JOM Ketahui tentang proses berkhatan si kecil anda

Proses berkhatan ini kebiasaannya dilakukan di penghujung tahun ketika cuti sekolah bermula. Tidak kira dikampung atau dibandar, ibu bapa akan mengambil keputusan untuk mengkhatankan anak kesayangan mereka bersama rakan atau saudara mara yang lain. 

Cuma untuk zaman kini, berkhatan ini boleh dilakukan di klinik yang boleh melakukan proses berkhata. Selain cepatkan masa, di kilinik juga akan menawarkan haraga yang berpatutan untuk anak anda bersunat.

Sebelum itu, anda tahu apa maksud berkhatan, cara penjagaan, hukum, pemakanan selepas berkhatan dan segala yang berkhatan. Di bawah ini, saya jelaskan semuanya yang berkaitan sunat yang boleh anda fahami sebelum mengkhatankan anak anda.

Jadi, teruskan membaca artikel di bawah ini ya.

Baca ini juga: 12 Jenama Susu Terbaik Untuk Ibu Hamil Di Malaysia

Apa Itu Berkhatan

Berkhatan atau bersunat ini di dalam bahasa Arab disebut “Khitan” yang membawa maksud tempat yang dipotong pada zakar dan faraj wanita. “Khitan” ini juga bermaksu memotong qulfah iaitu kulit yang menuti kepala zakar manakala bagi wanita, ia dinamakan khafd iaitu merendahkan. 

Ada hadis yang menegaskan untuk melakukan amalan berkhitan. Pertama dari hadis riwayat Bukhari dan Muslim, Rasullulah saw menjelaskan bahawa “ada lima perkara yang menjadi fitrah manusia iaitu, membuang bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, menggunting misai, memotong kuku dan berkhatan.”

Berkhatan adalah proses membuang kulit lebihan (kulup) yang menutupi kepala zakar. Ia juga dikenali dengan istilah sunat atau dalam bahasa Inggeris circumcision. Di beberapa negara timur tengah, berkhatan dilakukan ketika bayi, manakala di sesetengah negara di Afrika dilakukan pada peringkat dewasa. Di Malaysia, berkhatan dilakukan ketika kanak-kanak di peringkat sekolah rendah ataupun di peringkat awal sekolah menengah.

Hukum Berkhatan Bagi Lelaki

Hukum berkhatan ini ada perbezaan pandangan, ada yang mengatakan ia sunat dan mazhab asy-syafi’e pula mengatakan berkhitan wajib bagi lelaki dan wanita. Diriwayatkan hadis Imam Ahmad r.a daripada Nabi SAW, Khitan itu disunatkan bagi kaum lelaki dan merupakan kemuliaan bagi kaum wanita.

Manakala, ada yang wajib pula berpegang kepada sabda Nabi SAW kepada seorang lelaki yang baru memeluk agama Islam, Buanglah daripadamu rambut kekufuran dan berkhitanlah – hadis riwayat Abu Daud.

Teknik dan Waktu Yang Sesuai Untuk Bersunat

Waktu yang sesuai untuk mengkhatankan anak ialah semasa bayi baru lahir (neonatal circumcision) dan juga semasa kanak- kanak yang mencecah usia sekitar 7 hingga12 tahun. Lagi baik jika dikhatankan semasa anak itu bayi lagi ketika berusia tujuh hari.

Sebelum untuk melakukan khatan ini, diingatkan juga agar ibu bapa memastikan keadaan tubuh badan si anak selamat dan tidak mendatangkan kesan buruk selepas bersunat dilakukan.

Jika khitan dilewatkan, para ulama menggalakkan khitan itu dilakukan ketika anak berusia tujuh tahun. Hal ini kerana pada waktu itu, mereka diperintahkan dan dilatih untuk mengerjakan solat serta perlu berada dalam keadaan suci daripada najis.

Ada pelbagai jenis teknik dan kaedah yang dilakukan untuk khatan, antaranya ialah:

  • Teknik plastibel – Teknik sunat yang kerap dilakukan kepada bayi yang baru lahir dengan menggunakan bius setempat
  • Kaedah dorsal slit
  • Kaedah clamping
  • Kaedah berkhatan laser

Hikmah dan Manfaat Selepas Berkhitan

Sebenarnya, berkhatan ini juga memberikan pelbagai hikmah dan manfaat ke atas diri seseorang mahupun lelaki atau wanita. Hikmah ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu, dari sudut keagamaan, kesihatan dan perubatan.

