Alhamdulillah, sewaktu video ini anda lihat item ini dah sampai kepada pemilik nya. Ia nya sebuah Air Fryer Russel Taylor yang menjadi gadjet kegemaran kaum perempuan di dapur. Memudahkan urusan seharian mak-mak sama seperti koleksi Tudungsicomel yang memudahkan urusan seharian mak-mak bagi si comel yang baru belajar hendak memakai tudung.
Haaa nak tahu tak, untuk air fyrer ini yang bestnya kita berikan secara percuma pada rakan usahawan Tudungsicomel.
Kisahnya, pada pertengahan April pihak HQ telah melancarkan product baru iaitu tudung Mose Collection dan membuat cabaran kepada rakan usahawan sempena aidilfitri dengan meletakkan target serta ada ganjaran bagi rakan usahawan yang berjaya melepasi cabaran tersebut.
Untuk Air Fryer ni merupakan cabaran tertinggi iaitu bagi yang mencapai jualan tudung Mose Collection dalam tempoh sebulan sebanyak 500pcs dan ke atas. Ternyata rakan usahawan menyahut cabaran tersebut dan alhamdulillah seramai dua orang rakan usahawan kita berjaya melepasi target sasaran iaitu:
- Puan Noorzarina Ahmad Tazari – 699 pcs
- Puan Marwati Mohammad – 519 pcs
Best kan , keuntungan jualan dapat, hadiah pun dapat. Alhamdulillah, ini berkat dari usaha rakan usahawan yang sentiasa berusaha nak mencapai sesuatu kejayan tersebut.
Eh lupa nak beritahu, bukan hanya ada 1 reward sahaja tau tapi ada 3 reward yang pihak HQ berikan pada rakan usahawan yang berjaya mencapai target jualan.
Nak tahu siapakah rakan usahawan yang berjaya mencapai target tersebut..tunggu next posting Mira ya ^^