuti tiga tips ibu cemerlang yang sentiasa tenang:

1.Kemaafan

Ketenangan sentiasa ada di sebalik kemaafan. Sebagai ibu, jangan mudah terasa dengan anak-anak tetapi sentiasa memaafkan mereka. Sebagaimana kita sentiasa harap Allah سبحان الله تعالى memaafkan dosa kita. Memaafkan semua orang ibarat mengeluarkan belati dari dalam kita.

2.Pintu Syurga

Anak-anak adalah salah satu dari pintu pintu syurga yang perlu kita jaga selain ibu bapa kita. Jaga pintu ini sebaiknya. Pandang anak-anak dengan penuh kasih sayang pada setiap ketika. apabila ibu bapa bahagia, anak anak turut merasai kebahagiaan itu.

3. Menerima Qada’ dan Qadar
Terima diri kita yang sekarang dan bangunkan kepercayaan diri dengan keadaan tersebut membantu kita menjadi orang yang bersyukur. Kita harus mampu mencintai diri kita sendiri dengan segala kelemahan. Maksudnya bagaimana kita boleh mencintai diri kita yang tadi marah atau sedih, dan menyerahkan semua urusan yang dirisaukan kepada Allah Yang Maha Berkuasa Atas Segalanya. Langkah tersebut akan lebih memudahkan ibu untuk dapat menenangkan diri sendiri.

Semoga artikel kali ini dapat membantu ibu-ibu yang mencari tips untuk menjadi gembira dan bahagia di bulan mulia ini.

Anak anda sudah ada tudung sekolah daripada TudungSiComel? Dapatkan sekarang di website ini.

Jemput share. Terima kasih
Leave a Reply

Your email address will not be published.

2 × 3 =

Risk Free Shipping

If your orders lost during shipment, we will do the replacement or refund

Easy 180 days returns

180 days money back guarantee

100% Secure Checkout

Toyyibpay / MasterCard / Visa