Antara kelebihan berkhatan dari sudut keagamaan ialah:

  • Termasuk dalam lingkungan perkara fitrah, lambang syariat & syiar Islam
  • Satu kesempurnaan pada kesucian yang telah disyariatkan oleh Allah melalui Nabi Ibrahim.
  • Dapat memupuk keimanan dan rasa tauhid kepada Allah swt.
  • Membezakan antara orang Islam dengan bukan Islam.

Dari segi kesihatan pula, berkhatan ini memberikan faedah yang sangat baik. Antaranya ialah:

  • Dapat menghindarkan jangkitan penyakit berbahaya.
  • Ada yang berpendapat juga, ia dapat mengurangkan nafsu, mengawal akhlak peribadi.
  • Membersihkan kekotoran yang terlindung di bahagian tersebut.

Manakala, kebanyakan doktor juga berpendapat bahawa berkhatan ini  banyak memberikan faedah dari sudutan perubatan.

  • Jika berkhatan sejak kecil, ia dapat menghindarkannya dari tabiat kencing pada waktu malam.
  • Berkhatan ini juga dapat menyelamatkan seseorang itu dari berbau busuk dan tengik di kawasan kemaluan.
  • Dapat juga menghalang daripada terkana penyakit kanser

Tips Penjagaan Selepas Berkhatan

Selepas sahaja proses berkhatan, mestilah ibu bapa kena mengetahui tips penjagaan supaya luka itu tadi cepat kering. Mari kita ketahui cara penjagaan selepas bersunat yang perlu dilakukan.

1) Dua hari iaitu 48 jam selepas berkhatan, pastikan luka balutan gauze itu dibuka. Pastikan juga anak anda membasuh dan membersihkan lubang pening setiap hari selepas membuang air kecil.

2) Setelah balutan gauze itu dibuka, luka pada penis perlu dicuci dengan bersih (proses ini dinamakan wound dressing). Ibu bapa boleh mencuci luka sunat dengan cecair normal saline yang dijual di farmasi atau klinik. Cucian ini mestilah dibuat setiap tiga hingga empat kali sehari. Anda perlu memastikan keadaan bahagian luka sunat si kecil anda sentiasa kering.

3) Pastikan anak anda tidak menggosok atau menyental kuat di bahagian yang luka. Kuping ini biasanya akan tertanggal dengan sendiri apabila ia selalu dicuci dan terkena air semasa mandi.

4) Jika kuping luka melekat dan tidak tertanggal, terdapat satu langkah yang boleh anak anda atau anda sendiri lakukan. Rendamkan penis anak ke dalam bekas kecil berisi cecair normal saline untuk tempoh tiga hingga lima minit dan diulang tiga ke empat kali sehari.

5) Selepas sunat, adalah penting untuk anda dapatkan rehat yang cukup, sekurang-kurangnya 3 hari untuk lelaki dewasa sebelum bertugas semula seperti biasa. Banyak berjalan sejurus selepas sunat boleh menyebabkan bengkak pada kawasan luka.

6) Anda akan diberi ubat penahan sakit, antibiotik (pembunuh kuman), ubat bengkak untuk dimakan dan krim antibiotik untuk disapu. Sila makan ubat tersebut mengikut jadual yang ditetapkan, supaya luka tersebut cepat sembuh dan jangkitan boleh dielakkan.

7) Adalah bagus sekiranya anda dapat berpantang makan. Makanan yang “gatal” seperti makanan laut, daging merah, telur dan apa-apa juga yang anda “alergik” adalah tidak digalakkan untuk ambil sewaktu penjagaan luka sunat.

8) Kanak-kanak yang melalui prosedur berkhatan juga tidak digalakkan untuk melakukan aktiviti lasak sehingga luka sudah sembuh sepenuhnya agar tiada masalah yang timbul.

Cara Hilangkan Bengkak Selepas Bersunat

Perlu diingatkan juga, ibu bapa yang perlu lebih berhati-hati dengan penjagaan selepas berkhatan. Jika ibu bapa mendapati ada bengkak (bentan) pada alat sulit selepas disunat, ia bukanlah sesuatu perkara yang normal untuk penyembuhan luka.

