Jalani kehidupan seikhlas matahari. Dilihat orang ataupun tidak, ia tetap bersinar. Dihargai ataupun tidak, ia tetap menerangi

Kenali Tanda Covid Pada Anak Dan Cara Pencegahan.

Tanda Covid pada anak sudah pastinya ia amat membimbangkan ibu bapa. COVID-19 (Coronavirus) ialah penyakit yang berjangkit yang berbahaya. Ia berpunca daripada virus corona yang baru sahaja ditemui pada Disember 2019 di Wuhan, China. Penyakit Covid-19 ini telah menyerang manusia dengan cara yang sangat berbeza.

Baca ini juga: 5 Cara Atasi Anak Susah Makan, Jangan Dibiarkan

Bagi kanak-kanak atau sistem imun yang rendah adalah sangat berisiko tinggi untuk terkena jangkitan ini. Jadi, sebagai ibu bapa anda kena bersikap ambil berat ketika anak-anak diserang penyakit. Simptom virus ini adalah seperti demam melebihi 39 degree, batuk dan nampak keletihan. Anda kena perhatikan jika mereka demam, ada atau tak simptom yang boleh menyebabkan anak terkena covid.

tanda covid pada anak

Sebenarnya, gejala Covid-19 pada kanak-kanak adalah lebih ringan berbanding orang dewasa. Ada sesetengah kanak-kanak yang dijangkiti juga mungkin tidak mempunyai sebarang tanda sakit sama sekali. Tetapi, sekarang keadaan virus ini sudah semakin tragis dan menimbulkan evolusi virus yang lebih berbahaya untuk si manja anda.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menggariskan beberapa panduan bagi mengenalpasti simptom Covid-19 pada si kecil anda. Berikut adalah antara simptom COVID-19 pada anak yang ibu ayah perlu tahu dan dikenal pasti:

  1. Badan lesu atau tidak aktif
  2. Sakit dada atau perut
  3. Tangan dan kaki sejuk
  4. Demam, batuk, muntah, cirit-birit yang semakin teruk
  5. Kesukaran bernafas
  6. Sawan
  7. Tidak boleh mengambil makanan atau minuman melalui mulut
  8. Bibir atau jari kebiruan
  9. Kencing kurang

Tanda covid pada anak ini mungkin hampir sama dengan penyakit lain. Tetapi, ia tidak bermakna anak anda tidak dijangkiti oleh virus ini. Gejala Covid-19 ini muncul kira-kira pada hari ke-5 selepas pendedahan Covid-19. Oleh itu, jangkitan ini sukar untuk membezakan sama ada anak anda dijangkiti Covid-19 atau penyakit yang lainnya. Tanda penyakit lain adalah lebih kurang sama dengan Covid-19 seperti selsema, demam dan batuk.

Untuk menguji samada Covid-19, si manja mestilah melakukan ujian PCR (Polymerase Chain Reaction Test) untuk mengambil sampel daripada belakang hidung. Sampel ini akan dihantar ke makmal untuk ujian pengesahan jangkitan. Jadi, sebagai langkah pencegahan daripada berjangkit, anak perlu lakukan pengasingan dan elakkan bersentuhan dengan orang lain sehingga si kecil mendapat keputusan ujian.

Jika ada tanda covid pada anak anda, segera hubungi doktor jika anda didapati simptom semakin teruk seperti masalah bernafas, sakit dada yang berterusan, ketidakupayaan untuk bangun atau berjaga. Simptom ini yang akan digunakan untuk mengesan sama ada anak ada dijangkiti Covid-19 ataupun penyakit lain.

Jika boleh, minta anak anda menggunakan bilik tidur dan bilik mandi berasingan bagi memastikan langkah-langkah kuarantin dan pengasingan dapat dijalankan. Jadi, anda perlu juga untuk korbankan masa dan tenaga anda untuk bersama si kecil yang positif covid. Anda dinasihatkan untuk fokus kepada cara untuk melegakan tanda covid pada anak ini. Caranya ialah dengan si manja perlu mendapatkan rehat yang secukupnya, melakukan penjarakkan sosial dan sentiasa memakai mask.

Kesimpulan

Tanda covid pada anak mungkin risikonya adalah rendah. Namun percayalah, virus covid ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat usia. Oleh itu, ibu bapa perlu memandang serius terhadap tanda covid pada anak. Ibu bapa juga perlu sentiasa memerhatikan gejala yang berlaku pada anak-anak sekiranya mereka terdedah kepada virus Covid-19. Sila awasi anak anda ya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

100% Risiko Ditanggung

Bungkusan anda hilang semasa penghantaran? Kita akan pos baru.

Jaminan 180 Hari

Jika anda tidak berpuashati atau ada sebarang masalah, boleh tukar atau refund.

Penghantaran 7 Hari Seminggu

Kita proses semua tempahan dan penghantaran setiap hari.