Menurut buku ” Menerokai Kegemilangan Saintis Islam”, Islam sangat mengambil berat akan pemakanan penganutnya kerana amalan pemakanan berkait rapat dengan kesihatan.
Menurut pandangan pakar sains, makanan yang diambil oleh Nabi kesayangan kita, Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم adalah baik untuk kesihatan dan mencerdaskan minda. Oleh itu, tidak hairan jika saintis-saintis Islam mengamalkan cara pemakanan Baginda صلى الله عليه وسلم sebagai amalan pemakanan mereka.
Kehebatan saintis Islam diakui sendiri oleh saintis Barat. Menurut penulis Mat Rofa Ismail dalam bukunya yang bertajuk Falsafah Sains : Pendekatan Kualitatif, seorang sarjana Barat iaitu Philip Hitti mengakui bahawa Renaisans Eropah tak mungkin wujud tanpa sumbangan saintis Islam. Apakah rahsia kehebatan saintis Islam? Hakikatnya, makanan yang halal, berkualiti, baik dan berkat merupakan rahsia kehebatan mereka. Subhanallah!
Apa yang Nabi kita makan bukan kebetulan makanan itu berada di depan mata Baginda صلى الله عليه وسلم. Semuanya mempunyai hikmah oleh Allah سبحان الله تعالى supaya diikuti oleh kita. Tiru cara Nabi makan supaya badan seluruh ahli keluarga sihat, insyaAllah seperti Nabi juga.
Artikel kali ini akan berkongsi tentang kelebihan makanan sunnah iaitu kurma dan cuka. Penambahbaikan rutin makanan sunnah seperti kurma dan cuka buat anak-anak di rumah seperti masakan lauk-pauk pasti lebih enak lagi berkhasiat. Berikut ialah kelebihan kurma :
1.Kurma adalah sejenis tumbuhan palma yang berbuah. Istimewanya buah kurma boleh dimakan dalam keadaan masak atau yang masih mentah. Buahnya yang tak berbau menyebabkan tiada haiwan yang cuba makan atau merosakkannya.
2. Buah kurma kaya dengan kalium dan dapat mengurangkan risiko serangan angin ahmar.
3. Makan buah kurma boleh menyebabkan denyutan jantung teratur dan darah menjadi stabil.
4. Kurma adalah makanan yang paling cepat diproses sebagai bekalan tenaga.
5. Gula semulajadi yang terkandung dalam kurma jauh lebih baik daripada gula pasir.
6. Serat dalam kurma sangat halus sehingga tidak mencederakan perut.
7. Kurma juga memberikan tenaga tambahan untuk mereka yang mahu melakukan senaman atau kerja keras.
8. Pokok kurma sangat istimewa kerana ia disenyawakan oleh tangan manusia.
Menurut buku Perubatan Cara Nabi Pasti Sihat tentang kelebihan cuka ialah seperti berikut :
1.Cuka mengandungi unsur panas dan sejuk, tetapi unsur sejuknya lebih dominan.
2. Cuka baik untuk radang perut.Jika dicampur dengan minyak mawar, maka ia baik untuk sakit kepala yang panas.
3. Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم bersabda : ” Cuka adalah kenyamanan bagi manusia “. Hadis lain berkaitan cuka berbunyi : Allah سبحان الله تعالى telah menempatkan berkat dalam cuka, kerana sesungguhnya ia adalah perencah yang digunakan oleh para Nabi sebelumku. “Al-Baihaqi meriwayatkan hadis berikut : ” Rumah yang mempunyai cuka tidak akan menderita kemelaratan. ”
4. Sirap yang disebut oxymel dibuat dengan cuka.
5. Cuka dapat menghilangkan jangkitan demam.
6. Cuka dapat mengurangkan kuantiti sperma dan jika dimakan pada waktu pagi akan mengurangkan kemampuan seksual.
7. Berkumur dengan cuka dapat menghilangkan sakit gigi dan meredakan rasa sakit.
Sebenarnya, terdapat banyak lagi rahsia dan kelebihan makanan sunnah ini yang kita belum explore sepenuhnya. Namun, apabila tiba sunnah nabi, kita kena bersegera untuk laksanakan sunnah itu.
Puan sudah dapatkan tudung sekolah daripada TudungSiComel? Terdapat pelbagai jenis warna tudung sekolah daripada website ini. Dapatkan sekarang ya.