Kenapa Anak Tak Mahu Ke Sekolah?

Pernah ibu ayah tertanya-tanya kenapa ada anak yang tak mahu ke sekolah? Pelbagai persoalan bermain di minda apa agaknya yang sudah berlaku sehingga anak sudah tak minat mahu pergi ke sekolah. Berikut ialah kemungkinan yang menyebabkan kenapa anak tak mahu ke sekolah :

1. Dibuli

Anak yang pernah dibuli sangat susah mahu buka mulut nak mengadu meminta tolong. Anak yang dibuli akan diugut agar tak menceritakan kepada sesiapa. Lalu, anak akan merahsiakan kerana takut akan dibuli lagi dengan lebih teruk.

Siapa sangka adakah ada kes buli di kalangan kanak-kanak di sekolah rendah? Buat pengetahuan semua, ia telah wujud lama dahulu. Jika tidak tangani, kasihan kepada anak yang dibuli dan yang membuli kerana tidak dibimbing kepada akhlak yang baik.

2.  Diejek

Budaya ejek-mengejek sepatutnya dihentikan oleh orang dewasa terlebih dahulu. Kanak-kanak banyak belajar dan tiru daripada perangai orang dewasa. Kanak-kanak yang selalu diejek sejak kecil akan membesar sebagai orang dewasa yang tidak berkeyakinan tinggi.

Anak tak mahu sekolah

Jika melihat anak sendiri mengejek adik-beradiknya, segera larang dan tegah mereka daripada melakukan sedemikian. Ingatkan anak tentang larangan menghina dan kesan dosa ini di sisi Islam. Jelaskan kepada anak kepentingan menjaga lidah dan percakapan yang baik.

3.  Dijatuhkan Maruah

Peranan guru sangat besar dalam hidup kanak-kanak kerana mereka menghabiskan masa yang banyak ketika di sekolah berbanding di rumah. Guru yang bertanggungjawab tidak akan menjatuhkan maruah anak muridnya di khalayak ramai.

Teguran yang membina hanya berkesan jika dilakukan di dalam bilik tertutup. Teguran di depan murid-murid lain lebih kepada akan menjatuhkan maruahnya tanpa anak itu mengenalpasti apa kesalahan yang perlu diubah.

Anak-anak yang berasa maruahnya dijatuhkan tidak sesekali akan insaf. Malah sebaliknya mereka semakin benci mahu ke sekolah kerana layanan kasar yang diterimanya dan berasa dimalukan. Pelihara air muka anak walaupun ketika mereka berbuat kesilapan. Nescaya, mereka akan tumbuh sebagai orang dewasa yang bertanggungjawab kelak.

4.  Kawan-kawan

Siapa kawan-kawan menentukan siapa diri anak kita. Pepatah Arab ada mengatakan bahawa jika berkawan dengan penjual minyak wangi, paling kurang kita pasti dapat menghidu bau wangian. Jika berkawan dengan pembuat besi, suka atau tidak badan kita pasti akan terkena busuknya bau asap besi itu.

Tanggungjawab ibu bapa dalam memastikan dengan siapa anak-anaknya berkawan. Jika anak berkawan dengan kawan-kawan yang suka berpeleseran di jalanan, lama-kelamaan anak menjadi suka merayap di jalanan juga. Tiada lagi minat mahu bersekolah. Begitu juga jika berkawan dengan kawan-kawan yang suka ponteng sekolah. Pagi-pagi lihatnya macam ke sekolah, rupa-rupanya hanya berlakon sahaja. Mereka sudah merancang mahu ponteng sekolah dan berjalan-jalan di pusat hiburan.

Tanggungjawab membesarkan seorang anak menjadi baik memerlukan bantuan bukan sahaja daripada ibu bapa dan guru. Malah, masyarakat juga perlu membantu menunjukkan sikap dan akhlak yang baik terhadap anak-anak. Cuba tengok akhlak anak-anak di sekitar kita, bukankah ia cerminan akhlak orang dewasa di sekelilingnya?

Dapatkan tudung sekolah agar anak-anak gembira mahu ke sekolah. Dapatkan sekarang di sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa