Latih & Ajar Anak Tidur Sendiri Sejak Bayi Lagi

Ajar anak tidur sendiri, pernah tak ibu bapa melakukannya sejak dari bayi lagi? Kalau belum pernah, ia belum terlambat untuk ajar anak tidur bersendirian tanpa didodoi. Waktu tidur ini amat penting ketika tumbesaran si manja anda. Pastikan mereka ini mendapat tidur yang mencukupi dan bersesuaian dengan usia. Pernah tak anda mengalami masalah, anak nak tidur tapi masih lagi meragam? Kadang tu pening dan boleh naik angin bila anak tak mahu tidur sendiri.

Baca ini juga: 5 Tanda Anak Kena Cacing Dan Bahayanya

Lagi stressnya, bila si manja tidak dapat menenangkan diri mereka sehingga tertidur. Apatah lagi mereka ini sudah terbiasa tidur di dalam buai atau didodoikan. Jadi, si manja susah untuk menenangkan diri mereka sehingga terlelap. Jadi, anda jangan risau, ia masih belum terlambat untuk mendidik anak tidur sendiri.

Di sini, saya kongsikan beberapa cara untuk ajar anak tidur sendiri yang boleh anda cuba. Semoga bayi anda dapat belajar tidur sendiri selepas ini.

ajar anak tidur sendiri

#1 Bawa masuk bilik awal

Cara pertama untuk ajar anak tidur sendiri yang paling penting ialah bawa masuk bilik awal. Saya sendiri akan bawa anak saya tepat jam 10 malam. Terserah pada anda mahu bawa bilik jam berapa, jam 9 malam atau jam 8 pun juga boleh. Melalui kaedah ini, mereka akan tahu sudah masanya untuk tidur malam. Sebaiknya ketika dalam bilik, jangan dedahkan kepada siaran televisyen, laptop atau telefon. Ini kerana dapat merangsang anak anda untuk cergas kembali.

#2 Elak gangguan ketika mengantuk

Jangan sesekali usik si manja anda yang sedang mengantuk. Biarkan sahaja mereka tidur sendiri apabila mengantuk dan inilah cara yang betul untuk ajar anak tidur sendiri. Kadang ada juga ibu bapa suka kacau anak yang betul-betul mengantuk. Kononnya apabila anak tidur, kita ni makin rindu dengan keletah anak. Jadi, macam mana nak anak tidur sendiri kalau kita ganggu mereka ketika mengantuk?

#3 Jangan ajarkan tabiat menyusu ketika tidur

Saya sendiri sering melakukan tabiat menyusukan bayi sehingga tertidur. Ia tidak salah tetapi jika sering melakukannya, anak tidak dapt belajar untuk tidur sendiri. Sebaiknya, apabila bayi hampir kelihatan tertidur, letakkan si manja di atas tilam agar mereka dapat menenangkan dirinya sebelum tertidur.

#4 Sediakan ruang tidur yang selesa

Langkah yang seterusnya ialah anda boleh sediakan ruang tidur yang selesa. Hindari daripada pencahayaan yang terlalu terang dan sejuk. Kalau boleh, elakkan tempat tidur mereka ini penuh dengan barang mainan. Jadi, anak dapat belajar untuk tidur sendiri.

#5 Waktu tidur yang teratur

Anda juga haruslah memastikan waktu tidur si manja lebih teratur. Anda boleh mendidik masa tidur ini sejak mereka bayi lagi. Ini kerana, bayi memerlukan masa tidur yang panjang berbanding orang dewasa. Latih si kecil anda untuk tidur pada waktu yang sama setiap hari. Jadi, lagi mudah untuk si manja memahaminya.

Kesimpulan

Nak anak pandai tidur sendiri ini memerluka kesabaran yang tinggi. Jadi, anda haruslah bersabar dalam mendidik anak untuk tidur sendiri. Ada masa anak ini memerlukan masa yang lama untuk mereka tidur sendiri. Ingat, setiap anak tidak sama kerenahnya. Jadi percayalah bahawa satu hari nanti anak anda akan berjaya melakukannya. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with Toyyibpay / MasterCard / Visa