Kenapa Kanak-kanak Suka Makan Coklat?

Bukan sahaja anak yang masih kecil, orang dewasa juga suka makan coklat. Jika dapat coklat, pasti makan sehingga habis. Malah, ada yang sanggup membeli coklat dengan harga yang mahal dan dari luar negara. Semata-mata mahu mendapatkan coklat yang lebih berkualiti dari segi rasa dan tekstur. Pasti kita nak tahu kenapa kanak-kanak suka makan coklat.

Kanak-kanak Suka Makan Coklat

Ini antara fakta tentang coklat dan sebab-sebab kenapa kanak-kanak suka makan coklat :

Ciri dan rasa sesuatu coklat sangat bergantung kepada adunan di dalam massa koko. Apakah fungsi massa koko dalam coklat? Mari baca sama-sama huraiannya :

1.Menentukan rasa utama sifat sesuatu coklat.

2. Lagi tinggi kandungan massa koko, lagi kuat dan pahit rasanya.

3. Lagi tinggi kandungan massa koko, kandungan gula semakin kurang dan bermaksud semakin kurang manis.

4. Oleh itu, sumber massa koko dari jenis dan negara mana akan menentukan kekuatan rasa sesuatu coklat. Di sini, massa koko yang berasal dari Malaysia akan memberikan rasa coklat yang agak sederhana dan sedikit masam disebabkan cuaca dan tanah kita yang beriklim khatulistiwa serta agak berasid.

5. Menurut Chef Amer, massa koko yang agak baik datangnya dari Benua Afrika seperti Ghana, Ivory Coast, Cameroon dan yang sewaktu dengannya. Rasa massa koko dari Benua Afrika ini agak kuat dan tidak berasid. Massa koko yang terbaik datangnya dari negara Benua Amerika Selatan seperti Venezuela, Colombia, Mexico dan Madagascar. Kebanyakkan koko yang ditanam di sana adalah dari jenis ‘Criollo’ iaitu klon koko yang terbaik sekali kerana menghasilkan massa koko yang sangat kuat rasa coklatnya iaitu harum, lembut dan halus.

6. Pada masa ini penghasilan koko terbaik ini hanya dapat menampung kurang dari 5% dari permintaan koko dunia. Faktor utama adalah disebabkan oleh saiz ladang yang semakin mengecil, petani bertukar kepada tanaman lain dan pencemaran udara serta tanah. Ini menyebabkan harga massa koko Criollo ini sangat mahal dan sukar diperolehi.

7. Selain itu, coklat juga mengandung lemak koko, yang memberikan perasaan melegakan dalam mulut, kerana mudah mencair pada suhu bilik.

8. Coklat merangsang hormon anandamide di otak. Hormon ini memberi kesan perasaan tenang kepada kita.

9. Jika anandamide sudah dirangsang di otak kita, lalu apa yang dilakukan coklat? Anandamide yang terkandung dalam coklat membuatkan perasaan bahagia dengan lebih lama.

10. Namun, anandamide akan lebih cepat terurai di otak. Jadi coklat membantu menambah perasaan bahagia itu.

11. Tidak lupa, coklat juga mengandung gula dan lemak yang selalu membuat kita ketagihan untuk memakannya. Jadi, kawal pengambilan coklat agar tidak ketagihan pada kandungan gula di dalamnya.

Tudung Si Comel ada menyediakan tudung sekolah berwarna-warni sesuai dengan aktiviti anak perempuan puan di sekolah. Dapatkan segera daripada website ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with Toyyibpay / MasterCard / Visa