Kenapa Kita Perlu Mendidik Anak Menjadi Insan Soleh dan Solehah?

Sebagai seorang ibu dan ayah, kita semestinya idamkan anak-anak kita menjadi insan yang berjaya di dunia. Kita idamkan anak-anak kita mendapat pendidikan baik, juga dapat ditawarkan kerja yang baik dan menjalani kehidupan yang baik.

Namun dalam mengejar dunia, kita hendaklah sentiasa ingat akan akhirat. Sesungguhnya dunia ini hanya persinggahan sementara sahaja sebelum kita dijemput ke alam Kubur dan seterusnya ke alam akhirat dimana kita akan dihisab tentang amalan-amalan kita di dunia.

Apabila terlalu mengejar dunia, kita akan lupa akan halatuju kita sebenarnya. Mencari bekalan akhirat. Sesungguhnya kita harus ingat, mati itu pasti.

Jadi, selain mengejar dunia, kita juga haruslah pentingkan didikan akhirat untuk anak-anak kita. Mendidik anak seawal usia sangat penting kerana ianya akan menjadi tabiat/rutin sehingga mereka dewasa kelak.
Sekiranya dari kecil kita hanya tumpukan pada didikan dunia semata-mata, apabila dewasa dikuatiri mereka akan semakin jauh dan lupa akan akhirat.

Tidak dinafikan tentang pentingnya mencari kehidupan yang baik di dunia. Namun kita juga harus sentiasa memperingati diri sendiri akan pentingnya mengingati akhirat sebilang masa agar kita tidak lupa.

Seperti kata pepatah;

“Kejarlah dunia seakan-akan kita akan hidup selamanya dan kejarlah akhirat seakan-akan kita akan mati esok hari”

Kenapa kita perlu mendidik anak menjadi insan soleh dan solehah?

Mari kita hayati hadith ini,

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

Apabila anak adam (manusia) itu meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan (disebarkan) dan anak yang soleh mendoakan untuknya.

Sedekah jariah bermaksud sedekah yang berterusan dan berkekalan manfaatnya kepada masyarakat umum. Ilmu yang bermanfaat disebarkan dan ianya terus tersebar serta memberi manfaat kepada insan lain. Dan akhir sekali doa anak-anak kita.

Jadi sekiraya semua anak-anak kita sibuk dengan hal dunia dan melupakan kita di alam kubur nanti, maka tiadalah mereka membawa manfaat kepada kita kelak

3 perkara yang dibawa selepas mati - mendidik anak soleh

 

Mohon sebarkan dan semoga ianya menjadi peringatan kepada kita dan rakan-rakan lain. Sesungguhnya ilmu yang bermanfaat yang disebarkan dan terus tersebar juga dapat menjadi bekalan kita di akhirat kelak. Wallahu a`lam.
Aamiin

2 comments

  1. Tudung ni ada affiliate atau dropship ke?

    I ada website boleh tlg promote: http://www.bajuspot.com

    Jika ade sila beritahu, Blh bekerjasama.

    1. Salam puan Ainie, salam ceria. =)

      Untuk maklumat lanjut berkaitan Rakan Niaga kita, jemput puan layari link di bawah;

      Klik >> https://tudungsicomel.com/borong-dropship/

      Semoga perniagaan puan bertambah maju dan dibekati. Amin.

      Sekiranya ada sebarang masalah mohon maklum ya, in shaa Allah kita akan cuba bantu sebaik mungkin puan =)

      Terima kasih puan =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa