Your Cart


Kuatkan Tulang Anak Dengan 3 Cara (2022)

Jangan sesekali ambil ringan tentang kesihatan tulang anak. Salah satu ilmu pengetahuan yang penting untuk anda tahu sebagai ibu bapa adalah cara kuatkan tulang anak.

Ia mungkin kelihatan tidak penting kerana kebanyakkan kanak-kanak secara majoritinya di Malaysia tidak mengalami sebarang masalah.

Untuk pengetahuan anda pertumbuhan tulang badan seseorang berkembang secara aktif semenjak detik kelahiran lagi. Dan keadaan ini akan berterusan sehinggalah mencapai usia sekitar akhir 20-an.

Ia merupakan fasa di mana pembentukkan tulang badannya telah sempurna dari segi jisim dan kekuatan.

Pasti anda tertanya-tanya tentang kepentingan penjagaan tulang dalam kalangan kanak-kanak kerana ia jarang disentuh berbanding dengan golongan dewasa.

Jika bagi golongan dewasa penyakit yang sering dihidapi apabila kesihatan tulang terjejas dikenali sebagai Osteoporis ( Tulang Rapuh ).

Penyakit ini sering terjadi bagi mereka yang berusia. Bagi kanak-kanak pula, risiko untuk terjadinya penyakit Rickets meningkat sekirannya kesihatan tulang tidak dipelihara dengan baik.

gettyimages 615304748 2048x2048 1
Kanak-Kanak Yang Sering Terjadi Pada Kanak-Kanak Di Usia Antara 6 hingga 36 Bulan Disebabkan Kekurangan Vitamin D
Foto Kredit : Getty Images

Rickets merujuk kepada sejenis penyakit tulang lembut yang terjadi disebabkan kekurangan zat-zat penting dalam diet seharian yang membantu dalam pembentukkan dan pertumbuhannya.

Antara gejala yang boleh dialami kanak-kanak yang menghidapi penyakit ini termasuk sakit tulang, pertumbuhan badan yang terencat begitu juga dengan struktur tulang yang tidak normal.

Perhatian dan usaha perlu diteruskan terutama dalam memfokuskan peningkatan status nutrisi kanak-kanak bagi menjamin pertumbuhan dan perkembangan yang optimum.

Dr Tee E Siong
Pakar Pemakanan & Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia
Melalui perkongsian kali ini, kita akan membincangkan tentang 3 tips mudah yang boleh anda lakukan di rumah untuk memastikan anak-anak anda mempunyai tulang yang kuat.

1. Banyakkan Sumber Kalsium Dalam Diet Harian Anak

Kalsium adalah sejenis zat mineral yang sinonim dengan kesihatan tulang. Sudah pasti anda selalu dapat melihat iklan-iklan yang sering mempromosikan tentang pelbagai jenis susu yang tinggi kandungan kalsium di media masa ataupun papan-papan iklan di jalan raya.

Selain daripada susu, khasiat ini juga boleh didapati dengan mudah dari sumber diet pemakanan yang lain seperti kekacang dan sayur-sayuran.

milk g47cbeb2c4 640
Susu Adalah Antara Sumber Yang Kaya Dengan Kalsium

Segelas susu sebanyak 250 ml bersamaan dengan 300 miligram (mg) kandungan kalsium. Ia dikira lebih dari cukup bagi golongan kanak-kanak.

Tambahan, susu juga membekalkan pelbagai jenis khasiat mineral dan vitamin yang diperlukan badan.

Golongan kanak-kanak secara umumnya menyukai minuman-minuman bergas dan manis. Menurut kajian kandungan kalsium dalam minuman-minuman tersebut sangat rendah.

Oleh itu, anda boleh cuba menggantikan minuman-minuman tersebut  dengan susu-susu tinggi kalsium yang boleh diperoleh dengan mudah di pasaraya terutamanya kerana mempunyai lebih banyak pilihan.

Jangan lupa juga untuk meneliti label kandungan pada produk susu yang hendak dibeli kerana banyak juga produk-produk susu yang didapati telah ditambah dengan pemanis buatan ( Sweetener ) terutamanya bagi susu-susu yang berperisa. 

2. Suplemen Vitamin D

Proses penyerapan kalsium berkait rapat dengan kadar Vitamin D dalam tubuh.

Diet pemakanan kalsium semata-mata tidak mencukupi kerana badan memerlukan bantuan Vitamin D untuk memastikan penyerapannya berjalan dengan lancar.

Oleh itu, kekurangan kandungan Vitamin D akan menyebabkan proses tersebut terbantut. Cara yang paling mudah dan berkesan untuk memperoleh Vitamin tersebut adalah melalui sinaran matahari pada waktu pagi.

Banyakkan aktiviti riadah atau bersiar-siar di taman permainan pada waktu ini bagi tujuan tersebut. Aktiviti seperti ini dapat membantu anak anda untuk memperolehi sumber Vitamin D secara optimum secara tidak langsung.

Ia juga dapat mengeratkan hubungan anda bersama anak yang dikasihi. Sebelum keluar, disarankan untuk memakai krim atau losyen agar dapat mengelak daripada terdedah kepada risiko kanser kulit akibat terdedah kepada sinaran matahari secara berlebihan.

3. Galakkan Anak Bersenam

Bersenam bukan sahaja mampu menguatkan otot, malah hal yang sama turut berlaku pada tulang. Lebih banyak anak anda bersenam, lebih kuat ia akan terjadi.

kuatkan tulang
Senaman Weight Bearing Berkesan Dalam Menguatkan Tulang Badan Anak

Jenis senaman atau aktiviti yang sesuai untuk tujuan ini dikenali sebagai senaman “ Weight Bearing ”. Ia adalah aktiviti memberi penekanan dari sudut pembinaan kekuatan otot dan tulang secara keseluruhan dengan kaedah melawan bebanan tarikkan graviti.

Penutup

Secara mudahnya, usaha untuk kuatkan tulang anak memerlukan perubahan gaya hidup secara lebih meluas. Proses penyerapan kalsium yang bergantung pada kadar Vitamin D di dalam badan memerlukan penyusunan pemakanan diet yang teratur.

Selain dari aspek pemakanan, aktiviti fizikal perlu dijalankan secara kerap dari hari ke hari-hari seterusnya.

Dan inilah 3 cara mudah kuatkan tulang anak yang boleh praktikkan dari rumah.

Selamat Beramal !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your orders lost during shipment, we will do the replacement or refund

Easy 180 days returns

180 days money back guarantee

100% Secure Checkout

Toyyibpay / MasterCard / Visa