Kain Sekolah Ajaib

RM27.50RM31.00

RM0.83 Cashback

Jaminan 180 Hari

  • Jika ada sebarang masalah atau rasa tidak berbaloi, boleh dipulangkan atau refund.
  • Yang Penting, rezeki yang kami terima, hasil dari senyuman puan dan Si Comel.

Jaminan TudungSiComel

 

KAIN SEKOLAH RENDAH BERGETAH PINGGANG

Salam Sayang 😍

Selain tudung sekolah, kita juga ada jahit kain sekolah sendiri dengan jenis bergetah penuh di sekeliling pinggan supaya anak-anak kita lebih selesa ke sekolah.


KEISTIMEWAAN KAIN SEKOLAH TUDUNGSICOMEL

1. Lipatan kain dijahit terus agar mudah digosok.

2. Jahitan tepi diperkemaskan dengan 2 kali jahitan di beberapa bahagian yang kritikal. Sesuai untuk Si Comel yang lasak (^_^).

3. Kain bergetah penuh pasti selesa dipakai.


SAIZ, CARTA UKUR & CADANGAN UMUR

Berikut adalah ukuran (Inci) untuk setiap saiz yang kita hasilkan. Cadangan umur yang kami cadangkan adalah cadangan sahaja mengikut saiz biasa kanak-kanak.

Namun, untuk memastikan keselesaan Si Comel, kami sarankan rakan-rakan untuk mengukur dahulu pada Si Comel kita sebelum membuat tempahan.


PANDUAN MENGUKUR SAIZ

Untuk memastikan Si Comel puan SELESA dengan set kain sekolah yang kita hasilkan, 2 ukuran yang penting untuk puan ukur adalah:

1. Labuh kain
2. Getah pinggang

Untuk Labuh, tiada masalah kerana sekiranya panjang kita boleh potong mengikut kesesuaian nanti.

*Ukuran mungkin tidak tepat 100% pada badan Si Comel puan kerana ukuran kita adalah ukuran umum kanak-kanak. Sekiranya terlebih/kurang dalam +/- 1 inchi adalah perkara biasa. Eloknya lebih sedikit sebab budak akan membesar.

Saiz bertindih – sebagai contoh, sekiranya Si Comel puan bersaiz biasa rakan sebaya berusia 8 tahun, in shaa Allah saiz SS sesuai. Namun jika puan rasa, beliau besar sedikit berbading rakan sebaya, in shaa Allah puan boleh cuba saiz S.

Namun kita sangat sarankan puan mengukur dahulu agar mendapat saiz yang lebih ideal.

Tidak perlu risau, jika tidak sesuai boleh ditukar, yang penting Si Comel SELESA 😊

Berikut model kita berusia 7 tahun menggayakan kain saiz SS untuk rujukan puan.


MATERIAL

Dihasilkan dari material Koshibo Lembut  yang tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis bagi memastikan keselesaan Si Comel.


JAMINAN 180 HARI

✔️ Setiap produk yang diperolehi dari TudungSiComel adalah di bawah jaminan 180 hari dari tarikh penerimaan.

✔️ Sekiranya tidak berpuas hati boleh ditukar/dipulangkan dengan serta merta dan wang akan dikembalikan. Kepuasan pelanggan keutamaan kami di TudungSiComel.

Additional information

Weight 0.212 kg
Warna

Biru Gelap, Hijau, Merah

Saiz

SS [7-8 Tahun], S [8-9 Tahun], M [9-10 Tahun], L [10-11 Tahun], XL [11-12 Tahun]