Ini merupakan mungkin petanda bahawa ada berlakunya jangkitan pada bahagian saluran kencing tersebut. Apa yang ibu bapa perlu buat adalah bawa anak anda terus ke klinik dengan segera, jika terdapat simptom yang disenaraikan dibawah :

  • Bengkak yang terlalu besar dan kelihatan merening
  • Anak mengadu lukanya berdenyut-denyut dan rasa sakit
  • Anak mengadu sakit semasa membuang air kecil
  • Berlaku pendarahan pada kawasan luka
  • Anak anda mengalami demam
  • Kulit di sekitar kawasan bengkak menjadi kemerah-merahan
  • Terdapat cecair likat yang kelihatan seperti nanah pada kawasan luka

Selai itu, ibu bapa perlu memastikan supaya anak lelaki diajarkan untuk memakai kain supaya alat sulit sentiasa bebas dan mendapat pengudaraan yang baik. Jadi, apakah pula makanan yang sesuai untuk dimakan oleh anak atau lelaki dewasa yang berpantang sunat ini?

Makanan Untuk Orang Bersunat

Makanan pantang bersunat yang boleh dipilih ialah panggang, grill dan juga dikukus. Malah, masakan yang berasaskan sup pun sangat bagus untuk dimakan selepas bersunat. Kalau ikutkan petua orang dulu-dulu, ikan haruan adalah bagus untuk penyembuhan luka. Jika tidak mahu beli dan siang ikan haruan yang hidup, anda boleh dapatkan pati ikan haruan dari farmasi. Pati ayam pun bagus untuk diambil.

1)Anda juga boleh menyediakan menu berasaskan ikan sebagai lauk untuk anak anda semasa berpantang. Di antara ikan yang boleh menjadi pilihan ialah ikan jenahak, ikan senangin, ikan bawal, dan ikan merah.

2) Selain protein, sayur-sayuran juga adala sangat penting untuk anak yang baru bersunat. Anda boleh sediakan sayur yang dikukus,stim atau sup. Di antara sayur yang boleh anda sediakan ialah sayur sawi, brokoli, pak choy, dan bayam.

3) Sup ikan haruan bersama lada hitam. Ikan haruan sememangnya sangat membantu untuk menyembuhkan luka. Lendir yang terdapat pada ikan haruan dikatakan berfungsi untuk mencantumkan luka dan mempercepatkan proses luka untuk mongering. Anda boleh sediakan sup ikan haruan bersama lada hitam yang pastinya membuka selera anak anda untuk makan.

4) Ikan haruan panggang bersama sos lada hitam. Selain dijadikan sebagai sup, ikan harian juga boleh dimasa dengan cara panggang bersama sos lada hitam. Untuk menyediakan sos lada hitam, caranya mudah sahaja. Anda Cuma perlu tumis bawang merah dan bawang putih, masukkan lada hitam yang dikisar halus dan masukkan air, garam, dan perasa. Pastinya anak anda berselera untuk makan jika dihidangkan panas-panas.

5) Selain ikan haruan, anda juga boleh menyediakan juadah berasaskan ayam sekiranya anak anda tidak mengalami alahan kepada ayam. Anda boleh pelbagaikan menu dengan memasak sup ayam, ayam panggang, ayam kukus, dan sebagainya.

6) Elakkan daripada menyediakan makanan yang gatal seperti udang, sotong, telur, daging lembu, dan sebagainya. Jenis makanan yang gatal adalah bergantung kepada individu. Ada orang berasa gatal bila makan udang, ada orang tiada kesan apa-apa. Pastinya anda lebih mengenali diri anak dan mengetahui makanan apa yang tidak sesuai untuk diberikan semasa luka sunatnya masih belum kering.

Akhir Kata

Sebagai individu yang beragama Islam, bersunat atau berkhatan ini adalah perbuatan yang sangat dituntut tanpa mengira jantina lelaki atau wanita. Anda mestilah pastikan kesihatan anak anda sebelum melakukan proses berkhatan ini seawal usia mereka lagi.

Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda. Nak dapatkan bermacam info dan produk dari tudung Si Comel?? Jom Follow FB Page Tudung Si Comel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with Toyyibpay / MasterCard / Visa