Apa Yang Perlu Buat Bila Anak Perempuan Sudah Akil Baligh



Anak perempuan anda yang comel kini sudah akil baligh. Menurut Kitab Fiqh Darah Wanita, apabila anak perempuan sudah keluar darah ketika umurnya sembilan tahun, ia dikira sebagai haid.

Ibu bapa usah terkejut. Ya, anak perempuan anda kini sudah dewasa. Berikut terdapat panduan apa yang perlu buat bila anak perempuan sudah akil baligh :

Darah

Jelaskan kepada anak bahawa selepas ini, darah haid akan datang setiap bulan. Anak perempuan akan menjadi seorang perempuan dewasa dan perlu belajar menguruskan kebersihan diri. Tunjukkan cara yang betul membersihkan darah haid dan memakai tuala wanita dengan bersih. Utamakan kebersihan dan kesihatan anak perempuan.

Kelas Fiqh Darah Wanita

Ajak anak hadir ke kelas fiqh berkaitan darah wanita. Agar anak jelas bagaimana harus dilakukan menurut syariat Islam seperti solat wajib dilaksanakan lima kali setiap hari dan tidak boleh ditinggalkan dengan sengaja. Puasa wajib di bulan Ramadhan dan wajib diqada jika datangnya haid ketika berpuasa. Kita mahu anak perempuan tumbuh membesar sebagai wanita solehah yang mentaati perintah Allah S.W.T dan sunnah Rasulullah S.A.W.

Asingkan Bilik Tidur

Asingkan bilik tidur di antara anak perempuan dan anak lelaki. Anak perempuan kini memerlukan ruangnya tersendiri. Ada ruang khas untuk anak perempuan menyimpan barang-barang peribadinya yang tidak boleh dilihat oleh adik-adik lelakinya. Ruang untuknya menyalin pakaian dan berehat ketika rasa tak selesa semasa datang haid.


Sediakan beg khas agar anak dapat menyimpan sebagai kit kecemasan apabila hari yang diperlukan tiba. Di dalam beg itu, boleh letakkan beberapa keping tuala wanita, seluar dalam bersih, plastik dan kertas suratkhabar untuk membungkus sewaktu nak membuangnya ke dalam tong sampah.

Perubahan Badan

Perubahan bentuk badan yang mendadak akan dilalui oleh anak perempuan selepas ia datang darah haid. Tenangkan perasaan takutnya bahawa ia sedang membesar dengan sihat. Sediakan pakaian dalam yang sesuai dan pakaian luaran yang menutup aurat. Kini, anak perempuan perlu menutup auratnya dengan sempurna dan tidak boleh terdedah auratnya di hadapan lelaki ajnabi.


Dapatkan tudung sarung yang selesa daripada Tudung Si Comel agar anak terbiasa meneruskan menutup aurat dengan sempurna setiap hari selepas ini.

Emosi

Cuba fahami perasaan emosi yang mendadak ketika anak perempuan mengalami proses datang haid. Perasaan emosi yang turun naik kerana rasa tak selesa akan perubahan bentuk badan dan sakit perutnya ketika haid. Bagi anak masa yang mencukupi untuk anak lalui perubahan ini. Jelaskan kepada anak apa sebenarnya yang berlaku dan usah bandingkan dengan kawan-kawan yang belum melalui perubahan ini.

Perlahan-lahan, pisahkan kebanyakan aktiviti yang ada bercampur-gaul antara budak lelaki dan perempuan. Terutamanya aktiviti ketika di taman permainan ataupun aktiviti indoor di dalam rumah. Pujuk anak melalui perubahan ini dengan menyediakan makanan hangat seperti sup panas agar anak selesa melalui perubahan ini ketika haid. Begitu juga kudapan yang berkhasiat jika tiba-tiba selera makan anak bertambah.
Apatah lagi tuan puan hadiahkan koleksi tudung comel dari TSC untuk anak perempuan anda yang sudah akil baligh. Klik link ini dan bawakan keceriaan untuk anak perempuan anda

Jemput share. Terima kasih
Leave a Reply

Your email address will not be published.

two × one =

Risk Free Shipping

If your orders lost during shipment, we will do the replacement or refund

Easy 180 days returns

180 days money back guarantee

100% Secure Checkout

Toyyibpay / MasterCard / Visa