Cara Sayang Anak-anak Menurut Sunnah Agama

Menyayangi anak-anak kecil termasuk salah satu sifat sahabat baginda mulia, Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم. Ikram muslimin, memuliakan sesama orang Islam iaitu menghormati orang tua, memuliakan ulama, menyayangi anak-anak dan menyantuni orang miskin serta anak yatim.

sayang anak-anak menurut sunnah


Di bawah ini terdapat empat panduan cara sayang anak-anak menurut sunnah Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم :

1. Menggembirakan Anak-Anak

Dewasa ini, tiada siapa pedulikan nasib anak-anak kecil di jalanan. Malah, ada yang memperjudikan nasib anak-anak sendiri dengan menjadikan sebagai musuh dan hamba pesuruhnya. Pembelaan nasib anak-anak yang kurang bernasib baik dipandang enteng.

Tetapi, masih ada di sisi dunia ini yang selalu memperjuang nasib anak-anak dengan menunjukkan rasa cinta kepada mereka. Masih ada yang mendahulukan pemberian makanan dan minuman kepada anak-anak kecil dahulu, orang dewasa kemudian.

Menyediakan hadiah buat anak-anak kecil di majlis perkahwinan dan majlis-majlis keramaian. Menyediakan tempat yang selamat untuk anak-anak bermain berlari-lari.

sayang anak menurut sunnah



2. Tidak Menghukum

Rasulullah صلى الله عليه وسلم sudah menunjukkan contoh cara menyayangi anak dengan selalu menciumnya. Menciumnya dapat membuatkan anak merasai bahawa ibu bapanya benar-benar menyayangi mereka.

Anak yang dididik dengan kasih sayang dan kefahaman yang baik akan lebih mudah menerima berbanding mereka yang dididik secara kasar.

Sebenarnya masih ada yang tidak menghukum anak-anak ketika terbuat salah yang tidak sengaja. Alangkah indahnya andai semua orang dewasa melayani anak-anak kecil dengan kasih sayang. Jika anak-anak terlanggar dulang penuh berisi nasi, mereka tidak akan dipukul. Kelak, anak-anak ini belajar menjadi seorang yang bertanggungjawab bukan melarikan diri dari kesalahan kerana sabarnya orang dewasa tidak cepat marah kepada mereka.


3. Tidak Memukul

Mendidik anak-anak harus memiliki keupayaan untuk bersabar dan tidak mendidik dengan terlalu keras seperti memukul mereka. Selalu berhati-hati dalam urusan berkaitan anak-anak kerana Rasulullah صلى الله عليه وسلم sangat penyabar dan penyayang dengan anak kecil.

sayang anak-anak menurut sunnah


Senakal-nakal macam mana pun anak-anak, elakkan berkata-kata semasa emosi marah menguasai diri. Hal ini dapat menghindari daripada bercakap dengan perkataan yang boleh melukai hati anak dan terlepas pandang dalam melihat bakat dalam diri anak.



4. Teguran Kasih Sayang

Sebenarnya kita semua boleh memberikan teguran kasih sayang kepada anak dengan perlahan-lahan. Usah terburu-buru menegur. Anak-anak boleh belajar perlahan-lahan dan tidak mengulangi kesalahan yang sama pada masa akan datang. Anak-anak juga sangat memerlukan orang dewasa yang penyabar dan penyayang dalam mendidiknya.

Semua ibu bapa mahu memberikan yang terbaik buat anak-anak. Meskipun begitu, kadangkala ada kesilapan yang tidak disedari boleh memberikan kesan negatif terhadap perkembangan emosi dan mental anak-anak.


Justeru, dalam menyempurnakan perintah Allah سبحان الله تعالى dengan penuh tanggungjawab yang berkaitan hamba-hamba Allah سبحان الله تعالى yang lain dengan cara Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم. Kita sedaya upaya cuba perbaiki kesilapan dalam menunjukkan kasih sayang kepada anak-anak menurut sunnah ikut cara Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم.



Pihak TSC sangat mengalukan tuan puan melayari koleksi terkini dari TSC. Klik gambar di atas untuk melihat tudung-tudung untuk anak perempuan tuan puan.

Jemput share. Terima kasih
Leave a Reply

Your email address will not be published.

one × one =

Risk Free Shipping

If your orders lost during shipment, we will do the replacement or refund

Easy 180 days returns

180 days money back guarantee

100% Secure Checkout

Toyyibpay / MasterCard / Visa